Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial.
Terdapat segelintir yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif. Berbicara mengenai isu ini, penyanyi popular, Shila Amzah berkongsikan cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Tak Perlu Ambil Pusing Semua Perkara, Peka Kepada Yang Memberi Faedah Sahaja
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
Ads
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain.
“Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Ads
Sayangi Diri Sendiri Terlebih Dahulu!
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda.
Ads
“Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
“Apa-apapun, sayangi diri anda. Fokuskan pada diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang lebih penting,” ujarnya mengakhiri bicara.
Biarpun sedang bercuti, pasangan bahagia Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih sempat memberikan nasihat yang amat berguna tentang amalan yang harus dilakukan di bulan Rejab ini.
Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Datin Seri Heliza itu mendapat perhatian ramai kerana penuh dengan info yang bermanfaat. Malah, bukan itu sahaja, pasangan itu juga kelihatan amat santai memberi nasihat sambil berada di atas jet ski. Alahai! ‘Sweet’ nya!
Perkongsian daripada kedua pasangan itu, apabila tibanya bulan Rejab, kita disarankan untuk melakukan beberapa amalan seperti:
Berpuasa
Istighfar
Bersedekah
Berdoa, Berselawar dan Berzikir.
Selain itu juga, ada sebuah doa yang boleh kita baca di bulan Rejab iaitu;
“ALLAHUMMA BARIK LANA FI RAJABA WA SYABANA WA BALIGHNA RAMADANA”.
Ertinya: Ya Allah, Berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Syaban serta pertemukanlah kami sampai bulan Ramadan.
Disamping mendapat info yang bermanfaat, ramai juga yang terhibur melihat gelagat pasangan ini sehinggakan netizen melabelkan mereka sebagai ‘pasangan nakal’ di ruangan komen.
Terdahulu, Heliza berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu. Pasangan romantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini memilih lokasi Pulau Langkawi sebagai lokasi bulan madu mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Keharmonian penduduk Malaysia yang berbilang kaum menjadi lambang kemegahan dan tanda pengenalan kita yang sering dikagumi masyarakat negara lain. Keakraban masyarakat di Malaysia secara tidak langsung membuka ruang kepada masyarakat luar untuk mengenali budaya dan kesenian kaum di negara kita.
Kesefahaman inilah yang menyerlahkan keunikan negara kita. Namun sejak kebelakangan isuasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
.
Memetik laporan Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Penerbit Sinar Harian yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf menggesa sesuatu yang drastik dilakukan oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri-menteri Kabinet bagi menangani masalah tersebut. Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa jika isu-isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia.
.
Jika perlu, kata beliau, mana-mana akhbar dan portal yang mengapi-apikan isu-isu perkauman perlu ditutup.
BERIKUT SEDUTAN LAPORAN KENYATAAN DATUK DR HUSSAMUDDIN
Saya di Sinar Harian berharap rakyat yang cintakan keamanan bersama-sama mulakan gerakan dari rakyat untuk membuat semua pemimpin tidak kira pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan sebagainya untuk ubah cara mereka bergerak, cari solusi. Ketika ini terlalu banyak prejudis, kebencian, prasangka yang harus diredakan.
Media harus bertanggungjawab. Media yang tidak bertanggungjawab perlu ditutup. Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri perlu ambil tindakan tegas terhadap orang yang mengapikan-apikan semangat perkauman dan kebencian termasuk media jika ikhlas mahu selamatkan negara.
Untuk pastikan anak cucu hidup aman damai, perlu ada semangat dan keberanian untuk mengubah sesuatu yang telah lama silap. Perlu ada keberanian dan kemahuan politik.
Mana-mana organisasi ekstremis harus disenyapkan. Majoriti rakyat akan menyokong kerana rakyat cintakan keamanan. Pemimpin perlu melakukan sesuatu kerana sekiranya negara porak-peranda, mereka turut akan kehilangan kuasa.
Itu sebab saya mahu mulakan satu kempen dan harap disambut tidak kira apapun agama dan bangsa kita, Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia dan juga global harmoni kita jadikan kempen besar-besaran dan dikongsi, orang Melayu dengan cara Melayu, orang Cina cara Cina, orang India cara orang India. Kita ada satu titik persamaan iaitu kita mahu buang kebencian dalam komuniti kita supaya boleh hidup harmoni dengan komuniti lain.
Cadangan terbuka kepada semua pemimpin kerajaan PH.Isu ketegangan kaum/agama kini.Pendekatan sekarang ternyata tidak…
Jadi saya harap semua rakyat Malaysia sokong kempen ini. Kalau boleh video ini dikongsi seramai mungkin, saya mohon maaf jika bahasa saya kasar, saya harap ambil niat saya, saya tidak sedia skrip tetapi saya bercakap dari hati kerana saya bimbang jika berlaku apa-apa. Kita sudah lihat apa berlaku di kuil Subang Jaya dan orang Melayu marah kerana isu itu tidak diselesaikan. Orang Melayu masih marah tapi kalau kita selesaikan isu-isu lain, jadi dengan sendirinya isu itu akan reda.
Hussamuddin memegang poster kempen Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia. – Foto Sinar Harian ROSLI TALIB.
Jadi jom sama-sama kita Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia sekarang. Saya tahu di peringkat ini adalah peringkat benci dah, kalau tanglung yang kita beli untuk sama merayakan pun kita sudah fobia, paranoid, macam tengok hantu. Jawi yang dulu tiada apa-apa, sekarang tengok macam nampak hantu, Dr Zakir Naik tengok macam hantu, sedangkan Dr Zakir Naik, dia bercakap pun saya tidak faham tetapi kita takut, jadi kita cipta hantu-hantu yang merugikan kita. Jadi sama-sama kita buang kebencian, dalam bahasa sekarang Uninstall Hatred dan kemudian uninstall prejudice yang lain dan masukkan nilai, kita mestilah masukkan negara bangsa kita dengan nilai-nilai murni.
Hussamuddin (duduk, tiga dari kanan) bersama ahli ‘Core Gruop’ kempen ‘Uninstall Hatred, Reboot Malaysia & Global Harmony’ di Kumpulan Karangkraf. – FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Bukan saya hendak menyamakan semua agama tetapi saya belajar semua agama. Saya baca apa yang ditulis tetapi tidak menjadikan saya seorang Kristian tapi saya tahu banyak nilai yang bagus tetapi kita nak pertahankan agama tapi nilai kita terus terutama orang Islam, kalau bercakap tentang Islam sanggup berjuang fisabilillah tapi solat tidak, menipu, duit rakyat ambil.
Jadi saya harap ini adalah permulaan untuk titik penyatuan ummah dan rakyat Malaysia, kita hentikan, lakukan gencatan senjata dan mulai hari ini berhenti cakap isu panas dan pemimpin cari penyelesaian, semua ada penyelesaian cuma mahu buat atau tidak. Bagi saya isu jawi, Dr Zakir Naik, UEC semua boleh selesai sekarang kerana kita terlampau banyak masa untuk tengok WhatsApp dan Facebook. Ini menyebabkan kita tidak dapat selesaikan masalah. Jadi sekarang semua orang bertanggungjawab, pemimpin dan pegawai untuk selesaikan masalah.
Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengingatkan kerajaan, jika isu perkauman dan agama tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia dan menaikkan kemarahan rakyat. Ikuti apakah saranan beliau untuk pemimpin tertinggi negara demi mengelakkan perkara ini menjadi lebih parah.BACA ARTIKEL PENUH: https://bit.ly/305pNLS#SinarHarian #WawancaraEksklusif #KitalahMalaysia #SavingTheNation #UninstallHatred #RebootMalaysianHarmony
Posted by Sinar Harian on Thursday, 9 January 2020
Saya tahu yang saya katakan ini risikonya tinggi tapi saya reda, kalau tidak buat nanti saya menyesal suatu hari nanti anak cucu saya duduk negara porak-peranda. Kita lihat di Timur Tengah, India dan negara lain. Jadi semasa ada peluang, rakyat perlu bersatu padu, pemimpin harus buat perkara betul, buat keputusan, buat kajian, lakukanlah dan majoriti rakyat akan sokong walaupun tidak popular. Netizen bukanlah ramai sangat sangat, yang tidak komen lebih 90 peratus.
Jadi tolonglah Perdana Menteri, menteri buat perkara yang betul dan tidak perlu tweet lagi. Buat kerja, buat keputusan dengan betul, laksanakan, lakukan sampai jadi dan bawa negara ini ke arah kejayaan, lebih harmoni dan mendapat kemakmuran bersama.
Sumber kredit: Sinar Harian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Minggu lepas VIRAL di mana seorang gadis lepasan Kolej Vokasional yang dikenakan denda setelah mengaku salah kerana menjalankan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil pada 10.15 malam, 25 Januari lepas.
Nur Farahanis Ezzaty Adli atau dikenali Nara dikenakan denda RM70,000 atau 6 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh, Melaka.
Macam tak percaya apabila gadis berusia 20 tahun ini menjalankan perniagaan memasang gigi secara HARAM hingga mampu menyebabkan orang lain percaya pada kebolehannya. Dikatakan Nara belajar kaedah pemasangan braces daripada youtube sahaja.
Bagaimanapun gadis itu telah dibebaskan dengan membayar sejumlah denda yang dikenakan oleh pihak mahkamah. Ramai yang marah dengan perbuatan Nara yang dikatakan pencemar institusi perubatan. Maklumlah bukan mudah untuk bergelar doktor bertauliah bukanlah mudah dan memerlukan pengorbanan cukup tinggi. Bukan hanya setakat belajar setahun dulu tetapi perlu melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi barulah diiktiraf sebagai doktor tidak kira dalam bahagian dentist atau pakar lain.
Sebenarnya kita sebagai pengguna juga perlu tahu hak kita. Takkan kita sewenangnya nak serah diri pada yang bukan pakar. Bukan apa bimbang ada masalah lain pula nanti terutama membabitkan bab kesihatan. Oleh sebab itu jika kita pergi ke kedai farmasi juga perlu ada pakar dalam bidang itu untuk mendapatkan ubat yang sesuai.
Admin nak share pengalaman seorang gadis, Umaira Aziz yang mendapatkan rawaran braces daripada pakar yang bertauliah. Dia yang mengalami masalah gigi yang tidak rata cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan hasilnya dia semakin cantik dan berkeyakinan tika berhadapan orang ramai.
Hi saja nak share pengalaman first pakai braces. First , tujuan pakai braces ni sebab gigi buruk gila ! And menyampah kena ejek je tak habis habis ! Haha . Maira buat braces dekat Klinik Azman , Batu Pahat Johor . Very recommended lah !
Okay gambar tudung purple tu first time kena cabut gigi dua batang belah bawah ! And tudung hijau tu dua batang belah atas ! Seriously tak sakit langsung . Cuma geli time dia inject nak bagi bius je. rasa macam bibirnya tak bermaya sampai kering haaa . Balik cabut gigi terus makan ice cream sebab nak stopkan bleeding .
And maira pakai braces masa memula just pakai lower dulu sebab doktor nak goyangkan gigi . Next apponment dia cabut gigi bawah baru dia pakai kan braces belah atas . And next appoinment baru cabut belah atas.
Itu gambar baru sebulan pakai hehe . Maira pakai bulan 11 and now gigi alhamdulillah dah okay sikit . Siapa nak tengok gigi sekarang
Juga diselitkan kenyataan RASMI daripada laman facebook I-Medik berhubung isu ini.
KENYATAAN RASMI I-MEDIK ISU RAWATAN PERGIGIAN PALSU DAN TANPA TAULIAH
I-Medik berpendapat tindakan memberi perkhidmatan “braces” tanpa daftar & tanpa sijil kelayakan yang sah oleh sesiapa pun adalah bersalahan dengan undang-undang. Tambahan lagi, perbuatan tersebut adalah sangat berbahaya kepada orang awam yang memilih untuk membuat rawatan dengan pihak ini dengan alasan kos rawatan yang lebih rendah dan mudah didapati berbanding di klinik pergigian berdaftar.
Masyarakat perlu diberi kesedaran akan kepetingan mendapatkan rawatan professional berbanding rawatan yang indah khabar dari rupa.
Bukan setakat “fake braces”,mendapatkan rawatan pergigian seperti gigi palsu, tampalan atau cabutan di rumah juga sedang berleluasa yang kebanyakan pesakit akan datang semula mendapatkan khidmat professional sekiranya terdapat komplikasi kerana kelazimannya pihak yang memberi rawatan palsu atau tiada kelayakan ini akan mengambil tindakan berlepas tangan atau enggan bertanggungjawab.
Pemasangan “fake braces” dan beberapa rawatan asas pergigian perlulah dilaksanakan secara steril di klinik berdaftar bagi mengelakkan komplikasi rawatan. Masalah akan timbul apabila jangkitan silang penyakit berjangkit mula tular semula seperti Hep B, Hep C, TB dan lain-lain lagi. Di samping itu, susunan gigi yang tidak teratur hanya akan menjadi lebih teruk jika “fake braces” dipasang tanpa ilmu dan berdasarkan ilmu Youtube sahaja.
Kita pastinya tidak mahu keadaan ini berterusan kerana akhirnya apabila berlaku komplikasi, mangsa akan mula datang kepada pegawai pergigian berdaftar untuk betulkan semula apa yang telah rosak.
Gigitan atas dan bawah tidak boleh bertemu, gigi goyang dan terpaksa dicabut, serta muka dan gusi bengkak kerana jangkitan – semuanya boleh berlaku jika tidak ada penjagaan yang baik sepanjang proses rawatan berlaku.
Berikutan kes wanita tersebut yang dilepaskan dari penjara 6 bulan atas bantuan NGO seperti PPIM, PPEM dan orang awam, pihak I Medik merasakan ianya bukan lah tindakan wajar untuk membiarkan pesalah laku ini bebas dan diberi peluang kedua. Malahan kita bimbang sekiranya perkara ini berulang lagi, pesalah laku sudah lali dengan hukuman yang dikenakan undang-undang, hanya kerana mendapat sokongan belakang dari orang ramai.
Kita gusar jika tiada tindakan tegas dikuatkuasakan, akan lebih ramai lagi orang awam yang bakal menjadi mangsa kerakusan pihak tidak bertanggungjawab seperti mereka ini.
Sebagai individu muslim, kita seharusnya lebih peka dan bertanggungjawab ke atas setiap tindakan yang kita lakukan. Perkhidmatan yang diberikan tanpa sijil akhirnya akan memberi lebih mudharat kepada orang ramai yang tidak bersalah. Harta yang dicari dengan cara yang tidak halal adalah tidak berkat dan menjadi asbab kepada azab seksa di akhirat.
Oleh yang demikian, pihak I-Medik bahagian Pergigian MENGGESA agar :
(1) Semua pengguna berhati-hati dengan sebarang perkhidmatan pergigian tidak berdaftar. Gunakanlah khidmat kesihatan pergigian kerajaan atau swasta yang terbukti pendaftarannya dengan pihak autoriti.
(2) Orang awam juga dinasihati agar memboikot sebarang khidmat pergigian di rumah-rumah, hotel-hotel, dan premis tidak berdaftar. Laporkan sebarang kegiatan mereka kepada pihak kementerian dan sama sekali jangan menyokong aktiviti haram ini.
(3) Semua pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan diharap dapat menyokong inisiatif dan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan dan seruan-seruan yang dilaungkan mestilah tidak bertentangan dengan polisi dan undang-undang yang telah digariskan.
NABILAH BINTI MOHD YAAKOB
Pegawai Pergigian,
dan ahli Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik)
Jadi kesimpulannya, jika kita sakit atau apa sahaja berkaitan masalah kesihatan silalah pergi mendapatkan perkhidmatan yang diyakini dan bertauliah. Bukan sahaja puas hati, tetapi juga rasa lebih selamat dan kurang risiko merbahaya.
Sempena lebaran tahun ini, dua jenama fesyen tersohor iaitu Seth & Luna dan Shawlpublika melancarkan koleksi kolaborasi istimewa 'Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa...