Ramai di kalangan selebriti setelah berhijrah meneruskan aktiviti berdakwah dalam cara tersendiri. Kebanyakan menggunakan media sosial untuk menyampaikan maksud kebaikan kepada follower masing-masing. Begitu juga dengan pelakon Eja atau nama penuhnya Siti Shahrizah Saifuddin, 46, yang telah melakukan penghijrahan lima tahun lalu. Beliau kini tidak lagi aktif dengan dunia seni, sebaliknya memilih untuk berdakwah dalam cara tersendiri. Eja dilihat lebih senang memenuhi udangan di majlis ilmu untuk berkongsi kisah penghijrahannya.

Setelah sekian lama berkecimpung pada dunia seni, menurut Eja inilah masa yang sesuai untuknya berehat.

“Hidup Ini SINGKAT, Jangan Sia-Siakan Kalau Tak Nak Jadi Insan Yang Rugi” – PESAN Eja Lepas 5 Tahun Berhijrah

BERI TUMPUAN PADA KELUARGA

“Sudah lama Eja berada dalam dunia seni ini. Pelbagai pengalaman serta asam garam dalam dunia seni yang Eja tempuhi. Jadi inilah masanya untuk berehat dan masa bagi memberi lebih tumpuan pada keluarga dan pengajian agama.

“Apabila kita memilih jalan ini, apa yang Eja perolehi adalah adalah ketenangan dan kebahagiaan yang tidak boleh dibeli dengan wang dan harta. Apatah lagi dalam usia sudah mencecah 46 tahun dan masanya juga untuk beri tumpuan pada soal kesihatan sekarang,” ujar Eja yang sebelum berhijrah memang sudah lama memasang niat untuk berhijab.

Artikel Berkaitan: Kongsi Kisah Sherry Ibrahim Yang Dah 2 Tahun Berhijrah

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk kekal berhijab setelah pulang dari mengerjakan umrah buat kali kedua. Keputusan itu dilakukan setelah Eja tidak putus-putus berdoa agar ALLAH SWT memberi petunjuk kepadanya. Kini Eja semakin tenang dan selesa dengan jalan yang dipilihnya.

“Hidup Ini SINGKAT, Jangan Sia-Siakan Kalau Tak Nak Jadi Insan Yang Rugi” – PESAN Eja Lepas 5 Tahun Berhijrah

Ads

AKUI MASIH BANYAK KEKURANGAN

“Sebenarnya selepas penghirahan ini, Eja lebih mengenali diri dan lebih memahami tujuan hidup kita ini di atas muka bumi. Sebagai hamba-Nya Eja akui banyak kekurangan dan kelemahan diri ini.

“Bagi Eja kehidupan yang kita lalui ini begitu singkat sekali. Jadi jangan sesekali kita sia-siakan waktu yang ada kerana nanti kita sendiri akan rugi.

“Dengan sisa masa yang ada inilah untuk Eja melakukan perkara yang bermanfaat pada Allah dan diri, keluarga, kawan-kawan juga masyarakat. Barulah kita akan dapat merasa bergunanya hidup ini.

“Justeru sebagai hamba kerdil, kita perlu banyakkan berdoa kepada Allah tidak kira di mana sahaja anda berada. Bila kita ingat Allah, Allah akan ingat pada kita. Dan Dia akan mudahkan segala urusan sama ada di dunia dan akhirrat,” jelas Eja panjang lebar.

Ads

“Hidup Ini SINGKAT, Jangan Sia-Siakan Kalau Tak Nak Jadi Insan Yang Rugi” – PESAN Eja Lepas 5 Tahun Berhijrah

RASAI NIKMAT KETENANGAN & KEBAHAGIAAN

Bagi Eja apa yang dirasainya kini adalah nikmat ketenangan dan kebahagiaan yang tidak boleh dibeli dengan wang dan hatta harta sekalipun.

Menurut pelakon yang cukup popular membawakan watak berkesan dalam setiap drama lakonannya mengakui dirinya juga bukan insan sempurna. Dia juga sedang memperbaiki diri setiap hari.

Hijabista doakan semoga Eja terus istiqomah dan kekal penghijrahannya. Walaupun berhijab, Eja masih lagi boleh menyalurkan aura positif kepada follower atau peminatnya di luar sana. Insya-Allah.

Ads

“Hidup Ini SINGKAT, Jangan Sia-Siakan Kalau Tak Nak Jadi Insan Yang Rugi” – PESAN Eja Lepas 5 Tahun Berhijrah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM EJA

 

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI