Hidup Hijabi Lebih Lancar Dan Tenang Dengan Amalkan Lima Pilihan Doa Ini Di Permulaan Hari!

Share

Jika anda mendambakan mempunyai perjalanan hari yang baik dan lancar, Maka haruslah memulakan hariitu dengan perkara yang baik. Antara amalan yang boleh dilakukan sebagai umat Islam agar mempeoleh kelapangan fikiran dan ketenangan hati adalah dengan berdoa.

Doa adalah senjata mukmin yang paling ampuh, justeru hjabi disarankan untuk sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT  agar memperoleh keberkatan dan keredhaan-Nya dalam menjalani kehidupan harian.

Pelbagai doa boleh kita baca dan jadikan aman seharian sebelum melangkah keluar dari rumah. Justeru, Hijabista menyenaraikan beberapa pilihan doa yang boleh diamalkan! Jom semak.

Doa Pertama

“Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.”

Doa Kedua

“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”

Artikel berkaitan: Zikir Fatimah ‘Penawar’ Stress Dan Penenang Hati Anjuran Rasulullah, Khas Buat Kaum Hawa!

Doa Ketiga

“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus

hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”

Doa Keempat

“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!

Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”

Doa Kelima

“Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”

Artikel berkaitan: Pokok Meliuk Lentuk ‘Rancak’ Berzikir, Mungkinkah Petanda Malam Lailatul Qadar?

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir