Pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki berkongsikan nama cahaya mata yang baru sahaja dilahirkan pada Jumaat lalu. Perkongsian itu dimuat turun menerusi laman Instagram pasangan sejoli ini.
Memilih nama Mohamad Emirhan yang bermaksud ‘Princely Ruler’ ataupun Putera Pemerintah, pasangan ini berkongsi nama anak mereka itu selepas genap tujuh hari dilahirkan dan juga selepas ditahnik.
Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
Teruja dengan kelahiran putera keduanya itu, pasangan itu juga turut berdoa agar puteranya itu membesar menjadi anak yang soleh dan baik budi pekerti.
Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia akhirat. Amin.
Hantaran yang mendapat 55 ribu tanda suka, warganet juga ramai yang suka dan teruja dengan nama yang diberikan itu. Barisan artis juga turut menghiasi ruangan komen memuji pemilihan nama untuk putera kedua pasangan itu. Antara barisan artis yang memberi komen adalah Fizo Omar, Sherry Ibrahim, Ezlynn, Vie Shantie Khan dan Afifah Nasir.
Malah, ada juga yang terpegun dengan hidung mancung bayi kelahiran Anzalna ini.
Mengikut perkongsian terdahulu, anaknya itu dilahirkan awal dari tarikh yang sepatutnya. Namun, perancangan Allah lebih terbaik dan Anzalna selamat bersalin pada hari Jumaat lalu yang penuh barokah. Pasangan Anzalna Nasir dan Muhammad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees berusia 2 tahun.
Sumber gambar: Instagram Anzalna Nasir
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.