Pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki berkongsikan nama cahaya mata yang baru sahaja dilahirkan pada Jumaat lalu. Perkongsian itu dimuat turun menerusi laman Instagram pasangan sejoli ini.
Memilih nama Mohamad Emirhan yang bermaksud ‘Princely Ruler’ ataupun Putera Pemerintah, pasangan ini berkongsi nama anak mereka itu selepas genap tujuh hari dilahirkan dan juga selepas ditahnik.
Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
Teruja dengan kelahiran putera keduanya itu, pasangan itu juga turut berdoa agar puteranya itu membesar menjadi anak yang soleh dan baik budi pekerti.
Ads
Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia akhirat. Amin.
Hantaran yang mendapat 55 ribu tanda suka, warganet juga ramai yang suka dan teruja dengan nama yang diberikan itu. Barisan artis juga turut menghiasi ruangan komen memuji pemilihan nama untuk putera kedua pasangan itu. Antara barisan artis yang memberi komen adalah Fizo Omar, Sherry Ibrahim, Ezlynn, Vie Shantie Khan dan Afifah Nasir.
“Tahniah bro..cantik nama Emirhan,” komen Fizo Omar.
“MasyaAllah TabarakAllah what a good looking guy he is,” komen Vie Shantie.
Malah, ada juga yang terpegun dengan hidung mancung bayi kelahiran Anzalna ini.
“Hidung tu anak mami betul. Handsome boy,” komen Nor Aniza.
Mengikut perkongsian terdahulu, anaknya itu dilahirkan awal dari tarikh yang sepatutnya. Namun, perancangan Allah lebih terbaik dan Anzalna selamat bersalin pada hari Jumaat lalu yang penuh barokah. Pasangan Anzalna Nasir dan Muhammad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees berusia 2 tahun.
Percintaan antara pelakon, pengacara serta usahawan berjaya, Neelofa bersama suami, Haris Mohd Ismail atau lebih popular dengan panggilan PU Riz sentiasa menjadi tumpuan ramai. Tambahan pula, dengan kehadiran putera sulung mereka, Muhammad Bilal, ramai yang teruja ingin mengetahui tentang perkembangan terkini pasangan romantis ini.
Baru-baru ini, dalam rancangan temubual MeleTOP, Neelofa atau Noor Neelofa Binti Mohd Noor berkongsi tentang permulaan bibit-bibit percintaan mereka. Menurutnya, dia mula jatuh hati pada suaminya itu saat Haris menjadi imam solat terawih di kediaman keluarganya pada dua tahun lalu.
“Sebenarnya, sebelum ini kami pernah bekerjasama beberapa kali. Di rancangan ini juga kami pernah sahaja bertemu. Ketika itu memang tidak dinafikan dia (PU Riz) seorang yang kacak.
Masa bulan puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya ingin mencari imam untuk solat terawih di rumah. Ramai yang tidak lapang ketika itu. Sehinggalah saya terfikir tentang PU Riz kerana pernah bekerjasama dengannya.
Jadi saya panggil dia sajalah. Bila dia pertama kali pergi ke rumah mak, saat itulah saya mula jatuh cinta dengannya,” kongsi Neelofa.
“Jaga bayi bukan benda senang..”
Dalam masa yang sama juga, PU Riz yang kelihatan malu dengan kenyataan Neelofa itu turut berkongsikan tentang perubahan dirinya yang sudah bergelar Abah.
“Untuk menjaga bayi ini bukan benda yang senang. Saya begitu mengagumi para ibu yang boleh menjaga anak setiap masa. Disebabkan itulah, kedudukan ibu amat tinggi dalam agama,” ujar PU Riz.
Neelofa juga turut mengakui bahawa semenjak Muhammad Bilal hadir dalam kehidupan mereka, suaminya menjadi lebih bertanggungjawab dan dia berasa syukur kerana memiliki seorang suami yang sempurna dimatanya.
Tinggal sebulan sahaja lagi industri muzik tempatan bakal menyaksikan sebuah persembahan magis dan memukau dari penyanyi Aina Abdul yang terkenal dengan alunan vokal yang mantap serta memiliki aura yang tersendiri. Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 bakal diadakan selama dua hari pada 25 dan 26 Jun 2022 di pentas tersohor, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Dalam sesi sidang medianya yang berlangsung hari ini, Aina menyatakan bahawa ini merupakan konsert pertamanya yang berskala besar. Berkongsi rasa keterujaannya, Aina turut kongsi rasa risau tentang konsert yang bakal berlangsung nanti.
“Sebanyak 30 lagu akan dipersembahkan pada konsert saya nanti dan saya berasa begitu gementar menanti tarikh 25 dan 26 Jun itu nanti,” kongsinya.
Bakal mendendangkan sebuah lagu baru bertajuk Terus Hidup, A Night With Aina Abdul 2.0 akan diarahkan Mac Chew bersama-sama dengan barisan pemuzik hebat seperti Jennychin, John Thomas, Andy Peterson, Jamie Wilson, Wan Gigi dan Pa’ang.
Berbicara tentang persiapan konsert ini, 50 peratus sudahpun siap terutamanya dalam aspek muzik. Selebihnya lebih kepada bahagian pementasan konsert itu nanti.
“Bahagian muzik merupakan proses paling cepat disiapkan. Cuma untuk masa ini, proses persiapan lebih tertumpu kepada pencahayaan pentas, proses keluar masuk pentas, penghafalan skrip dan lain-lain lagi,” kongsinya.
Mengenai konsep yang akan dibawakan untuk konsert ini, kongsi Aina, ia lebih kepada moden dan ‘clean’ dimana kekuatannya lebih tertumpu kepada emosi yang diletakkan dalam setiap lagu sambil dimeriahkan lagi dengan konsep ‘gig’ di atas pentas yang berprestij.
“Kami akan bawakan konsep ‘gig’ di atas pentas tetapi akan akan mempersembahkan sebuah kelainan dalam setiap lagu yang akan disampaikan. Konsert ini juga akan dibahagikan dengan tiga segmen berbeza. Setiap segmen memiliki kisah yang tersendiri namun basih berkait-rapat antara satu dengan yang lain,” ujarnya teruja.
“Semuanya sendiri tanpa pihak penaja”
A Night With Aina Abdul 2.0 merupakan sebuah konsert yang diusahakan oleh teamnya sendiri tanpa sebarang penajaan dari mana-mana pihak. Menurut Aina, biarpun ia merupakan kerjasama antara dia dan teamnya, Aina Abdul Entertainment, tetapi dia belajar banyak perkara sepanjang proses persiapan konsert ini.
“Selalunya saya dijemput untuk membuat persembahan. Tetapi kali ini, ia menjadi sedikit rumit apabila saya, pengurus dan pembantu serta team saya yang lain harus melakukan semua perkara. Namun saya percaya, hasil usaha yang kami lakukan ini akan membuahkan hasil yang terbaik,” tambahnya.
Namun, Aina bersifat terbuka sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menaja konsertnya pada kali ini kerana ia dilihat sebagai sebuah kemudahan dan bonus untuk memberi yang lebih baik kepada para penonton nanti.
“Nilai seorang penyanyi bukan pada usianya..”
Berkenaan dengan harga tiket yang dikatakan mahal, ramai yang memberi komen dimana harganya tidak setimpal dengan usia Aina berkecimpung dalam dunia hiburan. Ada juga yang turut membuat perbandingan dirinya dengan artis yang lebih senior yang mempunyai lebih banyak pengalaman.
Membidas kenyataan tersebut, Aina menegaskan bahawa harga atau nilai seseorang artis itu bukan diikur dengan tempoh atau pengalaman seseorang itu menjadi artis. Malah ia harus diukur dengan kejayaan dan kredibiliti seseorang artis itu menjayakan persembahannya dengan memuaskan hati para penonton dan peminat.
“Ramai yang marah saya tentang harga tiket dijual dengan harga mahal. Tidak kurang juga, ada yang membanding-bandingkan saya dengan artis lain yang lebih senior. Bagi saya, perbandingan ini tidak adil.
Jujur saya katakan, seseorang artis itu haruslah dinilai dari sudut perlaksanaannya dalam memastikan para penonton puas melihat persembahannya. Bukan berdasarkan usia mahupun tempoh artis itu berkecimpung dalam dunia nyanyian,”ujarnya tegas.
Tiket konsert A Night With Aina Abdul boleh dibeli di ticket2u dengan harga bermula dari RM109 sehingga RM1,199 dan bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 25 Jun 2022.
Ia adalah bauan yang tidak dapat disangkal dan menenangkan dengan nota biasa yang mengimbau kembali kenangan semasa zaman kanak-kanak. Bedak bayi yang juga dipanggil bedak talkum adalah ruji kabinet keibubapaan. Tetapi adakah anda tahu kegunaannya jauh melebihi sapu di punggung bayi?
Dua kualiti utama bedak bayi ialah keupayaannya menyerap lembapan dan mengurangkan geseran. Ciri-ciri ini bermakna terdapat banyak peluang lain untuk produk itu digunakan secara bijaksana. Berikut adalah 9 trik yang paling berguna.
Lakukan pembersihan dengan mudah menyahkan kesan pasir di badan selepas bersantai dengan membawa sebotol bedak bayi bersama anda. Jika anda menghadapi masalah mengeluarkan beberapa butiran pasir yang menjengkelkan dari badan, taburkan sedikit serbuk bayi ke atas kawasan berpasir dan bersihkan. Memandangkan bedak bayi menyerap lembapan menyebabkan pasir melekat pada anda, pasir akan mudah terhapus.
Jika anda perasan beberapa bau yang tidak menyenangkan keluar dari almari kasut, sudah tiba masanya untuk menggunakan bedak bayi. Letakkan sedikit serbuk bayi di dalam setiap kasut dan goncangkannya supaya ia merebak ke seluruh tapak, kemudian biarkan semalaman. Pada waktu pagi, goncangkan serbuk bayi yang berlebihan, dan semua bau yang dibawa oleh peluh kaki anda harus hilang.
Jika anda tidak mempunyai akses untuk mandi tetapi masih mahu berasa segar, anda boleh menggunakan bedak bayi sebagai syampu kering. Letakkan sedikit pada sikat atau berus dan ratakan ke seluruh kulit kepala anda. Serbuk bayi akan menyerap apa-apa gris atau minyak pada rambut anda, menjadikan kulit kepala lebih segar.
Jika anda sedang mencari cara untuk lena tidur dalam keadaan panas apabila anda tidak mempunyai penghawa dingin. Taburkan sedikit satu atau dua sudu serbuk bayi ke atas cadar anda sebelum melompat ke katil biarkan serbuk itu menyerap lembapan. Serbuk bedak bayi ini menyelamatkan anda daripada bangun dalam lopak peluh sendiri. Kelemahannya perlu lebih banyak cucian.
Jika papan lantai anda mengeluarkan bunyi yang tinggi pada setiap langkah yang anda ambil, taburkan sedikit bedak bayi di atas tempat yang menyinggung deria pendengaran anda. Mengisi ruang ini akan melincirkan kayu dan menghalang papan lantai daripada bergesel. Jika anda menghadapi masalah mendapatkan serbuk di ruang sempit, gunakan kad plastik seperti kad kredit untuk menyekatnya.
Anda tidak boleh meminta untuk meminjam deodoran orang lain, tetapi anda boleh meminta untuk meminjam serbuk bayi. Jika anda mendapati diri mengalami masalah bau badan dan tiada akses kepada mandi atau deodoran, sapukan sedikit bedak bayi. Ia akan mengurangkan kelembapan di ketiak anda dan menyegarkan bau. Ia tidak sebaik mandi, tetapi ia cukup baik untuk menahan bau orang sekeliling.
Simpulan barang kemas yang tidak boleh dileraikan, ambil bedak bayi dan taburkan sedikit di atas simpulan dan gosok perlahan-lahan. Ini akan melincirkan logam dan akan memudahkan anda membuat pemisahan antara segmen rantaian yang berbeza, menjadikannya mungkin untuk dirungkai. Sebaik sahaja anda telah menjaga simpulan, basuh bedak bayi dengan sabun lembut.
Mendapat percikan gris pada hijab anda adalah salah satu risiko yang anda hadapinya semasa masak makanan. Ambil sedikit bedak bayi, sapukan pada noda dengan bola kapas atau berus berbulu lembut dan gosokkannya dengan baik. Biarkan selama kira-kira 10 minit, kemudian bersihkan serbuk dengan lembut. Ulangi ini sehingga noda hilang.
Menggunakan bedak atau bedak bayi di kawasan di mana anda pernah melihat semut boleh menghalang mereka. dari kawasan itu. Semut tidak suka menyeberangi serbuk dan meletakkannya di badan mereka. Jelas sekali bahawa semut mempunyai keengganan terhadap bedak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.