Semalam, seluruh dunia terutamanya peminat muzik era 80-an yang membesar dengan dendangan lagu-lagu di era 90-an telah digemparkan dengan pemergian seorang penyanyi lagenda wanita, Sinead O’ Connor yang begitu ikonik.
Hijabista dimaklumkan bahawa bintang lagenda itu menghembuskan nafas terakhirnya di usia 56 tahun. Berita duka itu dimaklumkan oleh ahli keluarga O’Connor sebelum menjadi trending di kalangan rakan-rakan di industri seni. Kemudian mengemparkan peminatnya di seluruh dunia.
Pengakhiran O’Connor Begitu Baik, Wajar Di Cemburui!
Antara fakta menarik yang tidak didendangkan oleh Media Barat tentang Allayarhamah O’Connor adalah bintang seni kelahiran Katolik ini telah menerima hidayah Allah sejak 6 tahun lalu, iaitu pada 2018.
O’Connor memilih nama Shuhada Sadaqat sebagai nama Islamnya. Tetapi, masih menggunakan nama Sinead O’Connor sebagai nama pentas bagi tujuan kerjayanya di dalam industri Seni dunia.
Pada 2019, ketika ditemubual sebagai artis jemputan dalam RTE’s Late Late Show. O’Connor ada mendedahkan tetantang bagaimana perjalanan dirinya mengenali Islam hingga tertarik untuk berhijrah dan mengambil keputusan untuk menganuti agama Islam yang syumul.
Artikel berkaitan: Ibu Chef Wan ‘Cik Ani’ Meninggal Dunia, Pulang Ke Pangkuan Ilahi Pada Usia 93 Tahun!
“Saya membaca sedikit ayat Al Quran dan baru tersedar inilah ‘rumah’ saya. Dan sejak itu saya memilih menjadi Muslim untuk kehidupan saya,” katanya lapor Al Jazeera.
Sekadar info, nama O’Connor melonjak hingga tersohor diseluruh dunia menerusi lagu Nothing Compares 2 U. Lagu yang diciptakan oleh mendiang Prince pada awal 90-an ini telah ditonton sebanyak 400 juta kali di YouTube.
Menariknya! Menerusi lagu tersebut, O’Connor telah mencipta penampilanya yang unik iaitu imej kepala botak yang masih menjadi trademark hingga kini.
Bagaimanapun, kematian O’Connor yang menutup mata sebagai wanita muslimah wajar dicemburui dan menjadi contoh kepada wanita Islam diluar sana, untuk berfikir sejenak tentang bertapa beruntung dan bersyukurnya kita dilahirkan di dalam nikmat Islam.
Artikel berkaitan: Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia Setelah Dijangkiti Covid-19
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI