Pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga pendakwah selebriti, Dr Oki Setiana Dewi berhasrat agar anak keempatnya, Sulaiman Ali Abdullah yang diuji dengan sindrom ‘Prader Willi’ agar menjadi penghafaz kitab suci Al-Quran.
Sebagai seorang ibu, besar harapan Oki agar cahaya matanya yang kini menginjak usia dua tahun itu dapat mengikut jejak langkahnya yang gemar mendalami ilmu agama.
“Saya cuma berdoa semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.
Mengulas berhubung tahap kesihatan Sulaiman, Oki menjelaskan bahawa anaknya itu berada pada fasa aktif, lincah dan sihat sama seperti kanak-kanak lain
Tambah Oki, dek kerana kelincahan anaknya itu, dia terpaksa memberi tumpuan dan perhatian yang lebih agar dia dapat melihat sendiri perkembangan dan pembesaran Sulaiman.
Artikel berkaitan: Raih Gelaran Dr Falsafah Kali Kedua, Oki Setiana Dewi Pertimbangkan Tawaran Pensyarah Universiti
“Ya, seperti diketahui, Sulaiman hidap sindrom ‘prader willi’, iaitu suatu keadaan yang jarang ditemui.
“Ada banyak perkara yang harus dilakukan seperti terapi dan suntikan hormon. Terbaharu kami ikhtiar untuk sel stem.
“Sekarang keadaan dia sihat, sangat aktif, kawan-kawan doakan, saya tidak tahu apa takdir Allah buat Sulaiman,” ujarnya.
Sumber: Kosmo & Instagram Oki Setiana Dewi
Artikel berkaitan: Permintaan Ibu Yang Sakit Mahu Dia Jadi Anak Solehah, Detik Permulaaan Hijrah Oki Setiana Dewi 13 Tahun Lalu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.