Pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga pendakwah selebriti, Dr Oki Setiana Dewi berhasrat agar anak keempatnya, Sulaiman Ali Abdullah yang diuji dengan sindrom ‘Prader Willi’ agar menjadi penghafaz kitab suci Al-Quran.
Sebagai seorang ibu, besar harapan Oki agar cahaya matanya yang kini menginjak usia dua tahun itu dapat mengikut jejak langkahnya yang gemar mendalami ilmu agama.
Oki Mahu Sulaiman Mendalami Ilmu Agama
“Saya cuma berdoa semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.
Mengulas berhubung tahap kesihatan Sulaiman, Oki menjelaskan bahawa anaknya itu berada pada fasa aktif, lincah dan sihat sama seperti kanak-kanak lain
Tambah Oki, dek kerana kelincahan anaknya itu, dia terpaksa memberi tumpuan dan perhatian yang lebih agar dia dapat melihat sendiri perkembangan dan pembesaran Sulaiman.
Artikel berkaitan: Raih Gelaran Dr Falsafah Kali Kedua, Oki Setiana Dewi Pertimbangkan Tawaran Pensyarah Universiti
“Ya, seperti diketahui, Sulaiman hidap sindrom ‘prader willi’, iaitu suatu keadaan yang jarang ditemui.
“Ada banyak perkara yang harus dilakukan seperti terapi dan suntikan hormon. Terbaharu kami ikhtiar untuk sel stem.
“Sekarang keadaan dia sihat, sangat aktif, kawan-kawan doakan, saya tidak tahu apa takdir Allah buat Sulaiman,” ujarnya.
Sumber: Kosmo & Instagram Oki Setiana Dewi
Artikel berkaitan: Permintaan Ibu Yang Sakit Mahu Dia Jadi Anak Solehah, Detik Permulaaan Hijrah Oki Setiana Dewi 13 Tahun Lalu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gigih Cari Rezeki Demi Anak-Anak, Meski Rumahtangga Bergolak, ‘Semangat’ Shu Cetus Inspirasi!
Sebut sahaja nama pelakon yang sedang terpalit kontroversi, Hafidz Roshdi pasti mengenali isterinya iaitu Nurul Shuhada yang merupakan seorang wanita cekal yang sedang bergelut meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anak, meskipun rumahtangganya sedang goyah dilanda badai.
Baru-baru ini, Nurul Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu telah melakukan jualan biskut keluaranya iaitu ‘Satu Tak Cukup, Shelup Shelup’ by Shuhada Shukri menerusi laman Instagram miliknya dan tindakan ini membuatkan ramai netizen sebak, sekaligus terinspirasi dengan ketabahan wanita hebat ini.
‘Live’ Shu Cari Rezeki Raih Ribuan Tontonan!
Perkara berkenaan menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja sesi siaran langsung, wanita berusia 29 tahun yang gigih mempromosikan perniagaan biskut di bawah jenamanya itu meraih ribuan tontonan wargamaya yang terkesan dengan nasib malang yang menimpa Shu.
Malah, siaran langsung yang dilakukan selama hampir satu jam itu bukan sahaja mendapat sokongan dari warganet, turut kelihatan tampil memberi semangat buat Shu adalah rakan artis iaitu, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob.
Sepanjang sesi siaran langsung itu berlaku, Mawar dan Raf tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Shu serta menawarkan diri untuk membantu dari segi melariskan jualan dan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya.
Artikel berkaitan: Baru Keluar Hospital, Terus ‘Lincah’, Gigih Banting Tulang Cari Rezeki! Netizen Terinspirasi Lihat Semangat Puteri Sarah
Menerusi paparan ‘live’ berkenaan juga, sekali sekala kelihatan sepasang cahaya mata Shuhada iaitu Humairah dan Umar menemani ibu mereka yang sedang bersiaran langsung mencari sesuap nasi.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada sesi siaran langsung tersebut dan mendapati orang ramai, khususnya kaum hawa membanjiri komen dengan meluahkan rasa sebak dan dalam masa sama mengagumi kekuatan dan ketabahan yang dipamerkan Shu dalam kesungguhan wanita itu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.
Malah, ramai diantaranya meniupkan semangat untuk wanita itu terus bangkit dan berharap Shu terus cekal dan kuat meski melalui pelbagai episod duka dalam rumah tangga sejak kebelakangan ini.
Sekadar info, Hafidz didakwa telah mengasari Shu dengan menumbuknya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian bawah mata dan Shu terpaksa menerima 10 jahitan akibat insiden itu.
Susulan kejadian tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Baharu, Selangor esok.
Sumber: Instagram Nurul Shuhada
Artikel berkaitan: Cari Rezeki Di Perantauan, Cikgu Tak Sangka Terima Hadiah Hari Lahir Paling ‘Bermakna’ Dari Anak Murid!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidak Mahu Sesat Ketika Melancong, 3 Perkara Penting Ini Patut Ada. Rugi Tak Milikinya!
Bagi sesetengah daripada kita, perjalanan adalah bahagian penting kehidupan untuk mengalami tempat-tempat baru dan budaya yang berbeza. Ia membawa kita keluar dari zon selesa dan memberikan kita pengalaman membuka mata dan rasa kebebasan.
Tetapi apabila anda melancong dalam kumpulan, kadang-kadang tidak mendapat peluang untuk melakukan semua yang anda mahu lakukan. Dengan dunia yang luas untuk meneroka, selalu ada idea yang baik untuk mempunyai teman yang tinggal di sebelah anda, membantu anda menangkap semua foto dan video yang anda inginkan, menunjukkan cara dan bertahan selama anda melakukannya.
Telefon kuasa yang dibina untuk generasi orang yang jarang tinggal di satu tempat untuk masa yang lama, yang bekerja dan bermain di mana sahaja mereka berada dan yang tidak takut untuk tinggal sendiri.
Teman Girl Gang Travel Ketika Bercuti
Telefon dengan hijabi memang tidal dapat dipisahkan, malhaan menjadi teman rapat ke mana jua. 3 sebab kenapa Girl Gang Travel harus memiliki Galaxy Note10 ketika travel, jom semak:
1. Tangkap Setiap Memori dalam Fotografi dan Video Gred Pro
Gambar dan video membolehkan pelancong membawa sedikit perjalanan mereka kembali dengan mereka. Tetapi tiada siapa yang mahu foto atau video yang tidak baik. Galaxy Note10 + menggabungkan empat kamera – satu di bahagian depan yang 10 MP dan tiga di bahagian belakang yang terdiri daripada 16 MP Ultra Wide-sudut, 12 MP Wide-sudut dan 12 MP telephoto yang memberikan pengguna sudut ultra-lebar untuk membantu menangkap dan kesan penuh pemandangan indah semasa perjalanan ggt.
Kamera hadapan juga mempunyai Mod Malam untuk keadaan cahaya rendah. Ciri Fokus Langsung pintar pada apl kamera membolehkan anda mengambil selfie yang menarik dan membuat kesan bokeh tersuai supaya gambar anda sentiasa dapat menambahkan kesan bergaya di dalam setiap momen yang dirakamkan.
Rakaman video dengan menggunakan Galaxy Note10 | 10+ adalah impian dengan pelbagai kesan terbina dan Live Focus yang membolehkan anda menambah pelbagai kesan latar belakang, termasuk bokeh, yang membolehkan kedalaman bidang pelarasan pada video anda untuk menawarkan ketepatan artistik dan kawalan ke atas cerita. Galaxy Note10 | 10+ juga dilengkapi dengan keupayaan zum mikrofon.
Mengedit video semasa di perjalanan adalah lebih mudah kerana anda menggunakan kreativiti anda untuk video dan tidak memerlukan komputer riba. Berguna apabila anda ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan tetapi tidak mahu kerumitan membawa komputer riba dengan anda.
2. Swafoto Tanpa Bantuan Hanya Dengan Sebatang Pena S
Editor video terbina dalam membuat klip, kawalan kelajuan klip, kesan peralihan, dan melapisan teks dan lukisan mudah semasa dalam perjalanan. Pena S satu jenis menambah ketepatan, dan berganda sebagai pengawal untuk selfies apabila anda tidak dapat mencari seseorang untuk membantu mengambil gambar yang sempurna.
Girl Gang Travel dilengkapi dengan telefon terbaik untuk menangkap kenangan dalam perjalanan bersama, perancangan adalah langkah penting yang seterusnya. Biasanya, ini termasuk peta, buku nota, dan banyak bahan lain yang anda perlukan untuk menyimpan dalam folder. Tetapi dengan Galaxy Note10 | 10+ catatkan perkara penting hanya di dalam memori telefon anda.
Tonton video perjalanan di destinasi anda di YouTube di mana anda boleh menikmati Paparan Premium Lubang Premium UL, Dinamik AMOLED Infinity-O Display dan HDR10 + Certified pada Galaxy Note10 | 10+.
Galaxy Note10 | 10+ mempunyai Perancang dan Nota S yang membuat perancangan perjalanan mudah dan senang. Ia menyambungkan catatan anda dengan Google Kalendar untuk membolehkan anda merancang jadual perjalanan semata-mata dan boleh memfailkan sebarang maklumat tambahan mengenai perjalanan anda di Google Drive untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan di tangan anda.
3. Panduan Poket Peribadi Dan Penterjemah
Di destinasi pilihan anda, semua yang perlu dilakukan adalah meneroka. Di negara luar yang asing, mencari jalan di sekitar dengan bahasa setempat mungkin menjadi halangan. Tidak dengan Galaxy Note10 | 10+, yang menyukai apl Google Maps dan Terjemahan Google. Anda hampir boleh berada di mana-mana sahaja dengan Note10 | 10+ menunjuk anda cara yang betul, dan jika secara kebetulan anda tersesat – bercakap kepada penduduk setempat tidak akan menjadi halangan kerana ia menyokong 100 bahasa dan 37 bahasa melalui foto.
Anda mungkin tertanya-tanya pada masa ini sama ada akan mempunyai tenaga yang cukup dalam bateri telefon anda untuk menamatkan pengembaraan di sekitar kawasan luar bandar. Tidak perlu bimbang kerana Galaxy Note10 + mempunyai bateri 4,300 mAh yang besar dan menyokong Pengecasan Super Fast. Hanya dalam 30 minit, pengguna boleh mengisi sepenuhnya Galaxy Note10 | 10+ mereka, jadi games, streaming, penyiaran atau penyuntingan boleh dilakukan dengan penuh keyakinan, sepanjang hari.
Seterusnya GGT ingin melawat tempat baru, pastikan anda menggunakan sepenuhnya Galaxy Note10 | 10+. Ia membolehkan GGT memberi tumpuan kepada apa yang penting – pengalaman perjalanan – dan mewujudkan kenangan yang akan dikenang seumur hidup.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Senjata Mukmin! Hijabi Perlu Cakna ‘Keistimewaan’ Berdoa Di Hari Jumaat
Hari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari. Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Maka banyak-banyaklah berselawat dan berdoa pada hari Jumaat yang mulia ini.
Doa diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul.
Anjuran Dan Perintah Memperbanyakkan Doa
Doa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.’”
Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tiada khilaf dalam kalangan orang Islam.
Dalam agama Islam, doa bukanlah sesuatu perkara yang remeh tetapi mempunyai peranannya yang besar. Oleh sebab itu, ia sendiri dianggap sebagai ibadah. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada al-Nu‘man bin Basyir bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
Maksudnya: “Doa itu merupakan ibadah.”
Selain itu, kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan bimbingan sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Tambahan lagi, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan.
Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya.
Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang sama:
إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam kalangan umat Islam sendiri
Artikel berkaitan: Jadikan Ayat Kursi Amalan Di Hari Jumaat, Ini 13 Kelebihan Bakal Hijabi Miliki!
Mustajabnya Doa Pada Penghulu Segala Hari!
Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:
فِيها سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”
Sambil bersabda, Baginda mengisyaratkan ketika yang sedikit itu dengan tangannya.
Waktu Mustajab Untuk Berdoa
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.”
Melihat kepada hadis di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.
Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadis ini di dalam sahih Muslim, antaranya:
Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.Pendapat ini disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.
Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
Artikel berkaitan: Doa Mustajab & Selamat Dari Fitnah Kubur, Ini Antara Keistimewaan Hari Jumaat Yang Anda Harus Tahu
Sumber kredit: maktabahalbakri.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI