Hidap Kanser Payudara, Nas Adila Tabah! Anggap Ujian Satu ‘Hikmah’ Jadi Lebih Baik

Share

Penyanyi dan pelakon jelita, Nas Adila mengumumkan khabar duka apabila dirinya diuji menghidap kanser payudara sebaik sahaja menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Selayang pada awal Mac lalu.

Meskipun terkejut dengan keputusan pemeriksaan yang dijalani itu, Namun Nas akui dirinya redha dan terpaksa kuat untuk mengharungi ujian yang dititipkan Allah buatnya dan mahu sentiasa kekal positif berdepan ujian ini.

Rasa Ketulan Semakin Membesar, Terus Lakukan Pemeriksaan

“Awal tahun lalu saya mula rasa ketulan pada bahagian payudara dan lama-kelamaan ia semakin membesar. Apabila melakukan pemeriksaan melalui sampel saya disahkan kanser dan berkemungkinan tahap tiga.

“Memanglah terkejut apabila doktor maklumkan hal tersebut. Tipu kalau saya katakan tidak sedih, tapi sejak awal lagi saya cuba lawan. Saya kena kuatkan hati dan reda dengan ujian Allah ini,” katanya lapor sebuah portal hiburan.

Justeru itu, sebagai langkah susulan. Nas berkata dia akan melaksanakan satu lagi CT scan untuk mengetahui dengan lebih tepat tahap sebenar kanser yang dihidapinya serta memulakan rawatan kemoterapi pada minggu hadapan.

Akur Dengan Ujian Allah, Yakin Ada Hikmah Disebaliknya

Mengulas berkenaan ujian yang menimpa dirinya, Nas meluahkan rasa syukur dan menganggap segala apa yang terjadi dalam kehidupanya sebagai satu hikmah dan juga asbab untuk dia lebih dekat kepada yang maha pencipta.

“Saya percaya setiap ujian itu sebagai tanda Allah masih sayang. Apabila dapat tahu tentang sakit ini, sebenarnya saya bersyukur kerana Allah jentik hati untuk dekatkan diri-Nya.

Artikel berkaitan: Hijabi Ini Menghidap Kanser Tahap Empat Berjaya Menerima PhD Di Konvokesyen UiTM

“Setelah jadi begini pastinya saya akan cuba perbaiki diri menjadi lebih baik. Dalam masa sama saya juga lebih prihatin dengan tahap kesihatan selain pengambilan makanan. Saya cuba sebaik mungkin untuk lawan sakit ini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, sejak diuji dengan ujian kesihatan ini, dia menerima dukungan dan juga sokongan positif dari keluarga dan juga orang sekeliling. Malah, hubungannya bersama suami menjadi lebih akrab berbanding sebelumnya.

Sumber: Mstar

Artikel berkaitan: “Lalui Ujian Sebelum Terima Yang Lebih Baik” – Mawar Karim Beri Tip Untuk ‘Move On’ Dari EX!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir