Hidap Demam Influenza, Jue Aziz Masih Belum Sembuh, Badan ‘Lemah’ Sukar Bernafas!

Share

Pelakon yang popular dengan drama, Manjalara, Zuliana Abdul Aziz atau lebih mesra disapa Jue Aziz yang dijangkiti Covid-19 baru-baru ini akui masih belum sembuh sepenuhnya.

Menurut Jue, badanya masih terlalu lemah berikutan mengalami beberapa simptom lain selepas dijangkiti demam influenza (post-covid).

Perlu Masa Untuk Sembuh Seperti Sediakala

Mengulas isu sama, Jue menjelaskan dia sempat berjumpa doktor untuk jalani pemeriksaan kesihatan semalam, bagaimanapun badanya masih perlukan lebih masa untuk sembuh seperti sediakala.

“Masih belum okay sepenuhnya selepas hampir seminggu. Semalam saya baru balik dari jumpa doktor. Masih rasa lemah, demam, sakit kepala, flu, dan batuk.

“Kalau lagi tiga hari masih tak okay, saya kena buat pemeriksaan semula dengan doktor. Insyallah, mungkin ambil masa (sembuh) kot sebab sudah ambil antibiotik dan cuba macam-macam petua,” katanya lapor media tempatan.

Artikel berkaitan: “Jue Positif Covid-19”- Jue Aziz Kongsi Simptom Covid-19 Yang Dirasainya Di Laman Instagram

Selain beberapa simptom yang dialaminya itu, Jue turut mendedahkan bahawa dia juga kehilangan selera makan serta tidak mempunyai sebarang deria rasa mengakibatkan dirinya sukar untuk makan dan memberikan tenaga kepada badan yang sememangya lemah.

Malah, kekurangan tenaga itu mengakibatkan badan menjadi terlalu lemah hingga tiada kudrat untuk melakukan apa-apa aktiviti lain.

Lebih menyeksakan adalah Jue juga mengalami kesukaran untuk berrnafas sehingga menganggu tidurnya.

Terdahulu, pada Ogos 2021 yang lalu, Jue pernah memaklumkan bahawa dia dijangkiti Virus maut Covid-19.

Khabar duka berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Sumber: Harian Metro & Instagram Jue Aziz

Artikel berkaitan: Tekanan Darah Tinggi Boleh Pecah Urat Di Kepala, Jue Aziz Bimbang Keadaan Ibunya!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir