Heliza Helmi Dan Suami Kongsi Ilmu Tentang Bulan Rejab Atas Jet Ski, Netizen Gelar Mereka ‘Pasangan Nakal’

Share

Biarpun sedang bercuti, pasangan bahagia Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih sempat memberikan nasihat yang amat berguna tentang amalan yang harus dilakukan di bulan Rejab ini.

Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Datin Seri Heliza itu mendapat perhatian ramai kerana penuh dengan info yang bermanfaat. Malah, bukan itu sahaja, pasangan itu juga kelihatan amat santai memberi nasihat sambil berada di atas jet ski. Alahai! ‘Sweet’ nya!

Perkongsian daripada kedua pasangan itu, apabila tibanya bulan Rejab, kita disarankan untuk melakukan beberapa amalan seperti:

  1. Berpuasa
  2. Istighfar
  3. Bersedekah
  4. Berdoa, Berselawar dan Berzikir.

Selain itu juga, ada sebuah doa yang boleh kita baca di bulan Rejab iaitu;

“ALLAHUMMA BARIK LANA FI RAJABA WA SYABANA WA BALIGHNA RAMADANA”.

Ertinya: Ya Allah, Berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Syaban serta pertemukanlah kami sampai bulan Ramadan.

Disamping mendapat info yang bermanfaat, ramai juga yang terhibur melihat gelagat pasangan ini sehinggakan netizen melabelkan mereka sebagai ‘pasangan nakal’ di ruangan komen.

Terdahulu, Heliza berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu. Pasangan romantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini memilih lokasi Pulau Langkawi sebagai lokasi bulan madu mereka.

Sumber: Instagram Heliza Helmi

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra