Siswa siswi dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) berjaya merangkul gelaran Juara dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi yang diadakan pada Fiesta Homebakers anjuran Mingguan Wanita yang diadakan di salah sebuah pasaraya terkemuka sekitar Selangor baru-baru ini.
Hijabista difahamkan bahawa biskut Raya gergasi itu diinspirasikan daripada biskut ‘Cornflakes Madu’, dan mempunyai berat sekitar 15 Kilogram hingga berjaya menarik minat dan perhatian para pengunjung Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya.
Pertandingan Biskut Raya Gergasi Dapat Penyertaan Menggalakkan Dari Golongan Belia!
View this post on Instagram
Tiga Universiti termasuk Kolej Swasta telah menghantar peserta bagi mewakili institusi masing-masing terdiri daripada Food Institute of Malaysia (FIM), Saito Universiti dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasek, Terengganu.
“Sebanyak sembilan kumpulan telah bertanding melibatkan sebanyak 36 penyertaan pelajar.
“Pertandingan berkenaan diadili oleh kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha Milan Londoh.
Artikel berkaitan: Resepi Mudah Biskut Cadbury Badam Buat Kudapan Tanpa Menggunakan Peralatan Khas
Sehubungan itu, ekoran kreativiti yang amat mengagumkan serta kebolehan melakukan pembentangan kumpulan dengan baik semasa pertandingan berkenaan, kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg dipilih sebagai pemenang di tempat pertama.
Ini sekaligus melayakkan mereka untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Manakala, pemenang di kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300.
Sekadar info, meskipun Fiesta ini diadakan hanya sehari sahaja ia telah menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung.
Fiesta berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu, hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Artikel berkaitan: Kalut Cari Bahan-Bahan Kuih Raya, 18 Kedai Di Sekitar Klang Semua Ada. Tak Perlu Beratur Panjang!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI