Sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun bersama Shaheizy Sam, Syatilla Melvin akhirnya buka cerita bahawa dia sudah jatuh cinta pandang pertama kepada suaminya sewaktu melihat lakonan Sam dalam filem Adnan Sempit.
Perkara ini dikongsi Syatilla sendiri di laman instagramnya dan bersyukur dengan perancangan hidup yang Allah telah tetapkan untuknya.
“Dulu masa aku tengok wayang Adnan Sempit 1, keluar panggung terus jatuh cinta dengan karakter ‘Adnan’. Masa tu umur 18 tahun.
“Tak lama lepas itu, Adnan jadi teman lelaki aku, lepas itu sekarang ini suami aku. Lima kali dah mengandungkan anak dia,” jelas pengasas produk Kekasih ini.
“Hebat sungguh rancangan Allah. Lagi satu, kita kena yakin dengan apa yang kita nak dalam hidup kita. Kerja keras dan usaha ke arah itu.
“Macam Tilla, kalau aku nak sesuatu, aku kerja atau buat sampai dapat! Bukan harap doa semata tanpa usaha okay,” tambahnya.
Sebagai informasi, Syatilla telah mendirikan rumah tangga bersama Shaheizy Sam pada tahun 2016. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy,4 dan Sarima Samheizy,2.