Sejak berkahwin dengan orang Malaysia, populariti Laudya Cynthia Bella sering jadi perhatian di sini. Apa sahaja yang dilakukan olehnya di sini akan menjadi buruan netizen. Bella yang begitu cantik sejak berhijab pada 2015 lagi nyata semakin bijak menggayakan hijab mengikut kesesuaian acara dihadiri. Walaupun baru 3 tahun berhijrah, Bella tampak tidak kekok menggayakan hijab yang turut dipadankan dengan busana pilihannya. Dalam satu laman youtube, Bella turut berkongsi tutorial hijab dalam tiga gaya berbeza. Malah perkongsiannya ini mendapat tontonan hampir 2 juta.
Bella berkongsi cara hijab digayakannya dalam tiga stail, iaitu kasual, semi formal dan kala santai. Dia lebih senang menggayakan hijab bawal dan tutorial digayakan tidak memerlukan banyak pin atau atau jarum. Walaupun begitu, masih terletak cantik di atas kepala. Video ini dimuat turun sejak setahun yang lalu.
Wanita ini yang berhijab sebaik pulang dari mengerjakan umrah ternyata mempunyai aura cukup kuat baik di Malaysia atau Indonesia. Malah dia juga mengumpul follower berjumah 20.3 juta dan rata-rata netizen memang menggemari gaya dan stail Bella yang nampak ringkas sahaja tetapi cukup menarik.
Kini biarpun setelah berkahwin, Bella tetap menjaga penampilan sebagai seorang isteri. Apa sahaja stail digayakan pasti mendapat pujian netizen. Gemar gaya yang ringkas tanpa lilitan keterlaluan sudah memadai buat isteri kesayangan Engku Emran ini.
Artikel Berkaitan: 10 OOTD Bella Yang Cantik & Jadi Inspirasi Ramai
KREDIT FOTO: INSTAGRAM LAUDYA CYNTHIA BELLA