Anak sulung kepada pelakon jelita, Eyra Hazali acapkali berjaya mencuri hati wargamaya dengan pelbagai gelagat dan keletah comelnya yang sentiasa membuatkan orang sekeliling terhibur tak kering gusi.
Terbaharu, aksi Hayder yang rancak menari berlatarbelakangkan lagu ‘Calm Down’ sekali lagi membuatkan netizen geram akan aksi lucu Hayder yang spontan dan comel itu.
Hayder Menari Lagu ‘Calm Down’ Siap Gelek ‘Twerk’
@eyrahazali21🤦🏻♀️😅😂♬ original sound – Mama Hayder&Endra
Video berkenaan yang dikongsikan menerusi laman TikTok, milik ibunya Eyra Hazali memaparkan anak sulungnya itu begitu asyik menari lagu yang sedang trending di laman berkenaan, hingga tular sekali lagi.
Menariknya gelagat Hayder yang lincah menari sebelum mengakhiri tarianya dengan membuat aksi ‘twerk’ telah mengundang dekah dikalangan ahli keluarganya.
Artikel berkaitan: Merengek Nak “Gift Lion” Di Tik Tok Gelagat Comel Anak Eyra Hazali Buat Netizen Geram
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran tersebut, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya telah membanjiri ruangan komen menyatakan rasa geram, sebagai respon kepada aksi lucu Hayder yang comel dan bersahaja itu.
Berikut merupakan beberapa komen terhibur yang ditinggalkan oleh netizen, selepas melihat gelagat Hayder.
“3.30 pagi aku berdekah tengok video ni… Ya Allahhhh…. 10x tengok… 10x aku gelakkkk… Comel sangattt..
“Ehhh gerammmm akuu.. Budak kecik ni kan.. hahahaha..
“cubit jugak budak hayder ni kang 😂😂😂
“mesti bergson ajar macam mana nak menari🤔,” tulis wargamaya.
Hayder ni sememangnya mempunyai bakat sebagai penghibur dalam keluarga Eyra, lepas ni Hayder mungkin boleh berkolaborasi dengan Jebat Jayden, menari sambil bersilat!
Sumber: Tik Tok Eyra Hazali
Artikel berkaitan: Suami Sebak Bila Eyra Hazali Buat Kej utan Umumkan Kehamilan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gigi Nampak Kotor Kerana Pemilihan Warna Braces Yang Salah, Ikuti Tip Ini!
Isi Kandungan
TogglePara hijabi perlu mengetahui bahawa warna getah “braces” memainkan peranan yang sangat penting kerana mampu mempengaruhi penampilan anda. Pernah tak anda melihat seseorang yang memakai “braces” dan merasakan bahawa mereka kelihatan begitu menawan tetapi ada pula yang kelihatan biasa? Ha inilah rahsianya.
Dengan warna getah yang betul, anda boleh tampil dengan lebih yakin dan senyuman anda pasti akan menjadi kegilaan ramai.
Braces atau pendakap gigi adalah alat yang membantu untuk meratakan atau mengemaskan gigi yang berantakan. Penggunaan pendakap gigi ini biasanya mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun mengikut pada keadaan gigi anda. Sebahagian golongan terutamanya golongan muda kini memakai pendakap gigi hanya disebabkan “trend“. Tetapi ingat ya, jangan terpedaya dengan “fake braces”. Buruk padahnya nanti.
Artikel berkaitan: ‘Fake Braces’ Punca Penyakit Berjangkit, Pakar Kongsi Tentang Trend Pemakaian ‘Braces’
Pemakaian warna getah braces mengikut warna kulit anda.
Untuk mendapatkan warna getah yang tepat, anda perlu terlebih dahulu menyesuaikannya dengan jenis kulit dan warna rambut anda. Jika anda mempunyai kulit gelap, anda disarankan untuk memilih getah yang berwarna gelap. Namun jika anda mempunyai kulit cerah, anda boleh mencuba warna yang cerah.
1.PINK
Warna ini adalah antara kegemaran pemakai braces. Jika anda mempunyai tona kulit yang cerah, warna ini sempurna untuk anda. Ditambah pula jika dipadankan dengan warna bibir merah jambu anda, memang menawan!
2. UNGU VIOLET
Warna ungu violet ini sangat sesuai untuk anda yang berkulit sawo matang. Ungu adalah warna yang selamat untuk dipadankan dengan apa-apa warna pakaian anda. Ini disebabkan warna ungu tidak menimbulkan kesan yang tajam atau menonjol, sebaliknya memberikan kesan neutral.
3. KELABU ATAU PERAK
Warna pendakap getah kelabu juga dikatakan warna yang selamat untuk dipilih. Kelabu atau perak merupakan warna neutral dan tidak menonjol. Terlihat seperti anda tidak memakai pendakap gigi langsung. Tambahan itu, warna getah ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan makanan.
4. BIRU MUDA
Biru muda boleh menjadi pilhan yang tepat untuk anda. Warna biru muda selalunya melambangkan personaliti yang ceria,“bubbly” dan tenang. Selain biru muda, anda juga boleh mencuba warna teal. Ditambah pula jika anda berkulit cerah, amatlah sepadan. Jangan bimbang, jika anda berkulit sawo matang atau gelap, anda boleh memilih warna biru tua.
5. WARNA-WARNA GELAP
Warna-warna seperti merah, hitam dan biru sering menjadi pilihan utama pemakai “braces” terutama yang baru sahaja memakainya. Sebabnya adalah warna gelap boleh membuatkan gigi kita tampak lagi cerah. Jika anda seorang “beginner“, warna ini mesti menjadi pilihan hati anda kerana warna gelap sukar untuk menjadi kekuningan atau berubah warna. Biasalah, terkadang kita tidak dapat menahan diri untuk makan makanan yang mengandungi pewarna ataupun rempah yang kuat seperti kunyit, kari, masak lemak dan sebagainya.
6. WARNA WARNI
Para hijabi yang memakai “braces” pasti ada yang sudah mencuba kesemua warna diatas dan sudah bosan kan? Boleh lah cuba padankan getah dengan warna-warni. Anda boleh mimilih untuk memadankan dua warna atau lebih. Seperti sedia maklum, warna getah braces perlu ditukar setiap bulan, jadi jangan takut untuk mencuba dan bereksperimen ya. Lebih-lebih lagi dengan warna magenta, warna ini kelihatan tenang seperti pastel tetapi tidak membuatkan anda kelihatan pelik.
Artikel berkaitan: Penat DIEJEK, Gadis Ini Nekad Pakai Braces Melalui DOKTOR BERTAULIAH. Hasilnya Senyuman Jadi Cantik & Lebih CONFIDENT!
Selain itu, anda juga perlu tahu warna yang sebolehnya dielakkan agar gigi anda tidak terlihat kotor atau kekuningan.
- KUNING atau OREN : Gigi anda akan terlihat seperti tidak digosok dan ada kekotoran.
- HIJAU : Terlihat seperti ada sayur atau lumut melekat.
- COKLAT : Akan terlihat karat.
- PUTIH : Mudah bertukar warna.
Sebagai kesimpulan, memilih warna getah pendakap gigi mengikut warna kulit anda akan menjadikan anda kelihatan lebih yakin dan menawan. Yang paling penting, sentiasalah menjaga kebersihan gigi anda, dan bersihkan dengan ubat kumur. Penjagaan gigi semasa pemakaian “braces” sangatlah penting. Bahaya jika dibiarkan bakteria dan kuman terkumpul pada gigi anda.
Sumber: TokoPedia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Perlu Berdiri Atas ‘Kaki Sendiri’, Che Ta Nasihatkan Jangan Terlalu Bergantung Kepada Sesiapa, Termasuk Pasangan!
Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, pasti terbayang figura cantik tinggi lampai yang sentiasa bijak menatarias gaya meski sudah berusia.
Memandangkan kebelakangan ini di sosial media rancak membincangkan isu rumah tangga penceraian dan juga masalah orang ketiga, hingga ramai wanita teraniaya dan dinafikan hak mereka oleh pasangan, Che Ta tampil menyeru para wanita agar berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung pada orang lain meskipun pasangan.
Kerja, Cari Pendapatan Sendiri Agar Masa Depan Terjamin!
Mengulas isu sama, Che Ta menegaskan agar wanita diluar sana keluar bekerja serta mencari pendapatan sendiri supaya masa depan lebih terjamin.
Jelasnya lagi, wanita perlu mempunyai ‘backup plan’ serta lebih bersedia jika berlaku sesuatu musibah atau dugaan dalam rumah tangga, namun jika pasangan bertindak agresif dengan ‘naik tangan’ hingga menjadi mangsa keganasan rumah tangga, wanita disarankan angkat kaki dengan segera.
“Ini termasuklah bila wanita itu terjebak dengan situasi keganasan rumah tangga dan mempunyai suami jenis kaki pukul. Orang perempuan jangan jadi bodoh. Sekali lelaki naik tangan, kita angkat kaki keluar dari situasi toksik begitu.
“Buat laporan polis dan pemeriksaan di hospital, itu antaranya. Tetapi, paling penting, apa pun yang terjadi, orang perempuan kena ada kerja, cari duit sendiri dan jangan bergantung harap pada lelaki,” kata Che Ta lapor media tempatan.
Artikel berkaitan: Kualiti ‘T20’ Harga ‘B40’ Tudung Mampu Milik Che Ta Raih Pujian Netizen!
Ketika ditanya adakah wanita patut menjadi lemah, tunduk dengan pujuk rayu serta permohonan maaf pasangan dan memberikan peluang kedua setelah dikasari dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini respon Che Ta!
“Tak usahlah percaya jika dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi. Itu semua bohong. Kena ingat, awak kahwin dengan orang sama, bila dia dah berlaku kasar, dia tidak akan berubah.
“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” tegasnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Sumber: Instagram Rozita Che Wan & Utusan Malaysia
Artikel berkaitan: Bercuti Di Austria Tanpa Suami, Penampilan ‘Letopsss’ Che Ta Pergi Pasar Di puji netizen – “Balas Dendam Ootd Eh?”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masalah Kantong Mata Atau Eye Bag Ini 10 Cara Atasi Tanpa Pembedahan Dan Tanpa Solekan Tebal. #10 Berkesan Sekiranya Kecemasan.
Isi Kandungan
ToggleEYE BAG tidak hanya menggangu penampilan, tapi juga membuat kita kelihatan tua dan keletihan. Dibawah ini 10 tip mudah cara mengatasi eye bag tanpa pembedahan untuk membuangnya. Hasilnya akan nampak dalam 1-2 minggu kalau anda betul-betul amalkan.
APA PUNCA EYE BAG/MATA PANDA
Eye bag dan mata panda adalah lingkaran hitam bawah mata yang memberi ‘signal’ bahawa ada sesuatu yang tak ‘kena’ tentang badan anda. Selalunya adalah disebabkan keletihan dan tak cukup tidur. Tapi bukan itu saja penyebabnya. Ada beberapa faktor lain.
Mengikut kajian perubatan, tidak berbahaya Eye Bag atau Mata Panda ni dari segi kesihatan. Tapi serba sedikit boleh mencacatkan penampilan walaupun mekap setebal mana pun.
Eye bag dan mata panda ni boleh juga disebabkan masalah kekurangan air dalam badan, masalah buah pinggang, metabolisma rendah dan ada sebahagian kes disebabkan anemia. Antara sebab lain, adalah alergik yang anda alami tanpa sedar (Solusi : Jumpa doktor).
Tambahan pula kulit bawah mata adalah 4 kali lebih nipis berbanding kulit di bahagian lain. Dan, tahukah anda, anda berkelip 15,000 kali dalam masa sehari, dan udara, cuaca, cahaya matahari, semuanya meninggalkan kesan di muka.
10 Cara ini sangat mudah, tapi efeknya luar biasa.
1. Tempelkan hirisan timun
Letakkan irisan timun di bawah mata (pada kantong mata) atau anda juga boleh menggunakan betik dicampurkan dengan mint dan air panas (camprukan seperti bancuhan teh). Biarkan beberapa saat.
2. Urutan
Oleskan krim mata pada kantong mata, kemudian urut perlahan-lahan dan jangan samapi melukai kulit.
3. Kawal Makanan
Perbanyakkan makan makanan yang mengandungi koloid, tinggi protein, hati haiwan, tomato kentang dan sejenisnya.
4. Pijatkan bahagian mata
Aplikasikan krim vitamin E bawah mata dan pijat-pijat. Lakukan selama 4 minggu, maka dapat mencegah tampilnya kantong mata dan penuaan diri.
5. Oleskan Appel
Potong Apple kemudian letakkan pada kantong mata (dengan mata tertutup). Tunggu hingga 15 minit, gunakan kapas yang sudah dibasahi untuk mengelap bahagian kantong mata.
6. UBI KENTANG
Nak hasil yang ‘Optimus Prime’, simpan ubi kentang didalam peti sejuk semalaman. Kemudian esoknya, keluarkan dan potong. Selepas tu, letakkan di atas mata. Biarkan selama 5-10 minit. Ubi kentang mengurangkan apa-apa keadaan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata, kerana kandungan enzim yang tinggi didalam ubi kentang tu.
7. SUSU SEGAR
Rendamkan kapas didalam air susu. Kemudian angkat kapas tersebut dan perahkan susu yang berlebihan. Lembabkan kapas dengan sahaja susu, tidak perlu susu meleleh. Kemudian, letakkan kapas tersebut di atas mata dan biarkan selama 20-30 minit. Pastikan anda lakukan ini sehari sekali untuk hasil yang cukup positif.
8. UNCANG TEH
Rendam uncang teh didalam air panas macam kebiasaan anda nak buat teh o panas. Kemudian angkat uncang teh tu dan simpan pula dalam peti sejuk. Cara ini untuk sejukkan uncang teh, letakkan di atas mata. Biarkan selama 20-30 minit. Teh terbaik, Chamomile dan teh hijau paling berkesan.
9. PUTIH TELUR
Kacaukan telur putih dan sapukan ia di bahagian bawah mata. Sapu guna brush. PERHATIAN, bila telur sudah kering, anda akan rasa tegang sedikit. Tapi itu adalah petanda baik, biarkan selama 20 minit lepas tu bilas seprti biasa.
10. CARA KECEMASAN
Kalau anda betul-betul kecemasan nak hilangkan eye bag, boleh guna cara ni. Urutkan bahagian bawah mata menggunakan ais kiub selama 5 minit. Ini cara paling ‘Too Fast Too Furious’. Tapi agak berisiko jika diamalkan sebab akan efek mata dan bahagian hidung anda. Jadi pastikan cara ni hanya untuk kecemasan.
TIPS EKSTRA
Apabila sudah amalkan cara-cara diatas dan eye bag pun dah mula hilang, jaga kesihatan anda dengan tidur secukupnya dan tidak menonton TV terlalu lama.
MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Ini adalah cara yang paling berkesan tapi paling bosan untuk anda ikuti. Anda mungkin lebih suka cara-cara yang yang mudah dan cepat. Sedangkan ini lah ‘core’ atau asas dalam apa saja yang berlaku di dalam diri.
Ia bergantung pada pemakanan anda. Selalunya eyebag dikaitkan dengan vitamin K dan kekurangan vitamin B12. Makanlah sayuran, buah-buahan lagi-lagi sayuran yang berdaun hijau contohnya, kubis, bayam dan kale. Kurangkan pengambilan garam sebab garam akan menyebabkan pengekalan air dalam badan dan akan mengakibatkan eye bag.
MINUM BANYAK AIR
Perbanyakkan minum air kosong dalam kehidupan harian. Tapi elakkan dari minum air sebelum tidur sebab ini akan mengakibatkan eye bag di pagi hari nanti.
BERHENTI MEROKOK
Merokok juga menyebabkan lingkaran hitam dan eye bag. Penghidratan yang tidak mencukupi dan kulit kering yang dikaitkan dengan merokok adalah antara punca lingkaran hitam
ALMOND OIL
Kalau lepas buat cara-cara di atas dan eye bag anda kejap ada kejap hilang, urutkan bahagian bawah mata dengan almond oil. Buat aktiviti ini setiap pagi…
Selesai sudah 10 cara hilangkan eye bag. Ini adalah cara yang murah. Mungkin bukan cara yang mudah sebab anda ada satu dua step untuk buat, dan kena buat cara-cara ni secara konsisten.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI