Siapa tak kenal dengan animasi ‘hasil seni’ tempatan yang telah menjadi fenomena dikalangan kanak-kanak di dalam dan luar Malaysia iaitu Boboiboy!
Baru-baru ini produksi Animonsta telah mengeluarkan prekuel kepada animasi itu dalam bentuk filem, berjudul ‘Mechamato’ dan akan menemui penonton mulai hari ini di pawagam-pawagam berhampiran anda.
Menariknya, semalam dua karakter utama filem ini, MechaBot dan Amato diundang secara eksklusif menjadi tetamu di studio rakaman bual bicara sensasi MeleTop.
@boboiboy Bila MechaBot jumpa tuan baru sementara—- @MeleTOP @Nabilahmad #MechamatoMovie ♬ original sound – MONSTA
Sehubungan itu, ketika segmen promosi filem ditayangkan, pengacara senior Meletop, Ahmad Nabil telah berpeluang bertukar menjadi ‘MechaBot’ sekaligus membangkitkan rasa teruja dikalangan penonton Meletop.
Sebaik sahaja Nabil bertukar menjadi MechaNabil, rancangan itu menjadi riuh dan huru hara hingga rakan pengacara, Hawa Rizwana Ridzwan tak keruan melihat gelagat Nabil yang terlampau teruja.
Jelas terpancar riak wajah risau di muka Hawa, apabila stage secara tiba-tiba meletup sewaktu Nabil terbang bersama Mechabot.
Artikel berkaitan: Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana Enggan Terus Dibayangi Neelofa
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada muat naik video di laman Tik Tok Boboiboy berkenaan.
Kebanyakkan netizen meluahkan rasa kagum dan rata-ratanya terhibur dengan rakaman segmen promosi filem Mechamato yang begitu kreatif disunting oleh produksi MeleTop.
“So real Mecha Nabil hehe..Memang terbaik animasi sekarang..Tak sabar tengok movie pulak”
“Boleh tahu siapa editor scene neh. gempak gila”
“Hawa dah cuak hah risau stage meletup”
“Patut lah bapak Boboiboy hilang rupanya misi dia ambil balik mechabot yang kena curi Nabil”
Sekadar info, Filem Mechamato terbitan produksi Animonsta ini adalah prekuel dari siri Mechamato. Filem ini menceritakan berkenaan kisah bapa kepada adiwira, Boboiboy.
Sumber: TikTok Boboiboy & Instagram Mechamato
Artikel berkaitan: Ganti Neelofa, Hawa Rizwana Pengacara Tetap MeleTOP? Ini Reaksi Netizen
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.