Siapa tak kenal dengan animasi ‘hasil seni’ tempatan yang telah menjadi fenomena dikalangan kanak-kanak di dalam dan luar Malaysia iaitu Boboiboy!
Baru-baru ini produksi Animonsta telah mengeluarkan prekuel kepada animasi itu dalam bentuk filem, berjudul ‘Mechamato’ dan akan menemui penonton mulai hari ini di pawagam-pawagam berhampiran anda.
Menariknya, semalam dua karakter utama filem ini, MechaBot dan Amato diundang secara eksklusif menjadi tetamu di studio rakaman bual bicara sensasi MeleTop.
Nabil Bertukar Jadi MechaNabil, Penonton Teruja! Hawa Risau Stage Meletup
@boboiboy Bila MechaBot jumpa tuan baru sementara—- @MeleTOP @Nabilahmad #MechamatoMovie ♬ original sound – MONSTA
Sehubungan itu, ketika segmen promosi filem ditayangkan, pengacara senior Meletop, Ahmad Nabil telah berpeluang bertukar menjadi ‘MechaBot’ sekaligus membangkitkan rasa teruja dikalangan penonton Meletop.
Sebaik sahaja Nabil bertukar menjadi MechaNabil, rancangan itu menjadi riuh dan huru hara hingga rakan pengacara, Hawa Rizwana Ridzwan tak keruan melihat gelagat Nabil yang terlampau teruja.
Jelas terpancar riak wajah risau di muka Hawa, apabila stage secara tiba-tiba meletup sewaktu Nabil terbang bersama Mechabot.
Artikel berkaitan: Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana Enggan Terus Dibayangi Neelofa
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada muat naik video di laman Tik Tok Boboiboy berkenaan.
Kebanyakkan netizen meluahkan rasa kagum dan rata-ratanya terhibur dengan rakaman segmen promosi filem Mechamato yang begitu kreatif disunting oleh produksi MeleTop.
“So real Mecha Nabil hehe..Memang terbaik animasi sekarang..Tak sabar tengok movie pulak”
“Boleh tahu siapa editor scene neh. gempak gila”
“Hawa dah cuak hah risau stage meletup”
“Patut lah bapak Boboiboy hilang rupanya misi dia ambil balik mechabot yang kena curi Nabil”
Sekadar info, Filem Mechamato terbitan produksi Animonsta ini adalah prekuel dari siri Mechamato. Filem ini menceritakan berkenaan kisah bapa kepada adiwira, Boboiboy.
Sumber: TikTok Boboiboy & Instagram Mechamato
Artikel berkaitan: Ganti Neelofa, Hawa Rizwana Pengacara Tetap MeleTOP? Ini Reaksi Netizen
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hafaz Al-Quran Sejak Umur 9 Tahun, Hijabi Ini Dedah ‘Amalan’ Mengaji 15 Juzuk Setiap Hari!
Al-Quran merupakan satu panduan hidup buat umat Islam untuk mempunyai satu landasan yang benar. Ternyata, Al-Quran juga merupakan perantara terjadap suruhan Allah SWT kepada umatnya.
Baginda nabi Rasulullah SAW telah menerima al-Quran al-Karim dan menjadikannya sebagai ketua bagi para Nabi AS serta ditanda sebagai mukjizat kerasulannya. Ia merupakan salah satu kalam dari Allah SWT yang akan di jaga hingga ke hari kiamat.
Justeru, umat Islam dianjurkan untuk mendampingi kitab suci ini dengan membacanya sebagai amalan harian kerana ia mempunyai banyak fadhilat jika seseorang itu beriman kepada Al-Quran sepertimana hijabi yang dikenali sebagai Dian Karisma Mohd Japar agau lebih mesra disapa sebagai Dian.
Dian Mengaji 12 Hingga 15 Juzuk Untuk Baiki Hafazan!
Meski baru berusia 18 tahun, Dian mendedahkan bahawa dia menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan mengaji sebanyak 12 hingga 15 juzuk setiap hari untuk memperbaiki bacaan hafazanya untuk bertanding dalam acara hafazan Al-Quran pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 baru-baru ini.
Hijabi yang berasal dari negeri di bawah bayu ini berkata, tujuan dia melakukan demikian adalah untuk mengekalkan dan melancarkan hafazan yang dilakukan. Malah, Dian juga sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada gurunya supaya ia dapat diperbaiki.
“Saya akan mengulang bacaan sebanyak 12 hingga 15 juzuk sehari. Kebiasaaanya akan khatam 30 juzuk dalam tiga ke empat hari.”
“Di maahad memang sepenuh masa mengaji sahaja, hanya rehat untuk makan, solat dan tidur.” katanya lapor portal berita AlHijrah Online.
Artikel berkaitan: OKU Penglihatan Tak Halang, Qayyim Dinobatkan Sebagai Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023!
Lebih mengagumkan Hijabista, apabila Dian menjelaskan bahawa dia sudah mulai menghafaz Al-Quran sejak di bangku sekolah rendah pada darjah tiga lagi, iaitu ketika dia berusia 9 tahun.
Dian mula menghafaz Al Quran sejak di Maahad Al-Faizin, Tawau dan mengambil masa lima tahun untuk mengkhatamkan hafazan Al-Quran sepenuhnya iaitu sebanyak 30 juzuk.
“Hafal darjah tiga, khatam pada 2018 dan saya mengambil masa dalam lima tahun untuk melengkapkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Al-Faizin,” ujarnya.
Semoga kita semua direzekikam oleh Allah SWT untuk rajin menghafaz Al-Quran dan menjadikanya sebagai pedoman serta teman karib sepanjang kehidupan!
Sumber: Al Hijrah Online
Artikel berkaitan: Ramai Selebriti Sambut Baik Program ini, Bentuk Karakter Dan Akhlak Melalui Al Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PENTING: Elak Diri Jadi MANGSA Rogol Walaupun Dalam RUMAH, Ini Batas AURAT Dalam Islam Hijabi Perlu Ambil Tahu
Dewasa ini banyak sangat kes kita dengar kes membabitkan sumbang mahram antara ayah dengan anak. Adik dengan abang atau cucu dengan datuk. Dalam kes ini, mangsa yang masih kecil (kanak-kanak perempuan) sering menjadi mangsanya. Oleh kerana usia masih kecil dan rasa takut, segala perbuatan itu akan hanya disimpan sahaja.
Kadang-kadang tanpa kita sedari walaupun dalam rumah ada batas aurat yang perlu kita jaga. Maklumlah segala perlakuan sumbang mahram ini memang banyak bermula dari rumah lagi. Mungkin keadaan rumah yang kecil dan tidak selesa menyebabkan abang atau bapa atau datuk yang liar matanya memandang aurat anda walaupun ia adalah muhrim.
Malah pengertian tentang aurat juga menyebabkan faktor ‘haruan makan anak’ ini yang semakin berleluasa di negara kita. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Apa yang kita fahami tentang aurat. Melalui penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
Daripada penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
- Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
- Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
- Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
- Suami
2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara daripada saudara perempuan.
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.
10. Hamba sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah S.A.W bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pandemik Covid-19 Ubah Perjalanan Hijab Halima Aden, …Terdapat Kekurangan Penata Gaya Muslim Di Industri Ini
Dunia dikejutkan dengan perkongsian model terkenal Halima Aden, memuat turun cerita di Instagram meneliti kembali perjalanan hijab beliau dalam bidang permodelan. Pandemik covid-19 benar memberi kesan bukan sahaja ekonomi, gaya hidup mahupun kerohanian individu.
Muat Turun Cerita Sebalik Hijab
Menjadi penghias muka depan majalah Vogue Arabia pada tahun 2017 sebagai model wanita yang memakai hijab yang pertama, pastinya merupakan peristiwa yang sangat penting. Namun, ada yang mengkritik penampilan model muda Somalia yang digayakan dengan gaun yang bertutup yang ditatarias oleh jurusolek lelaki Hung Vanngo.
Pada masa itu, model muda ini meraikan kejayaannya, tetapi dalam siri cerita instagram pada hari Selasa, 24 November, Halima mengimbau kembali sorotan awal kerjaya dari perspektif baru yang mempersoalkan bagaimana perjalanan pemodelannya telah mempengaruhi spiritualnya.
“Ini bukan ‘representasi’, ini adalah ejekan. Saya terlalu muda dan naif untuk melihatnya ketika itu, ”katanya mengenai muka depan majalah Vogue Arabia 2017.
Pandemik Covid-19 Beri Kesedaran
Kepercayaannya terhadap agama dan hijab, kuat ketika dia berada di kalangan keluarganya, dan hijabnya “tepat” ketika dia dikelilingi mereka budaya Somalia.
“Terima kasih kepada Covid-19 dan melepaskan diri dari industri ini, saya akhirnya menyedari di mana saya salah dalam perjalanan hijab peribadi saya,” katanya, sebelum berkongsi gambar mengenai penggambaran fesyen lalu dan menunjukkan apa yang kini dia percayai adalah kesilapan yang dilakukan. Persembahkan dirinya mengenai hijab.
Kempen kecantikan pertama Aden adalah untuk Fenty Beauty, dan dia berterima kasih kepada Rihanna kerana membiarkannya memakai tudung hitam polos yang dibawanya.
“Saya harap saya tidak pernah berhenti membawa hijab hitam saya. Kerana saya merasa selesa … baik, katakan saja saya terlalu terbawa-bawa, “tulis Aden.
Halima juga berkongsi gaya hijabnya dalam sessi pengambaran bekerjasama dengan American Eagle Outfitters, gambar kempen yang menampilkan sepasang jeans yang berkumpul di kepalanya.
“Seolah-olah kita memerlukan jenama ini untuk mewakili hijab. Mereka memerlukan kita. Tidak pernah sebaliknya. Tetapi saya begitu putus asa untuk ‘persembahankan’ sehingga saya kehilangan siapa diri saya sebenarnya, “tulis Aden.
Gaya Tidak Melambangkan Hijab Yang ‘Betul’
Mengenai pengambaran di mana dia ditutupi kain hijau dan penutup kepala kuning yang rumit, Aden menulis: “Saya ingat saya ingin menjadi ‘hot hijabi’, seolah-olah tidak tidak tahu arah tujuan. Kekacauan dan kekeliruan sebenarnya.”
Dalam semua foto yang ulang muat turun oleh Halima, rambut dan tubuhnya ditutupi, tetapi komennya menunjukkan bahawa gaya, dalam banyak hal, tidak mencerminkan hijab “betul”.
Dia telah membintangi pertunjukan landasan pacu, fitur majalah, dan pemotretan kempen, menghancurkan stereotaip wanita Muslim dan membuka pintu untuk model memakai hijab di masa depan. Namun, dia menyatakan di Instagram Storiesnya bahawa terdapat “kekurangan penata wanita muslim” di industri ini.
“Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana lebih peduli dengan peluang daripada apa yang sebenarnya dipertaruhkan. Saya menyalahkan diri sendiri kerana naif dan memberontak, ”tulis Halima. “Tidak kira apa yang saya atau orang lain telah sampaikan kepada anda mengenai industri ini … ini bukan untuk kita. Tidak pernah. Oleh itu, kenali dan kenali anda, ”tulisnya.
Dua pengambaran yang menenangkan Halima adalah kempen Ramadan 2017 untuk laman web e-dagang The Modist yang kini tidak berfungsi, dan muka depan Vogue Arabia April 2019 “kedua-duanya menampakkan diri dia sebenar gadis yang berhijab”.
Dia juga berkongsi gambar dari perkongsiannya pada 2017 dengan Etihad Airways, di mana dia berpakaian abaya hitam dan bertudung dengan komen: “Saya bermula begitu kuat – tetapi jangan risau saya akan kembali, gadis!”
Sepanjang penyebaran gambarnya, model itu berulang kali mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana tidak pernah menyalahkannya, walaupun dia meminta puterinya untuk berhenti dari model tahun yang lalu. Dia juga berterima kasih kepada ibunya kerana mengingatkannya untuk mengutamakan kerohanian daripada kesenangan duniawi. “Sekiranya saya meneruskan jalan ini, saya pasti akan kehilangan tudung saya sepenuhnya,” tulis Aden.
“Ibu saya berkata: ‘Perbaiki, anda baik dan diberkati sebelum bergaya. Mereka datang kepada anda. Apa yang anda takutkan? Betulkan kesalahan yang anda buat secara terbuka. ‘ Saya tidak pernah merasa lebih bebas dan lega … terima kasih Covid-19, kerana pulang ke rumah dengan [ibu saya] telah meletakkan banyak perspektif. Saya tidak tergesa-gesa kembali ke fesyen, ”Aden menyimpulkan.
Sokongan Selebriti Dan Model Terkenal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI