Pengacara HLive!, Dahlia Shazwan yang sangat sinonim dengan iklan Trivago kini telah tampil dengan imej berhijab sejak tiga hari yang lalu.
Katanya kepada Astro Gempak, beliau mengakui keputusan untuk berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.
Menurut Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32, keputusan itu dilakukan selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah dan bersyukur kerana tindakannya itu mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan teman rapat.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia.
Pada siaran langsung HLive! malam tadi, Dahlia kelihatan manis mengenakan hijab ketika mengacarakan program tersebut seperti yang dimuat naik di laman instagramnya.
“Saya bertuah dikelilingi keluarga, suami dan teman yang sangat memberikan sokongan.
“Ada antara teman yang turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama dan saya sangat hargainya,” tambahnya lagi.
sumber: Astro Gempak