Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana berkongsi berita gembira mengenai status kesihatannya yang baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi di laman media sosialnya.
Menerusi laman Instagram milik Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, dia menyatakan bahawa sesi rawatan kemoterapinya hanya tingal satu sesi sahaja lagi dan hasil daripada pemeriksaan kesihatannya, doktor mengesahkan bahawa keadaan dirinya bertambah sihat apabila keputusan darahnya dalam keadaan yang baik.
Alhamdulillah. Selesai chemo..ada balance 1 kali lagi. Result darah Alhamdulillah bagus..liver, paru-paru semua cun..but darah merah je kurang 11..tapi banyak beza masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je..masa tu kena masuk darah.
Dalam hantarannya itu juga, Elyana turut meluahkan rasa terima kasih kepada mereka yang menderma darah kerana memudahkan proses rawatannya sehingga status kesihatannya kini stabil dan baik.
Thank you kepada yang selalu menderma darah..tak ternilai jasa anda..love u!!!
Penyanyi yang juga salah seorang pelakon drama Dunia Baru ini juga turut mendapat maklum balas positif dari warganet apabila ramai yang mendoakan agar kesihatan Elyana berada dalam keadaan yang baik selalu.
“Alhamdulillah moga kesihatan Nana bertambah baik. Amin,” komen Azwan Hashim.
“Semoga selepas balance 1 lagi semuanya normal,” komen Abu Samaran.
“Suka tengok Elyana positif and strong gila!” komen Ajezahmad.
Penyanyi Elyana menggemparkan industri seni tempatan apabila dia mengumumkan bahawa dia mengalami penyakit kanser limfoma saat menyertai Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Namun, pada hujung tahun lalu, selepas hampir 11 tahun melawan kanser, dia berkongsi berita gembira bahawa penyakit kanser limfoma tahap empatnya kini semakin baik dan pulih sepenuhnya.
Sumber gambar: Instagram Elyana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mitos Kacang Soya Penyebab Kanser Payudara Dan Prostat? Kaji Terlebih Dahulu
Banyak yang kita dengari mengenai keburukan memakan kacang soya–ada yang mengatakan bahawa ia boleh meningkatkan risiko penyakit kanser payudara. Bahkan, memberikan kemudaratan kepada kadar testosteron lelaki. Tapi betul atau tidak fakta ini?
Ramai yang suka membuat andaian sedemikian, ada juga yang hanya mengatakan keburukan sesetengah benda tanpa bukti yang sahih. Jadi ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai kacang soya.
Salah satu kacang yang beri kemudaratan?
Jadi adakah kacang soya ini boleh berikan kemudaratan atau bahaya kepada sesiapa yang suka memakannya? Tidak di sangkal banyak mitos dan fakta yang tidak sahih tular di media sosial mengenai kacang soya yang kita sendiri tidak tahu dari mana datangnya.
Menurut Doctoroncall, kacang soya telah menjadi sumber makanan sejak beribu tahun dahulu lagi. Ia mampat dengan kandungan nutrisi dan khasiat yang dapat membekalkan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Pada zaman kini, kacang soya telah menjadi salah satu bahan sumber utama protein bagi pengamal vegetarian dari negara barat.
Jarang makan kacang soya? Mesti anda terus je tuang kicap tanpa lihat gambar yang di tampal di botol itu kan, sudah tentu anda tahu kacang soya banyak di gunakan dan di olahkan dalam pelbagai bentuk seperti kicap, tauhu, tempe, taufufa, susu soya, tepung soya, dan juga minyak soya. Jadi tidaklah menjadi satu tanda tanya kerana kebanyakan makanan yang mengandungi bahan kacang soya ini sudah menjadi makan ruji kita?
Sememangnya kacang soya mengandungi kandungan protein yang tinggi, tetapi, ia tidak setinggi protein yang ada pada haiwan. Kacang soya sangat sesuai buat pesakit diabetes kerana ia mempunyai GI (glyemic index) yang rendah bagi kandungan karbohidrat di mana secara tidak langsung menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat dengan perlahan dan sedikit.
Artikel berkaitan: Tak Sangka Produk Kecantikan Drugstore Mampu Milik Yang Digilai Selebriti, Ramai Yang Puashati!
Terdapat juga asid folik yang di jumpai di dalam kacang soya, ia mata sesuai buat wanita yang hamil. Asid folik ini penting buat wanita hamil khususnya kerana ia membantu tumbesaran janin di dalam rahim terutama sekali dalam perkembangan saraf. Ada juga beberapa kelebihan kacang soya yang boleh di dapati, anataranya:
Dapat mengelakkan osteoporosis
Osteoporosis adalah salah satu penyakit tulang yang di mana penghidap akan mengalami masalah tulang yang lemah dan juga mudah retak. Penyakit ini sering berlaku di kalangan wanita yang sudah mencapai tahap menopause, ia kerana ketika waktu itu kadar estrogen dalam badan mereka sudah mula menurun.
Hormon estrogen pula sangat penting dalam proses pembentukkan tulang yang sihat. Kacang soya mengandungi isoflavones yang serupa dengan hormon estrogen. Di dalam kes ini, osteoporosis boleh di rawat dengan penggunaan bahan gantian hormon jika mengambil pengambilan kacang soya.
Kanser payudara
Sudah tentu anda tahu mitos yang mengatakan kacang soya menyebabkan kanser payudara bukan? Sememangnya penjelasan itu mudah sahaja–kacang soya mengandungi isoflavones yang seakan-akan seperti hormon estrogen, jadi mereka menganggap ianya boleh meningkatkan risiko kanser payudara oleh kerana peningkatan estrogen yang berlebihan.
Hakikatnya, isoflavones yang ada di dalam kacang soya tidak mampu untuk menybebakan kanser payudara. Malah, ada kajian yang menunjukkan kandungan isoflavones dalam kacang soya boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Dalam satu kajian juga menunjukkan, wanita Asia yang makan kacang soya turut dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebelum dan selepas menopause.
Kencing Manis
Selain dari membantu penyakit seperti kanser payudara, kandungan isoflavones di dalam kacang soya juga boleh membantu untuk menurunkan risiko kacang manis atau diabetes mellitus jenis 2. Terdapat kajian yang menunjukkan, menambahkan kacang soya di dalam diet pemakanan mampu mengurangkan risiko kencing manis tetapi ia masih dalam pemerhatian lanjut.
Dapat menurunkan kadar kolesterol
Makanan yang berasaskan soya di syorkan bagi mereka yang ingin mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Terdapat beberapa jenis kolesterol seperti high density lipoprotein (HDL) yang merupakan ‘kolesterol yang baik’ dan low density lipoprotein (LDL) pula ‘kolesterol yang tidak baik’. Maka, kolesterol LDL adalah punca bagi penyakit yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.
Jadi, kacang soya berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kadar kolesterol HDL untuk berfungsi bagi mengalihkan kolesterol LDL daripada saluran darah. Ada kajian yang menunjukkan jika seseorang individu itu mengamalkan pengambilan bahan soya dalam diet pemakanan mereka, perubahan ketara di lihat dengan penurunan kolesterol LDL.
Obesiti
Kacang soya merupakan satu sumber protein, maka ia dapat membuatkan anda terasa kenyang dan lebih cenderung untuk mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat. Ini secara tidak langsung membantu anda untuk menurunkan berat badan. Sebuah kajian telah di buat menunjukkan protein yang berasaskan haiwan dan kacang soya ini mampu beri kesan termogenik yang tinggi berbanding diet berasaskan karbohidrat.
Kacang soya bagus untuk kulit
Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan, malah ia mampu membantu untuk mencantikkan kulit anda. Kacang soya amat kaya dengan vitamin E dan ia sangat memberikan manfaat kepada kesihatan kulit. Penggunaan pemebab yang mengandungi kacang soya amat membantu mengekalkan pelembapan kulit. Selain dari itu, ia mengandungi juga phytoestrogen yang berperanan untuk menghilangkan kedutan pada kulit dan buatkan kulit tampak lebih awet muda!
Jadi apa-apa yang anda dengar mengenai mitos kacang soya boleh berikan kemudaratan kepada kesihatan seperti kurangkan kadat testosteron, penyebab kanser payudara, kanser prostat, dan sebagainya itu perlulah mendapatkan kajian yang menunjukkan kesahihannya. Jangan takut untuk mencuba tetapi jika anda masih risau, boleh dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Sumber info dan gambar: Doctoroncall dan Canva
Artikel berkaitan: Tip Pemakanan Untuk Mengelakkan Penyakit Gastrik. Betul Ke?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dambakan Kurma Berkualiti Dan Segar? Lakukan Dua Tip Ini Untuk Kenalpasti, Serta Cara Penyimpanan Yang Betul!
Setiap kali tibanya bulan Ramadan saban tahun, kurma merupakan antara juadah wajib yang pertama sekali di jamah kerana kebanyakkan umat Islam mahu merebut pahala sunnah iaitu berbuka dengan sebiji kurma seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW.
Kurma yang juga dikenali sebagai Tamar merupakan antara makanan yang kaya dan penuh khasiat serta mampu membekalkan tenaga yang mencukupi dan diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalani ibadah puasa.
Cara Nak Pastikan Kualiti Kurma Yang Segar
korang lepasni careful ya nak makan kurma. walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul before makan.
kalau tak, jadilah macam aku ni. makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi larva dah. no wonder la kurma ni lembut & manis rupanya…🤮 pic.twitter.com/IXin9AgZee
— nikfaiq (@nikfaiqq) March 25, 2023
Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan buah kurma yang telah rosak, tidak segar sehingga mempunyai telur lalat di dalamnya sekaligus membuatkan kita merasa was-was untuk memakan tamar ketika buka puasa.
Justeru, Hijabista tertarik untuk berkongsikan beberapa tip pemilihan dan penyimpanan buah kurma agar kesegaran dan kualitinya kekal terjamin sekaligus mengelakkan hijabi dari membeli buah yang telah tercemar.
Hanya amalkan dua langkah ini je sis, sebelum beli buah kurma. Dan lakukan penyimpanan yang betul untuk menjamin kesegaran buah kurma di rumah!
Langkah 1: Pastikan Tekstur Buah Terlebih Dahulu
Kesegaran buah kurma dapat dinilai dengan melihat tekstur isinya. Buah kurma segar mempunyai isi yang kenyal dan kental walaupun kulitnya kering dan berkedut.
Malah, isi buah kurma yang padat dan kelihatan berkilat juga petanda bahawa buah itu masih lagi segar. Tetapi jika hijabi melihat kurma tersebut mempunyai permukaan kristal gula terbentuk pada permukaan kulit buah, itu petanda buah kurma itu tidak segar.
Langkah 2: Hidu Dan Pastikan Aroma Kurma
Langkah kedua untuk memastikam kesegaran buah kurma adalah bau terlebih dahulu buah kurma tersebut.
Ini kerana, buah kurma yanh tidak segar mengeluarkan bau masam dan kurang menyenangkan. Kurma yabg mempunyai bau tidak enak berkemungkinan telah disimpam terlalu lama serta kualiti buah tersebut pastinya merosot.
Artikel berkaitan: 6 Sebab Perlu Makan Kurma Setiap Hari, Baik Untuk Kesihatan Dan Kulit Segar Berseri
Cara Penyimpanan Untuk Pastikan Kesegaran Buah Kurma
Cara 1: Simpan Di Dalam Peti Sejuk
Jika anda membeli kurma dalam kuantiti yang banyak, cara penyimpanan buah tersebut juga perlu dititikberatkan untuk menjamin kesegaran dan kualitinya.
Salah satu cara adalah dengan memastikan kurma itu disimpan dalam peti sejuk, elakkan menyimpan kurma pada suhu bilik. Kerana cuaca panas dan lembap Malaysia membuatkan kurma mudah berkulat.
Menyimpan kurma di dalam peti sejuk tidak akan mengubah rasa mahupun teksturnya buah tersebut, malah kurma akan menjadi lebih segar jika disimpan dengan cara begini.
Anda hanya perlu menunggu sebentar selepas mengeluarkannya dari peti sejuk sebelum makan.
Cara 2: Simpan Kurma Dalam Bekas Kedap Udara
Jika anda mempunyai kurma kering, cara yang paling mudah untuk menyimpannya adalah dengan meletakkannya di dalam
bekas kedap udara.
Kurma kering boleh bertahan hingga tiga bulan jika disimpan dengan cara ini.
Sumber: Twitter @nikfaiq & Blog Miszrockers
Artikel berkaitan: Kurma Memang ‘Super Food’ Tapi Ada Situasi Kurma Jadi Tidak Sihat, Ini Penjelasan Dietitian
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Miliki Stail Ala ‘K-pop Idol’ Aespa, Di Cawangan Pertama MLB Malaysia. Banyak Hadiah Menanti Hijabi Esok!
Jenama fesyen premium Korea, MLB kini berjaya menembusi pasaran Malaysia dan membuka kedai pertamanya! Kalau hijabi nak tahu, MLB telah beroperasi di IOI City Mall Putrajaya #LOT-G-239B & G240, mulai hari ini.
MLB adalah sebuah jenama yang menggabungkan fesyen premium dengan suntikan budaya unik. Berdiri sebagai gaya terkemuka di dunia, MLB mula membuka butik jenama pertamanya di Korea pada tahun 1997. Bukan itu saja, jenama ini menjadi sorotan ramai apabila melantik kumpulan Korea; Aespa sebagai duta jenama mereka.
Kumpulan Aespa yang semakin popular ini terdiri daripada empat orang ahli wanita iaitu, Giselle, Karina, Ning Ning dan Winter. Kolaborasi diantara MLB Korea X Aespa ini telah menarik perhatian ramai, terutamanya para peminat Aespa.
Jenama fesyen MLB, menawarkan barisan pakaian dan aksesori dengan koleksi yang diilhamkan oleh logo pasukan besbol terkenal. Ia juga terkenal dengan menggabungkan utiliti dan fesyen koleksi ikonik antaranya cetakan Paisley dan Checkerboard, Classic, Quilted, Dia dan Monogram Cube.
Lebih menarik lagi, jenama MLB mempunyai rangkaian topi terbesar di Asia, dengan menawarkan lebih 300 gaya klasik dan baharu sepanjang tahun, sekaligus menjadikan kedai ini destinasi tujuan utama paling ideal bagi Hijabi yang gemar mengumpul pelbagai koleksi topi. MLB adalah pilihan terbaik khas buat anda!
Artikel berkaitan: Cipta Stail Tersendiri Dengan Gaya Selebriti, Dapatkan Koleksi Menarik Hijabista Dengan Tawaran Hebat Jualan 9.9 Lazada
Harga pakaian dibawah jenama MLB bermula serendah RM230 hingga RM990, manakala harga topi pula serendah RM190 hingga RM360, kasut dan aksesori dijual secara berasingan dari RM290 hingga RM990.
Jom Serbu MLB IOI Putrajaya esok!
Sehubungan itu, bersempena dengan pembukaan pertama kedai fizikal MLB Malaysia esok, ada sesuatu yang menanti hijabi sekalian!
Pada 14 Januari 2023(esok), dari 10 pagi-12 tengah hari, 50 pembeli pertama akan menerima MLB Brand Gift Box. Lebih menarik lagi, bagi 200 pelanggan pertama yang hadir ke kedai MLB akan menerima pelekat jenama itu, berserta baucar hadiah bernilai RM20 setiap satu.
Mesti Hijabi berminat dan dah tak sabar sangat nak dapatkan hadiah eksklusif dari MLB kan? Ini langkah-langkah yang perlu sis lakukan:
- Tetapkan profil kepada umum.
- Pose dan ambil gambar yang ‘cool’ dan bergaya semasa berada di dalam butik MLB.
- Kongsi dan siarkan gambar tersebut di Instagram peribadi, ikuti dan tag @mlbmalaysia.
- Jangan lupa hashtag #MLBMalaysia pada ruangan kapsyen.
Foto dan kapsyen yang terbaik akan menangi topi MLB yang eksklusif sebagai hadiah! Wah, memang best! Tunggu apa lagi? Jangan lupa untuk sertai pertandingan dan kunjungi MLB Malaysia sekarang!
Artikel berkaitan: Cipta Stail Tersendiri Dengan Gaya Selebriti, Dapatkan Koleksi Menarik Hijabista Dengan Tawaran Hebat Jualan 9.9 Lazada
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI