Persoalan mengenai status hubungan aktres terkenal, Mira Filzah akhirnya terjawab apabila beliau mengakui statusnya yang sudah berpunya sewaktu ‘Facebook Live’ bersama Ustazah Asma Harun dalam segmen Bual Bicara Santai Pengorbanan.
Menerusi siaran atas talian tersebut, Ustazah Asma telah bertanyakan mengenai status Mira samada masih solo atau sudah berpunya.
Pelakon itu dengan jujurnya telah mengakui sudah berpunya dan kedua-dua belah pihak keluarga juga sudah bertemu bagi menbincangkan mengenai masa depan mereka bersama.
Terdahulu, Mira sebelum ini dikatakan sedang menjalin cinta bersama Wan Emir yang merupakan anak kepada seorang ahli politik.
Jelas Ustazah Asma, status Mira ini sebenarnya sudah dikira sebagai tunangan orang dalam Islam sekiranya kedua belah keluarga sudah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan cuma secara adatnya sahaja belum berlangsung.
Dalam pada masa yang sama, pendakwah tersebut turut mendoakan kebahagiaan buat pelakon tersebut dan berharap ikatan perkahwinan di antara Mira dan pasangannya dipermudahkan jalannya.