Perkongsian dan pendedahan seorang wanita bernama Natrah di laman Tik Tok mengejutkan orang ramai apabila dia pernah mencari rezeki sebagai juruwang di sebuah pusat hiburan atau bar.
Memetik laporan Mstar, pemilik nama Khairun Natrah Md Toho berkata, sewaktu melakukan pekerjaan itu, dia terpaksa berdepan pelbagai tomahan dan cacian daripada masyarakat.
Sebelum akhirnya dia membuat keputusan nekad, berhenti kerja demi memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Tambah Natrah, 25 tahun pengalaman yang diperoleh sebagai juruwang di tempat terkutuk itu, sedikit sebanyak memberi satu pengajaran dan pengalaman yang mematangkan baginya.
“Saya sempat kerja cashier dekat bar club selama 2 tahun 3 bulan.
“Gaji sebulan boleh cecah RM3,000 hingga RM4,000,” katanya.
Ketika dipersoalkan mengapa dia memilih cabang kerjaya yang disifatkan sebagai ‘kotor’ itu, Natrah berkata dahulu dia bekerja dalam bidang akaun, sebelum berasa bosan terperap di pejabat dengan gaji yang tidak memberangsangkan.
“Saya berkahwin pada tahun 2019, ketika itu saya berumur 21 tahun. Umur 23 baru kerja dekat bar,” jelasnya.
Menurut Natrah, suaminya cakna berkenaan pekerjaan yang dilakukannya itu, dan sudah menasihati dirinya agar mencari pekerjaan yang lebih baik, cuma Natrah bersikap ‘keras kepala’ ketika itu.
“Dia cakap nak kerja boleh, tapi bila sampai masanya, berhentilah.
“Kerja macam ni tak berkat, tapi masatu saya ikut kepala sendiri je,” tegasnya.
Artikel berkaitan: Graduan Kejuruteraan Terjun Ke Dalam Bidang Content Creator, Hijabi Ini Bina Kerjaya Jual Sambal Acar Tapi..
Natrah turut mengakui seoanjang mencari rezeki di pub itu, dia tidak pernah merasa ketenangan hati. Malah, setiap wang yang diperolehi sentiasa tidak merasa cukup.
“Walaupun seronok kerja, tapi saya rasa tak tenang. Suami paling seronok bila saya ambil keputusan untuk berhenti kerja,” kata Natrah.
@bynattyyy_ Due bulan 9 ☺️ Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏻🥰 Geng bulan 9 ada ke? 😍 #fypシ #bumil #33weekpregnant #foryou ♬ original sound – Cik Puan Manis @ Miela – Miela Shukor
Apa yang membuatkan Natrah begitu bersyukur dan merasakan dia membuat keputusan tepat apabila dia disahkan hamil selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja.
“Rupa-rupanya baby dah ada dalam perut masa saya berhenti tu. Saya kata ini rezeki tuhan. Allah betul-betul dengar permintaan saya.”
“Saya hanya nak kongsi pengalaman. Saya terkejut kisah ni viral.
“Mungkin ada yang baik, anda boleh ambil. Yang buruk jangan diikut,” ujarnya.
Natrah juga memaklumkan bahawa dia kini berhasrat dan sedang mencuba berjinak-jinak untuk memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna setelah selamat melahirkan bayinya, yang kini mencecah usia 3 bulan.
Sumber: Mstar & Tik Tok @ntrahmuhd
Artikel berkaitan: Aktif Melakukan Kerja Amal, Fauzi Nawawi Akui Pengalaman Ajar Merendah Diri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.