Jika mahu merawat kulit yang breakout seeloknya dapatkan nasihat daripada pihak doktor. Jangan main beli sahaja produk-produk yang dikatakan mampu mengatasi masalah kulit breakout.

Semua orang ingin kulit yang cantik dan gebu. Jadi, di media sosial, apabila ada orang yang kongsikan rutin penjagaan muka bagi merawat kulit muka berjerawat yang terbukti berkesan untuk mereka di media sosial lazimnya ia akan jadi tular dan dikongsi ribuan kali.

Masalah timbul bila ada produk/ubat yang disyorkan itu mengandungi bahan terkawal yang mempunyai risiko kesan sampingan. Ia tidak sesuai untuk sesetengah pengguna, malah mendatangkan bahaya jika diambil tanpa pengetahuan dan pengawasan.

Mari kita lihat maklumat-maklumat penting yang tidak diberitahu tentang ubat-ubat jerawat yang biasa disyorkan oleh wargamaya.

—EX: contoh produk
—TX: rawatan
—RX: preskripsi
—SE: kesan sampingan

1. BENZOYL PEROXIDE 5-10%
Kandungan paling lazim dalam produk komersial. Ada dijual di kedai runcit, atas talian, dan farmasi.
— EX: Oxy10, Benzac, Neutrogena Rapid Clear.
— TX: jerawat tahap ringan dan sederhana.
— RX: tak perlu preskripsi doktor.
— SE: kulit merah, menggelupas dan alahan.

IKLAN

2. CLINDAMYCIN (SAPUAN)
Sejenis antibiotik topikal/kegunaan luar. Dijual di klinik dan farmasi sahaja. Boleh guna bersama tretinoin.
— EX: Dalacin T, T3 Mycin
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
— RX: tak perlu preskripsi doktor
— SE: loya, muntah, cirit-birit, alahan.

3. TRETINOIN/ADALAPENE (SAPUAN)
Ia adalah derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Disapu sekali sehari.
— EX: Retin-A, T3 Actin, Differin, T3 Ada Gel
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk.
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: kecacatan janin, fotosensitiviti, alahan.

4. ANTIBIOTIK ORAL (KAPSUL/TABLET)
Antibiotik makan juga boleh membantu. Dijual di klinik dan farmasi sahaja.
— EX: Docycline, Tetracyclin,
— TX: jerawat tahap sederhana dan teruk
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: bergantung kepada antibiotik yang diberi.

IKLAN

5. ISOTRETINOIN (KAPSUL)
Ia juga derivatif sebatian retinoid. Ada dijual di klinik dan farmasi sahaja. Di makan sekali sehari.
— EX: Accutane, Roaccutane, Acnotin
— TX: jerawat tahap teruk
— RX: perlu preskripsi dan pemantauan doktor
— SE: kecacatan janin, kering muka, kering mata, rekah bibir, fotosensitiviti, depression, alahan.

Jika dilihat senarai ubat untuk merawat jerawat ini, hanya Benzoyl Peroxide sahaja boleh dibenarkan dijual di mana-mana kedai, termasuk atas talian. Yang lain perlu dibeli di farmasi.

Ubat mengandungi retinoid ditegah pengambilannya oleh wanita hamil, menyusukan anak, atau wanita yang merancang untuk hamil. Retinoid hanya akan dimulakan setelah pemeriksaan kehamilan adalah negatif, dan setelah pengambilan bermula, pesakit perlu mencegah kehamilan.

IKLAN

 

 

Wargamaya ditegah membeli ubat rawatan jerawat yang dikategorikan sebagai ubat terkawal dalam Akta Racun 1952, melalui jualan atas talian. Selain itu, disarankan juga agar pembeli berhati-hati dengan ubat alami tetapi tidak berdaftar. Bimbang dicampur bahan terkawal(eg: steroid, tretinoin)

Jika ada masalah jerawat yang teruk, dapatkan khidmat nasihat doktor dan farmasi. Kalian akan diberitahu semua maklumat ubat yang diberi kepada kalian. Perlu tahu sebelum ambil.

Utamakan kesihatan dan keselamatan, sebelum kecantikan! Semoga bermanfaat!

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI