Bagi yang suka bersolek ‘eyeliner‘ merupakan komponen utama pada bahagian mata agar tampak lebih memukau, cantik dan seksi. Akan tetapi tahukah anda memakai eyeliner juga boleh berbahaya kepada kesihatan?
Jangkitan bakteria boleh terjadi dibahagian mata apabila anda tidak mengamalkan teknik kebersihan yang betul. Untuk mencegah dari terkena jangkitan bakteria anda perlu mengetahu beberapa tips keselamatan yang boleh dipakai guna setiap kali memakai eyeliner.
Tisu di bahagian kelopak mata manusia adalah bahagian kedua paling nipis dan sangat sensitif berbanding bahagian kulit yang lain. Menurut pakar, disarankan untuk elak memakai eyeliner yang kalis air kerana ianya sukar dicuci.
Sekiranya anda tidak menyuci eyeliner dengan betul, risiko untuk mendapat jangkitan sangat tinggi. Jadi anda digalakkan untuk cuci sebersihnya selepas seharian memakai eyeliner. Selain itu, pastikan anda periksa dahulu bahan yang terdapat di dalam eyeliner dan pastikan tiada bahan yang boleh membuatkan mata anda mengalami reaksi alergi.
Ketika memakai eyeliner, anda dinasihatkan supaya berhati-hati kerana garis kelopak mata manusia sangat nipis dan komponen eyeliner tersebut berisiko untuk memasuki mata anda. Elakkan untuk terkena pada bahagian mata supaya tidak sakit.
Kita selalu terlepas pandang akan jangka hayat sesuatu alat mekap terutama sekali alat mekap bahagian mata. Eyeliner merupakan salah satu alat solek yang sukar diketahui jangka hayatnya. Dinasihatkan supaya membuang eyeliner selepas 3 bulan kerana kita tidak nampak kulat yang terbentuk.
Salah satu tips untuk mengingati jangka hayat sesuatu produk itu adalah dengan menulis tarikh anda membuka produk tersebut.
Artikel Berkaitan: Elak Mata Jadi Macam Panda, Wanita Kongsi Cara Paling Mudah Guna Eyeliner. 15 Saat Je Siap!
Perkara ini seringkali terjadi apabila anda keluar bersama rakan atau keluarga. Pasti ada yang ingin meminjam barangan anda. Tidak menjadi masalah untuk pinjam tetapi ianya sama sahaja seperti anda berkongsi bakteria.
Untuk mengelakkan jangkitan anda dinasihatkan supaya tidak sesekali berkongsi alat solek terutama sekali eyeliner kerana kita tidak tahu sekiranya orang lain mempunyai jangkitan mata.
Sekiranya anda jenis yang suka mencuba alat solek terutama sekali eyeliner atau alat solek bahagian mata, pastikan anda memberikan perhatian pada label dan ramuan. Jangan sesekali ambil mudah. Terutama sekali eyeliner, mascara dan eyeshadow. Alat solek berkaitan mata perlu dititikberatkan kerana takut akan mengakibatkan iritasi dan bengkak lalu menyebabkan jangkitan bakteria.
Artikel Berkaitan: Panduan Membeli 10 Eyeliner Terbaik Di Drug Store Bawah Bajet Anda. Rugi Tak Miliki!
Akhir kata, bukan sahaja eyeliner tetapi isu berkaitan mata seperti kemerahan, kesakitan,perubahan penglihatan perlu dihentikan. Paling penting sekali jangan lupa untuk menjaga kebersihan eyeliner dan alat solek supaya tidak berisiko kepada mata dan wajah anda.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.