10 barangan ini paling dekat dengan hijabis, malahan menjadi barangan peribadi yang wajib ada. Namun hijabis harus lebih berhati-hati dengan 10 barang ini ada kesan negatif yang mungkin kita tidak sedar.
1. Sabun mandi jenis buku/ bar
Dalam satu kajian 2008 University of Florida pemain bola sepak, mereka yang berkongsi sabun lebih cenderung mempunyai jangkitan berulang Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), pelindungan antibiotik untuk jangkitan Staph. Ia mungkin kerana sabun jenis ini biasanya tidak kering sepanjang penggunaan, terutamanya pada bahagian bawah, yang membawa kepada pengumpulan bakteria, kulat dan yis yang boleh dipindahkan dari seorang ke seorang.
2. Deodoran
Deodaran dicipta untuk mencegah bau badan yang berpunca daripada bakteria. Ini bermakna ia mengandungi ciri-ciri antimikrob. Deodoran anda hanya berfungsi untuk memperlahankan penghasilan peluh dan bukannya membunuh bakteria, jadi bakteria tersebut masih berkemungkinan akan melekat pada roll atau stick deodoran. Pertama, berkongsi deodoran boleh memindahkan bakteria kepada orang lain dan kalaupun anda terlepas daripada perkara tersebut, sisa bulu bawah lengan dan sel kulit anda masih melekat di situ. Bukankah sangat menggelikan?
BACA ARTIKEL INI:
3. Topi, helmet, sikat rambut
Selain berisiko untuk mendapat jangkitan kutu, kuman yang terlekat pada rambut ketika anda baring di bantal atau kusyen juga boleh berpindah.
4. Pisau cukur
Kes kajian terdahulu menunjukkan pisau cukur berpotensi untuk memindahkan jangkitan hepatitis B, C, malah HIV, dan tentunya juga jangkitan bakteria dan kulat.
5. Tuala
Berkongsi tuala kotor boleh menyebarkan jangkitan penyakit mata (pink eye) kepada gonorea terutama tuala yang basah atau lembap.
6. Berus gigi
Tahukah anda, ketika anda memberus gigi, tahap bakteria dalam darah anda akan meningkat untuk sementara waktu. Tambahan pula, ia boleh menyebarkan jangkitan darah yang terlekat pada berus gigi termasuklah jangkitan HIV.
7. Pengetip kuku
Jangkitan kulat kuku, bakteria, yis ,virus dan Hepatitis C juga boleh berpunca daripda perkongsian alatan ini.
8. Gincu bibir
Kalau tak nak bibir anda dijangkiti penyakit seperti virus herpes simplex yang menyebabkan kulit bibir kering dan berpecah-pecah serta selsema, elakkan dari berkongsi gincu bibir. Boleh kata ramai juga wanita yang tak kisah berkongsi lipstik dengan sahabat karib sedangkan banyak bakteria yang terkumpul pada bibir.
9. Berus solekan
Bayangkan bakteria yang terkumpul di dalam berus solekan, tak akan anda mahu kongsi? Senang kata, kalau sahabat anda mempunyai masalah kulit berjerawat, kebarangkalian anda akan mempunyai masalah yang sama juga tinggi.
10. Earphone
Penggunaan earphone terlampau lama juga boleh mengumpul dan menyimpan bakteria di situ. Jadi hati-hati dan fikir semula untuk meminjam earphone orang lain jika tidak mahu terkena jangkitan pada telinga. Menggunakan headphone terlalu lama mungkin akan menyebabkan blackhead dalam telinga.
Blackhead boleh terhasil kesan daripada penghasilan minyak daripada kelenjar sebaceous yang juga ada dalam telinga.
Headphone yang kotor dan tidak bersih boleh menjadi punca kepada penghasilan blackhead ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sepanjang Pendakian Ke Jabal Nur Mila Jirin Tak Putus Berselawat Sambil Kendong Anak Seberat 9KG. Subhanallah!
Semakin ramai selebriti yang mengambil kesempatan megunjungi rumah Allah dan terbaru adalah juara Akademi Fantasia Musim ke 5, Mila Jirin. Dia yang pergi mengerjakan umrah bersama suaminya, Isz Mustapha dan juga anak mereka, Mohd Arif Zikri, berusia 2 tahun dua minggu lepas. Cabaran paling besar dihadapi sepanjang berada di tanah suci apabila ketika mendaki Jabal Nur dengan mengendong anaknya yang seberat 9 kilogram.
A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on
Cabaran Terbesar Kerana Saiz Tubuhnya Yang Kecil
Mila yang memuat turut pengalamannya itu di laman sosialnya memberitahu ia adalah satu cabaran besar buatnya kerana dia yang bertubuh kecil dengan hanya berat 42 kilogram.
Menurut Mila proses pendakian amat sukar kerana walaupun ada tangga tetapi tidak sekata. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Makin ke atas pendakian,makin curam.
Walaupun ketika dipetengahan jalan Mila hampir berputus asa tetapi tetap berusaha untuk sampai ke puncak kerana itu merupakan ziarah terakhir sebelum Jabal Nur ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi.
Tidak Putus Berselawat
Sepanjang pendakian itu, Mila tidak putus beselawat dan berfikir bagaimana Rasulullah boleh sampai ke puncak tanpa tangga dan kudrat isteri baginda yang menghantar makanan setiap hari ketika bersendiriian di Gua Hira.
Bagi Mila juga proses untuk turun mendaki lebih mencabar berbanding ketika mendaki. Malah Mila terasa bergoyang dan bergetar lututnya ketika proses menurun.
Dia akhirnya sampai ke puncak pada aras ketinggian 642m dengan membawa anaknya yang dikendong sepanjang mendaki. Dia tidak membenarkan suaminya membawa anak mereka kerana berselipar Jepun dan agak bahaya untuk pendakian.
Setelah sampai, perasaannya berada di atas menurut Mila tidak tergambar di fikiran kerana pemandangannya sungguh indah.
Solat Duduk Sambil Dukung Anak
Namun penyanyi ini tida berpeluang ke Gua Hira kerana laluannya agak mencabar dan bahaya untuk dirinya yang mendukung anak. Dia dan suami hanya melihat dari atas sahaja pemandangan di Gua Hira berkenaan.
Sepanjang berada di sana juga Mila turutn menceritakan pengalamannya membawa anaknya itu solat. Dia sebelum berangkat ada membaca dan belajar cara solat sambil mendukung baby dan juga solat secara duduk.
Mila juga turut membawa ‘baby wrap’ bagi memudahkan untuknya bersolat dan dia hanya solat secara duduk sahaja terutama bila anaknya tidur. Dan alhamdulillah segala urusannya ketika mengerjakan ibadah di rumah Allah itu dipermudahkan walaupun membawa anak kecil.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MILA JIRIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rekaan Yang Lebih Menyentuh Jiwa, Hadiah Bermakna Untuk Ibu Tersayang Bersama Pandora & Ice-Watch!
Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan. Tiada apa yang dapat diungkapkan tentang kasih dan cinta seorang ibu. Besar luhur sayangnya seorang ibu itu umpama seluas lautan biru yang terdampar luas. Hilangnya kasih ibu, seperti hilangnya sebuah nikmat. Hilangnya doa seorang ibu, seperti hilangnya sebuah rahmat.
Bersempena meraikan Hari Ibu bulan ini, hulurkan sebuah hadiah ikhlas dari hati bersama dengan PANDORA dan ICE-WATCH yang sememangnya menjadikan Hari Ibu lebih bermakna.
Hadiah daripada hati bersama PANDORA
Kali ini, PANDORA hadir dengan koleksi simbol yang baru dalam setiap aspek rekaan produknya termasuklah cincin, rantai tangan dan juga subang. Simbol seakan-akan ‘unbreakable bonds’ itu diserikan dengan butiran berlian amat sesuai buat seorang ibu yang amat bermakna.
Bukan itu sahaja, malah PANDORA turut menghasilkan charms berbentuk hati khas untuk hari istimewa buat si ibu. Rekaannya yang lebih unik dan istimewa ini didatangi khas dengan tulisan cinta bersama dengan mesej bermakna untuk tatapan ibu setiap saat.
Untuk menjadikan sambutan Hari Ibu lebih istimewa, rekaan khas cincin dan subang berbentuk hati bersama dengan kilauan batu berlian sebagai rekaan utama disulami dengan emas 14 karat seperti memahami definisi seorang ibu. Sparkling Round Halo Ring dan Sparkling Round Halo Stude Earrings bukan sekadar metafora cinta, malah seperti bukti mengikhlaskan hati memberi sayang kepada si ibu.
Promosi istimewa Hari Ibu bermula dari 25 April sehingga 8 April ini, miliki sebuah rekaan rantai tangan yang berharga RM 379 dengan setiap pembelian PANDORA sebanyak RM 688!
Semarakkan cinta dengan ICE-WATCH!
ICE-WATCH hadir dengan rekaan jam yang lebih lembut konsepnya, sederhana, rona yang cukup tenang dan feminin, khas sebagai pemberian istimewa buat si ibu! Meraikan sambutan Hari Ibu dalam nada yang lebih elegan namun tidak sarat, produk jam terbaru dari ICE-WATCH ini amat sesuai untuk menyerikan lagi tarikh 8 Mei ini!
Mengetengahkan konsep feminin yang menggabungkan rona merah jambu lembut bersama dengan rona putih salju amat sempurna untuk menggambarkan sisi santun seorang ibu yang penyayang dan penuh kasih. Ditambah pula dengan perincian kilauan emas dan ros emas, menjadikan produk jam ini harus dimiliki bagi setiap ibu.
Rekaan corak flora juga antara kunci utama dalam penghasilan rekaan ini untuk menyerlahkan lagi definisi Hari Ibu. Biarkan ibumu merasai cinta dari kasihmu dengan jam tangan dari ICE-WATCH ini!
Memiliki empat rekaan berbeza, Heaven Sage, White Sage, Poppies Sage dan Lady Pink, kesemuanya didatangi khas dengan rekaan kecil dan medium. Harganya juga mampu milik!
Jadi, usah buntu mencari pilihan terbaik untuk si ibu sempena Hari Ibu yang bakal tiba. PANDORA dan ICE-WATCH punya jawapan terbaik untuk insan yang bergelar ibu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Buang Masa Lagi! Ini Checklist Pecutan Amalan 10 Malam Akhir Ramadan, Jom ‘Kutip’ Pahala
Lipat gandakan dan gunakan kurniaan disediakan Allah SWT, khususnya 10 malam terakhir Ramadan. Pastinya kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi. Sewajarnya mengoptimumkan peluang yang ada ini untuk melakukan yang terbaik dari segi amalan puasa, bersahur, solat Tarawih, bersedekah, membaca al-Quran dan beriktikaf.
Checklist Pecutan Amalan 10 Malam Akhir Ramadan
1. MENYEMPURNAKAN SOLAT FARDU DI AWAL WAKTU DAN BERUSAHA MENGQADA SOLAT YANG TELAH DITINGGALKAN
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud bertanya kepada Rasulullah SAW:
أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ “الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا”. قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ “ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ”. قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ “الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ”
Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Selain itu, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kafarah (menutup dosa) untuknya melainkan hal tersebut.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
2. BERUSAHA MENCARI LAILATUL QADAR
Daripada Aisyah r.a., beliau menceritakan bahawa:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.”
(HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
3. MEMPERBANYAKKAN SOLAT SUNAT
Solat Sunat Qabliah (Sebelum) Subuh
Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
– Solat Sunat Dhuha
Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
– Solat Sunat Tarawih
Daripada Umm al-Mukminin Aisyah r.a bahawa beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama Baginda. Kemudian pada malam berikutnya, Baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.”(HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
4. MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT
Firman Allah SWT:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ إِنَّهٗ كَانَ غَفَّارًاۙ ﴿10﴾ يُّرْسِلِ السَّمَاۤءَ عَلَيْكُمْ مِّدْرَارًاۙ ﴿11﴾ وَّيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَّبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَّكُمْ جَنّٰتٍ وَّيَجْعَلْ لَّكُمْ أَنْهٰرًاۗ ﴿12﴾
Terjemahan: “Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”
(Surah Nuh: 10-12)
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ أَذْنَبْتُ، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَبْتُ، فَاغْفِرْ لِي، فَقَالَ رَبُّهُ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَابَ ذَنْبًا، قَالَ: قَالَ رَبِّ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ: فَاغْفِرْهُ لِي، فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa:
“Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa:
“Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
5. MEMPERBANYAKKAN SELAWAT
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab: 56)
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
6. MEMPERBANYAKKAN MEMBACA DOA
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۗ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah al-Baqarah: 186)
Hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a., beliau berkata:
كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) – “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” (HR al-Bukhari dan Muslim. Status Hadis: Sahih)
7. BERBUAT BAIK DAN MEMPERBANYAKKAN KHIDMAT BAKTI
Firman Allah SWT:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Terjemahan: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Surah al-Nisa’: 36)
Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR Ahmad, al-Thabrani dan al-Daruqutni. Status Hadis: Hasan)
8. HINDARI DARI SIFAT RIYAK, ‘UJUB, SUM’AH DAN TAKABBUR DENGAN AMALAN YANG DILAKUKAN
Riyak bermaksud melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia dan tidak berniat beribadah kepada Allah SWT.
‘Ujub pula ialah seseorang yang mengagumi diri sendiri dengan beranggapan bahawa kemuliaan amal soleh yang dilakukan adalah kerana adanya sesuatu perkara atau sebab bukan kerana Allah SWT.
Sum’ah adalah mengingatkan orang lain akan segala perbuatan baik yang pernah dilakukannya agar diketahui oleh orang lain dengan berharap akan dipuji, diberi penilaian yang baik, penghargaan atau sebagainya.
Takabbur pula bermaksud sombong, angkuh atau bongkak dengan melihat dirinya mengatasi orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang melihat dirinya dengan pandangan yang hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak sehebat dan setaraf dengannya.
Firman Allah SWT:
ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿5﴾ ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ﴿6﴾
Terjemahan: “(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).” (Surah al-Ma’un: 5-6)
Rasulullah SAW pernah bersabda:
لاَ تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمُ اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ
Maksudnya: “Jangan kamu mensucikan diri kamu kerana Allah lebih mengetahui orang yang paling baik dalam kalangan kamu.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
9. MEMAAFKAN ORANG LAIN
خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجَٰهِلِينَ
Terjemahan: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf (perkara baik), serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” (Surah al-A’raf: 199)
Daripada Abu Hurairah r.a., ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu ia berkata:
يَا رَسُول اللَّه، إِنَّ لِي قَرابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُوني، وَأُحْسِنُ إِلَيْهِم وَيُسِيئُونَ إِليَّ، وأَحْلُمُ عنهُمْ وَيَجْهَلُونَ علَيَّ، فَقَالَ: لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمُ المَلَّ، وَلا يَزَالُ معكَ مِنَ اللَّهِ ظَهِيرٌعَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلكَ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, saya memiliki kerabat, saya sambung (hubungan silaturahim) tetapi mereka malah memutuskan, mereka berbuat buruk kepada saya tetapi saya berusaha untuk berbuat baik kepada mereka. Mereka berbuat jahil kepada saya tetapi saya sabar tidak ingin membalas dengan yang sama. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Jika yang kamu katakan itu benar, maka seakan-akan kamu menaburkan debu panas ke wajah mereka dan Allah sentiasa menolong kamu selama kamu terus berbuat seperti itu.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
10. MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN PAHALA BERPUASA
Bahawa Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَاامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam.” (HR Ibnu Majah. Status Hadis: Sahih)
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إَذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
Maksudnya: “Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan dari Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim dan al-Tirmizi. Status Hadis: Sahih)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita berlumba-lumba mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manfaatkan masa serta nikmat yang ada dengan sebaiknya dan rebutlah peluang sebanyak mungkin.
HIJABISTA: Simbolik Ramadan ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga menunjukkan mudahnya untuk masuk syurga serta susahnya ke neraka kerana pintunya ditutup. Sesuai sebagai bulan kebaikan, sepatutnya kita melakukan amalan baik sepanjang bulan puasa ini.
Sumber kredit: Ustazah Asma’ Harun Top image: Photo by Abdulmeilk Aldawsari from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI