Pelakon kacukkan melayu Thailand, Nur Natasha Shazlia Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Tasha Yong, 32 akui merasa sedih, kecewa dan tertekan dengan pelbagai penghinaan yang diterimanya sejak mula menceburkan diri dalam perniagaan makanan kerepek.
Baru-baru ini ketika melakukan siaran langsung di laman Instagram miliknya, Tasha yang sebak telah menangis kerana tidak mampu lagi membendung tekanan dan kesedihan yang sudah dipendam sekian lama.
“Ini adalah kali pertama saya berasa putus asa. Selama ini, saya tutup aib, tutup rasa ‘down’ (kecewa). Saya tunjuk yang diri okay, saya kuat. Hari-hari saya kongsi ‘live’ semangat pada orang yang tengah ‘down’, sampai mereka pulih semangat semula.
“Tanpa mereka tahu betapa hancurnya hati saya. Dihina, dicaci, tiada siapa ‘support’ (sokong) saya buat jual kerepek ini. Mungkin mereka rasa hina sangat berniaga kerepek. Tapi, saya tetap teruskan sebab nak bantu orang susah buat duit.
“Sebab saya faham macam mana rasa susah itu. Malah, setiap kali engkau gagal, orang akan tepuk tangan. Bila nak bangkit, tiada siapa hulur tangan. Saya dah lelah,” tulis Tasha pada ruang kapsyen liver berkenaan.
Meninjau ke laman Instagram Tasha, Hijabista mendapati mwnerusi satu hantaran lain, Tasha meminta agar mana-mana pihah yang tidak mampu membantu orang lain mengapai impian, supaya berhenti membunuh cita-cita orang lain dengan kata-kata nista dan cacian.
“Tolonglah.. Kalau takde rasa nak bantu, janganlah kau bunuh dan tarik orang tu kebawah. Lama aku pendam dan tahan sesak dada aku ni. Daripada aku tunjuk kesedihan aku, aku tunjuk semangat aku dekat orang.
“Setiap kali aku buat sesi motivasi bantu orang lain ubah hidup, Alhamdulillah hidup aku juga mula berubah. Tapi memang akan ada hamba Allah yang hati macam iblis! Penuh hasad dengki dan setiap kali akan jatuhkan kau. Selagi kau tak mampus, selagi tu dia takkan puas hati.
“Lagi aku sabar lagi diuji kesabaran aku. Kali ni aku jujur bagitahu yang MEMANG AKU TENGAH TAK OKAY! tapi tak bermakna aku akan down selamanya! Mentor aku ajar aku untuk bangkit 10kali ganda setiap kali jatuh..
“Buat insan yang memang suka tengok aku jatuh, aku nak pesan kat kau, AKU BUKAN MACAM KAU. Kalau aku dah berjaya kaya raya nanti, aku pasti akan bantu kau ke jannah, aku bukan musuh kau, musuh kita adalah iblis, bukan sesama hamba seislam.
Assalamualaikum.. ayong tak nak simpati korang, cuma ayong harapkan doa dari kalian. Semoga Allah balas jasa kalian dengan memulangkan doa-doa kalian itu kepada kalian juga🙏🏻❤️ tulisnya.
Artikel berkaitan: Asyiknya Makan Kerepek Pegaga, Hijabi Yang Tak Suka Makan Sayur Boleh Try!
Pelakon drama Memori Cinta Suraya, Cinta Ibadah dan pelbagai drama lain itu berkata, selama dia bersabar selagi itu dirinya terus diuji sehinggakan dia menjadi lemah.
“Kali ini, saya jujur beritahu yang memang diri tengah tak okey. Tapi tak bermakna saya akan ‘down’ selamanya. Mentor saya ajar, untuk bangkit 10 kali,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis telah tampil memberi dukungan dan meniupkan kembali semangat kepada diri Tasha.
Ini bertujuan agar Tasha lebih cekal melangkah dan tetap meneruskan perniagaan kerepeknya, tanpa perlu mengambil pusing sebarang cercaan dan hinaan yang dilemparkan.
Antara komen yang ditinggalkan oleh rakan-rakan artis buat Tasha adalah seperti berikut.
“Kau kuat ! Don’t be sad love you ❤️” – Janna Nick
“Adik kakak 💪💪💪” – Ieda Moin
“Hugss 🥺💗” – Adriana Adnan
Untuk rekod, kerepek keluaran Tasha Yong dalam masa yang sama melakukan ‘Misi Bantuan 40 Golongan Asnaf’. Keuntungan jualan setiap pembelian kerepek Pedas Basah atau Ayam, RM 1 akan disumbangkan kepada 40 orang keluarga Asnaf.
Sumber: Instagram Tasha Yong
Artikel berkaitan: Jika Kurus Matlamat Anda, Pakar Syorkan Buang 2 Makanan Ini Dalam Pantri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.