Kecantikan

Hasil Titik Peluh, MUA Usia 12 Tahun Hadiahkan BMW Buat Diri Sendiri Sempena Hari Jadinya

Share

Seorang jurusolek ataupun MUA dari Thailand yang baru sahaja berusia 12 tahun, Pearl Paplern, mencipta kejayaannya yang tersendiri apabila membeli sebuah kereta BMW sebagai hadiah buat dirinya hasil daripada titik peluhnya sendiri.

Sungguh tidak disangka, rupa-rupanya minatnya terhadap dunia solekan bermula sejak usianya 3 tahun lagi apabila dia memuat naik video tutorial solekan pertamanya di YouTube.

Sehingga ke hari ini, dia telah mengumpul lebih 279k subscribers
di YouTube dan rata-rata video yang dimuat naiknya mencapai jutaan penonton. Wow!

Happy Birthday To Me! Tak salahkan sekali-sekala untuk kita memberi reward pada diri sendiri?

Hasil karyanya yang memang hebat. Pasti ramai yang tidak menyangkakan ianya hasil tangan daripada seorang gadis yang berusia 12 tahun.

Menerima anugerah M Thai Top Talk.

kredit: instagram @nongpearpaplern

Published by
Qistina