Bulan penuh kemuliaan yang dinantikan oleh semua umat islam. Walaupun ada yang berduka tidak menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah Haji janganlah berduka kerana perancangan Allah lebih baik dari kita.
Namun kita juga dianjurkan untuk melakukan amalan-amalan sama seperti mereka yang mengerjakan Haji ganjaran dan manfaatnya sudah tentu berganda. Antaranya puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah puasa sunat Zulhijjah.
Dan masanya bermula pada satu haribulan Zulhijjah sehingga sembilan haribulan Zulhijjah dan puasa pada sembilan Zulhijjah ini ialah puasa arafah. Puasa Zulhijjah ini ganjarannya seperti berpuasa selama setahun.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda:
Tiada dari hari-hari yang dikasihi oleh Allah supaya dilakukan ibadah pada hari-hari tersebut daripada sepuluh hari yang awal dari bulan Zulhijjah yang mana ganjarannya menyamai berpuasa setiap hari daripadanya selama setahun dan mendirikan ibadah pada setiap malam daripadanya menyamai beribadah pada malam lailatul qadar.”
(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Dan adapun puasa sunat arafah ertinya berpuasa pada 9 haribulan Zulhijjah selain bagi orang yang mengerjakan haji yang mana ganjarannya adalah dihapuskan dari orang yang berpuasa akan segala kesalahannya selama dua tahun yaitu setahun yang sebelumnya dan setahun yang selepasnya.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda:
Puasa hari arafah sangat berharap aku atas Allah bahawa menghapuskan kesalahan setahun yang sebelumnya dan setahun lagi yang selepasnya.”
(Hadith riwayat Tirmizi)Arafah juga merupakan tempat di mana Adam dan Hawa berjumpa di bumi setelah turun dari syurga. Para jemaah akan membaca Talbiyah dan doa ini berulang-ulang:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا، وَ كَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا، وَ تَوَفَّنَا مَعَ الْأَ َبْرَار، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ يَا غَفَّار
Ya Allah, ampunilah dan hapuskanlah dosa-dosa kami, dan kami meninggalkan dunia bersama orang-orang yang benar, untuk dosa-dosa yang tak terampuni kecuali oleh-Mu, Engkau-lah Maha Pengampun
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ -القرآن ٣:٥
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridai Islam sebagai agamamu. (Quran 5:3)
عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ “ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ
Nabi Muhammad (ﷺ) berkata, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih dicintai oleh-Nya daripada hari sepuluh hari tersebut.“ (Tirmidzi)
1. Para jemaah akan menggabungkan solat Zohor dan Asar, serta menghabiskan waktu untuk berdoa seharian.
2. Para jemaah akan menghadap kiblat dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka sehingga matahari terbenam. Ini adalah salah satu hal penting dalalm ibadah haji.
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ : خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ -الترميذي
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR. Tirmidzi]
Hari Arafah adalah kemuncak dari sepuluh hari pertama Zulhijjah di mana jutaan umat Muslim berkumpul untuk memohon pengampunan. Ada banyak cara untuk memohon pengampunan. Kita boleh melakukannya setiap kali selesai solat, kita boleh solat pada waktu malam, dan juga melakukan solat sunah seperti Tahajjud dan solat taubat. Hal yang perlu dilakukan hanyalah menyenaraikan semua hal yang ingin kita doakan kepada Allah untuk di dunia mahupun di akhirat.
Pentingnya berdoa di Hari Arafah juga disebutkan dalam hadis ini:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ : مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يَعْتِقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ عَبْدًا أَوْ أَمَةً مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ
Nabi Muhammad ﷺ berkata, “Tidak ada satu hari di mana Allah lebih banyak membebaskan hamba dari neraka, melebihi Hari Arafah.” (Muslim)
Bagi mereka yang tidak melaksanakan ibadah haji, disunahkan untuk berpuasa pada hari ini.
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالَّتِي بَعْدَهُ
Nabi Muhammad ﷺ berkata, “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” (Muslim)
Membaca Allahu akbar, SubhanAllah and Alhamdulillah pada hari ini akan membuat kita dilimpahi berkah. Zikir adalah salah satu bentuk penyucian diri dan kita perlu membersihkan hati setiap hari, terutama dilakukan pada hari pengampunan. Mari kita manfaatkan kesempatan ini untuk memupuk amalan baik tersebut dalam kehidupan seharian. Semoga kita dapat benar-benar memanfaatkan bulan Zulhijjah ini untuk mengingat Allah, bersyukur, serta terus beramal dan melakukan perbuatan baik dalam kehidupan seharian.