Bulan penuh kemuliaan yang dinantikan oleh semua umat islam. Walaupun ada yang berduka tidak menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah Haji janganlah berduka kerana perancangan Allah lebih baik dari kita.
Namun kita juga dianjurkan untuk melakukan amalan-amalan sama seperti mereka yang mengerjakan Haji ganjaran dan manfaatnya sudah tentu berganda. Antaranya puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah puasa sunat Zulhijjah.
Dan masanya bermula pada satu haribulan Zulhijjah sehingga sembilan haribulan Zulhijjah dan puasa pada sembilan Zulhijjah ini ialah puasa arafah. Puasa Zulhijjah ini ganjarannya seperti berpuasa selama setahun.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda:
Tiada dari hari-hari yang dikasihi oleh Allah supaya dilakukan ibadah pada hari-hari tersebut daripada sepuluh hari yang awal dari bulan Zulhijjah yang mana ganjarannya menyamai berpuasa setiap hari daripadanya selama setahun dan mendirikan ibadah pada setiap malam daripadanya menyamai beribadah pada malam lailatul qadar.”
(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Dan adapun puasa sunat arafah ertinya berpuasa pada 9 haribulan Zulhijjah selain bagi orang yang mengerjakan haji yang mana ganjarannya adalah dihapuskan dari orang yang berpuasa akan segala kesalahannya selama dua tahun yaitu setahun yang sebelumnya dan setahun yang selepasnya.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda:
Ads
Puasa hari arafah sangat berharap aku atas Allah bahawa menghapuskan kesalahan setahun yang sebelumnya dan setahun lagi yang selepasnya.”
(Hadith riwayat Tirmizi)Arafah juga merupakan tempat di mana Adam dan Hawa berjumpa di bumi setelah turun dari syurga. Para jemaah akan membaca Talbiyah dan doa ini berulang-ulang:
Ya Allah, ampunilah dan hapuskanlah dosa-dosa kami, dan kami meninggalkan dunia bersama orang-orang yang benar, untuk dosa-dosa yang tak terampuni kecuali oleh-Mu, Engkau-lah Maha Pengampun
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridai Islam sebagai agamamu. (Quran 5:3)
Nabi Muhammad (ﷺ) berkata, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih dicintai oleh-Nya daripada hari sepuluh hari tersebut.“ (Tirmidzi)
1. Para jemaah akan menggabungkan solat Zohor dan Asar, serta menghabiskan waktu untuk berdoa seharian.
2. Para jemaah akan menghadap kiblat dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka sehingga matahari terbenam. Ini adalah salah satu hal penting dalalm ibadah haji.
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR. Tirmidzi]
Apa yang boleh dilakukan dari rumah di Hari Arafah?
Ads
1. Memanjatkan Doa
Hari Arafah adalah kemuncak dari sepuluh hari pertama Zulhijjah di mana jutaan umat Muslim berkumpul untuk memohon pengampunan. Ada banyak cara untuk memohon pengampunan. Kita boleh melakukannya setiap kali selesai solat, kita boleh solat pada waktu malam, dan juga melakukan solat sunah seperti Tahajjud dan solat taubat. Hal yang perlu dilakukan hanyalah menyenaraikan semua hal yang ingin kita doakan kepada Allah untuk di dunia mahupun di akhirat.
Pentingnya berdoa di Hari Arafah juga disebutkan dalam hadis ini:
Nabi Muhammad ﷺ berkata, “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” (Muslim)
3. Berzikir
Membaca Allahu akbar, SubhanAllah and Alhamdulillah pada hari ini akan membuat kita dilimpahi berkah. Zikir adalah salah satu bentuk penyucian diri dan kita perlu membersihkan hati setiap hari, terutama dilakukan pada hari pengampunan. Mari kita manfaatkan kesempatan ini untuk memupuk amalan baik tersebut dalam kehidupan seharian. Semoga kita dapat benar-benar memanfaatkan bulan Zulhijjah ini untuk mengingat Allah, bersyukur, serta terus beramal dan melakukan perbuatan baik dalam kehidupan seharian.
https://youtu.be/QDk7xdQC3gw
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon juga pengacara popular, Amyra Rosli dimasukkan ke dalam salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur selepas suhu badannya mencecah 40 darjah celsius.
Menerusi laman Instagramnya, Amyra ataupun Nur Amira Izzati Rosli, 35, berkongsi tentang keadaanya tubuh badannya yang demam itu. Melihat dari Instagram Storiesnya, Amyra telah ditahan di wad untuk pemeriksaan selanjutnya.
Berikutan daripada itu, netizen juga rakan selebriti mula membanjiri ruang komen di salah sebuah gambar yang dimuat naik oleh Amyra. Gambarnya yang sedang dimasuki air di bahagian tangan (drip) itu mula mendapat tumpuan ramai dan membuatkan ramai yang bimbang tentang kesihatannya.
Antara yang dikongsikan oleh Amyra menerusi Instagram Storiesnya adalah:
Panadol dah more than 10..Drip pun dah..pegi hospital pun dah.. I lost jap tak tahu nak buat apa ni..sebab without pain killer I tak boleh diri dan duduk lama-lama..help!
Ada petua tak lepas booster if demam dan sakit badan apa nak buat?
Selain itu juga, Amyra turut berkongsikan tentang kejadian rentetang yang terjadi pada dirinya saat dia ditahan di wad hospital.
Semalam (Rabu) malam saya dah datang hospital. Doktor suruh admit sebab dia kata badan saya panas sangat tapi saya cakap saya drip saja sebab saya kena kerja. Dengan yakinnya konon pasti sihat lepas drip. Doktor pun bagi saya balik lepas dua jam mereka pantau saya. Sebelum balik, doktor ingatkan lagi lebih baik saya admit tapi saya nak balik juga.
Lepastu hari ini (Khamis) demam panas yang suhu 39 hingga 40 celsius yang tak berkesudahan. Sekarang ini kat kecemasan dan kena admit la jawabnya. Lain kali jangan degil cakap doktor.
Team Hijabista mendoakan agar Amyra diberikan kesembuhan yang cepat dan dapat melakukan aktiviti seperti biasa serta dipermudahkan segala urusan..InsyaAllah Amin Ya Rabb!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dunia tanpa sempadan mendedahkan kepada kita pelbagai perkongsian dari pengguna media sosial terutama dalam dunia kecantikan. Namun tidak semua produk yang dihasilkan elok untuk kulit kerana ada antaranya boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Perkongsian dari doktor ini mengingatkan betapa bahaya hasil DIY penjagaan wajah yang dibuat sendiri. Menurut Dr Norbaizura Mohd Ismail memberitahu terdapat pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan kulit wajah seseorang. Malah lebih teruk ada yang menyebabkan kulit bernanah dan terbakar.
Jadi dia menasihatkan mereka yang membuat campuran bahan sendiri ini agar jangan sebarang tempek produk ini pada kulit wajah. Malah bahan berasaskan natural juga tidak semestinya tiada kesan sampingan. Justeru dia menasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor sebelum letakkan sebarangan bahan pada muka.
Hati2 ketika menggunakan skincare DIY!
Apa tu skincare DIY?
Mesti ramai yang pernah cuba kan skincare DIY ni? Amek yogurt, lps tu cmpur timun la keledek la bayam la budu la (ok, over!), pastu tempek kat muka… Haaaaa kalau biasa buat mcm ni, hati2 tau!!
Terdapat byk kes peradangan/burn (contact dermatitis) yg saya terima di klinik akibat skincare DIY ni. Yang paling sering adalah burn sebab letak kunyit, bawang putih, limau, baking soda etc pada muka. Smpi terbakar hitam kulit, bengkak dan ada yg penuh naik jerawat nanah2 di muka!
Skincare DIY ni bukannya semua tak bagus. Tapi ada bahan2 termasuk yang natural atau alami ni sebenarnya dapat menyebabkan alergik, iritasi atau kulit terbakar.
So, jangan letak sebarangan benda kat muka! Even alami/natural pun tak semestinya tiada kesan sampingan/kesan allergik! Dapatkan nasihat doktor sebelum meletakkan sebarangan bahan di muka.
Towards healthy, radiant skin
KREDIT GAMBAR: GOOGLE IMAGE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kian mendapat tempat di hati pengguna baik lelaki dan wanita, Erna Elliyana Rosli,33, pengasas Kamya Glow yang pernah menerima anugerah The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty rupanya sebelum ini pernah terlibat dalam bidang seni sebelum memberi fokus penuh terhadap dunia perniagaan.
Seronok hasilkan produk namun hati belum tertutup…
Sebagai seorang usahawan yang berjaya, dalam bidang perniagaan yang sentiasa memastikan produk berkualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meski sudah pun mempunyai beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun Erna akui hatinya masih belum tertutup untuk kembali memeriahkan bidang nyanyian dan lakonan. Bagaimanapun Erna berkata, sekiranya punya ruang masa untuk kembali aktif, penglibatannya dalam dunia hiburan tidaklah serius, sebaliknya hanya untuk projek istimewa.
Erna sebelum ini aktif menyanyi selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian dan muncul dengan beberapa single selain berlakon.
“Saya bersama suami, Syed Mahadzir Fadaak mulai menceburkan diri dalam bisnes sejak 2015 lagi. Sejak itulah kami beri komitmen penuh terhadap apa yang dilakukan sekarang. Memang masih minat menyanyi, cuma sampai satu tahap, saya merasakan adakah ini yang saya mahu.
Lalui cabaran berniaga bersama
Erna ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Alpha Raya di The Marquee @ Puteh Subang, berkongsi segala cabaran dan kerjayaan bukanlah dihadapi berseorangan malah sokongan kumpulan dan suami buat dia lebih komited dalam perniagaan kecantikan ini.
“Tempuhi cabaran demi cabaran, akhirnya saya kongsikan hasrat kepada suami untuk terus komited fokus dalam bisnes. Ramai yang bertanya mengenai perkara ini sebenarnya. Jadi itulah jawapan. Saya percaya dengan aturan dan rezeki Allah SWT.
“Kalau buat lagu sekali pun selepas ini, ia hanyalah untuk penuhi minat. Tidaklah untuk meletakkan harapan sebagaimana sebelum ini. Begitu juga dengan lakonan meski ada di antara ahli keluarga pun terlibat secara langsung dalam dunia hiburan,” katanya.
Majlis rumah terbuka ini bersempena dengan ulang tahun pertama Kamya Glow yang turut disokong oleh Alpha Capital Berhad. Ia turut diserikan dengan persembahan oleh Ayu Damit, Datin Alyah dan Ziana Zain.
Imbas balik perjalanan..
Daripada awal sehingga sekarang, rupanya sudah banyak yang dilakukan dalam usaha memperkenalkan jenama ini. Erna bersyukur, puas hati dan berbangga dengan pencapaiannya. Ujarnya apabila menonton video ulang tahun pertama perjalanan Kamya Glow.
“Kalau nak diikutkan, Kamya Glow masih lagi ‘bertatih’ dalam industri lingkungannya, akan tetapi kami tidak bersaing dengan produk kesihatan dan gaya hidup sedia ada. Sebaliknya, saingan kami adalah diri sendiri. Kami hanya mahukan yang terbaik dari semasa ke semasa. Sebab saya percaya, siapa yang laju dialah yang akan maju.
“Malah, penerimaannya di kalangan pengguna yang kami gelar sebagai KamyaLovers juga positif. Setiap hari, ada sahaja maklum balas yang diterima sama ada menerusi telegram atau di media sosial,” katanya.
Malah, Erna pada masa sama optimis meneruskan legasi Kamya Glow menerusi beberapa projek terbaharu meski pada peringkat awal pelancaran, mereka berdepan kekangan susulan penularan Covid-19.
“InsyaAllah dalam beberapa bulan yang akan datang, kami akan mengeluarkannya dalam bentuk tablet dan kolaborasi bersama dalam kosmetik serta penjagaan rambut. Usaha ini dilakukan bagi memperkukuh seterusnya memperkenalkan jenama ini kepada lebih ramai pengguna di luar sana.
“Jujurnya saya tidak nafikan risiko mengeluarkan jenama ketika negara berdepan fasa pandemik bukan mudah. Mahu tidak mahu, kami kena teruskan pelancarannya. Jadi formula promosi lain perlu difikirkan.
“Kami banyak lakukan strategi menerusi media sosial bersama Remy Ishak (bekas duta) ketika itu dan terbaru Datin Alyah serta beberapa wajah wakilan lain. Saya faham bila jual produk, kita tidak boleh bergantung kepada dalam talian sahaja. Perlu berjumpa dengan pengguna dan sebagainya.
“Tapi itulah cabarannya pada waktu itu. Kalau tidak belajar susah, bagaimana nak berjaya. Banyak yang kami pelajari, apa yang perlu ditambah baik. Penghargaan juga saya dedikasikan kepada ‘team’ Kamya Glow. Syukur sekarang semuanya kian baik,” katanya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...