Hargai Usaha, Datin Vivy Yusof Sumbangkan 1,700 Helai Tudung dUCks Buat Frontliners

Share

Bagi menghargai usaha dan bakti petugas barisan hadapan, usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof telah menyumbangkan 1700 helai tudung jenama dUCks milik syarikatnya buat mereka semua.

Memahami perasaan petugas wanita yang berhijab, Vivy telah menghadiahkan mereka semua hijab yang diperbuatkan daripada kain kapas agar mereka semua tidak berasa kepanasan sewaktu bertugas.

Kami sayang anda semua, frontliners!

Saya telah menerima banyak DM untuk menolong barisan hadapan dengan keperluan hijab dan ini membuatkan saya tidak boleh duduk diam. Ini adalah cara paling yang cepat yang saya boleh fikirkan bagi menolong mereka. The Duck Group baru sahaja mendermakan 1,700 dUCks edisi Fluff (100% kapas, jadi mereka tidak akan rasa panas) kepada petugas barisan hadapan melalui Pertubuhan IKRAM Malaysia. Hari ini segala hijab tersebut telah diterima oleh Dr Siti Noor Munirah Ibrahim.

Terima kasih kerana menolong kami melakukan ini dan berharap anda dapat mengedarkannya dengan cara terbaik yang boleh dilakukan. ❤ Kami sayang anda, frontliners! Kami banyak sekali terhutang budi dengan anda. Harap dUCks ini dapat menceriakan anda di waktu-waktu sukar ini. ❤#covid19

Sungguh murni usaha yang dilakukan oleh Vivy ini. Ini membuktikan kita dapat membantu dengan apa cara sahaja sekalipun dan buat segala yang kita mampu untuk meringankan beban petugas barisan hadapan. Sama-samalah kita mendoakan agar urusan frontliners

ini dipermudahkan dan wabak covid-19 ini segera lenyap dari muka bumi. Amin.
Published by
Qistina