Bagi menghargai usaha dan bakti petugas barisan hadapan, usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof telah menyumbangkan 1700 helai tudung jenama dUCks milik syarikatnya buat mereka semua.
Memahami perasaan petugas wanita yang berhijab, Vivy telah menghadiahkan mereka semua hijab yang diperbuatkan daripada kain kapas agar mereka semua tidak berasa kepanasan sewaktu bertugas.
Kami sayang anda semua, frontliners!
View this post on InstagramA post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on
Saya telah menerima banyak DM untuk menolong barisan hadapan dengan keperluan hijab dan ini membuatkan saya tidak boleh duduk diam. Ini adalah cara paling yang cepat yang saya boleh fikirkan bagi menolong mereka. The Duck Group baru sahaja mendermakan 1,700 dUCks edisi Fluff (100% kapas, jadi mereka tidak akan rasa panas) kepada petugas barisan hadapan melalui Pertubuhan IKRAM Malaysia. Hari ini segala hijab tersebut telah diterima oleh Dr Siti Noor Munirah Ibrahim.
Terima kasih kerana menolong kami melakukan ini dan berharap anda dapat mengedarkannya dengan cara terbaik yang boleh dilakukan. ❤ Kami sayang anda, frontliners! Kami banyak sekali terhutang budi dengan anda. Harap dUCks ini dapat menceriakan anda di waktu-waktu sukar ini. ❤#covid19
Sungguh murni usaha yang dilakukan oleh Vivy ini. Ini membuktikan kita dapat membantu dengan apa cara sahaja sekalipun dan buat segala yang kita mampu untuk meringankan beban petugas barisan hadapan. Sama-samalah kita mendoakan agar urusan frontliners ini dipermudahkan dan wabak covid-19 ini segera lenyap dari muka bumi. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah Siti Hamil, Memang Ini Dikatakan Seri Ibu Mengandung. Foto Ini Buktinya!
Ahamdulillah semalam terlerai segala teka-teki apabila penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil anak sulungnya. Beliau yang mengucapkan syukur atas anugerah ‘agung’ ini setelah hampir 11 tahun menanti. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membenarkan apa yang dihebohkan di media sosial baru-baru ini.
Heboh sebelum ini di laman sosial di mana sekeping gambar Datuk Siti yang mencemar duli menerima kunjunganKebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah di kediamannya seperti menampakkan ‘baby bump’.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada beliau dan ada yang membuat andaian, kandungan Siti kini sudah masuk 2 bulan.
Peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Siti turut mendoakan kesejahteraannya yang ketika ini ditinggalkan suami tercinta, Datuk K yang mengerjakan ibadah haji di Mekah.
Biarpun pelbagai komen dan ucapan tahniah diberikan, namun tiada kenyataan balas dari Siti dan hanya membiarkan peminatnya bermain teka teki.
Walau apa pun, memang Siti nampak sedikit berisi tetapi beliau masih lagi cantik dan comel. Kalau betul penyanyi no 1 kini hamil, memang inilah dikatakan seri ibu mengandung.
Sebelum ini, Siti pernah hamil tetapi keguguran apabila usia kandungannya 2 bulan. Diharap kandungan kali ini akan membesar sihat dan Siti melalui frasa kehamilan hamil dengan penuh keseronokan.
Mendirikan rumah tangga pada 2006, mungkin inilah hadiah terindah sempena sambutan ulang tahun ke 11 mereka Ogos lalu.
Kalau Betul Foto-foto Inilah Bukti Dikatakan Seri Ibu Mengandung
#Salam penuh kerinduan
#Beri sokongan
#Sambutan ulang tahun perkahwinan ke 11
#Belanja selfie
#Jumaat yang barakah
#Senyuman manis
#Cantik
KREDIT FOTO: Instagram CTDK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SITI KHADIJAH Rai Ulang Tahun Ke-15, Rasmi Galeri Pelawat Pertama di Laman Khadijah
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
BACA JUGA: Mesin Layan Diri Keperluan Solat, Siti Khatijah Memudahkan Orang Ramai Beribadah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ovari Hampir Dibuang, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Derita Akibat Cyst Buat Pengajaran Semua
Pengalaman sakit kerana cyst memang memeritkan. Hanya sesiapa yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu deritanya. Kebiasaannya, ia ‘hadir’ dalam tubuh kita tanpa disedari. Hanya selepas melakukan pemeriksaan doktor barulah kita sedar keadaan yang sebenar.
Berkongsi kisahnya sepanjang menderita cyst, Atiyah Hakim berharap orang ramai terutamanya di kalangan gadis agar sentiasa peka dengan keadaan kesihatan mereka.
December 2015
Diagnose : Ovarian cyst 3.5cm
March 2016
After fews follow up dengan Hospital A cyst hilang!
Alhamdulillah time ni happy sangat! Then, stop follow up sebab rasa sakit pun takde! Period tak pernah miss! Macam biasa setiap bulan ada! Dan jgak takde period pain yg teruk!
Dec 2015 – June 2018
Sepanjang cyst tu membesar dari 3.5cm hingga 12cm takde simptom sakit pun. Sebab mostly orang ada cyst setiap kali period akan rasa sakit kan ? For me memang takde period pain yg teruk & tak pernah ambil pain killer setiap kali period! Cuma nampak buncit yg ingat hanya buncit biasa! Tapi bila nurse tegur bila baring mmg nampak bentuk bulat terbonjol & bila tekan dia keras. Tu jer la simptom yg bila detect cyst tu memang dah besar sangat!
June 2018
Tiba-tiba terasa sakit belah kiri bahagian pelvic selama 2 hari! Tak sedap hati teruk pergi Klinik Wanita & bila buat ultrasound doctor kata cyst 14cm! Doktor explain pasal cyst katanya cyst banyak jenis! Maybe yg awk ni Endometriosis Cyst tapi apa2 pun dah operate baru tau jenis apa! So, doc minta buat operation cepat2! Doc bgtau cost buat dekat PH dalam 9k-12k! Decide nak try follow up dekat Hosp A dulu sebab last follow up dekat sana!
July 2018
Pergi Hosp A jumpa doctor. Gynae sana kata ‘klu dah mcm ni kita akan buang sebelah ovary yg ada cyst tu! But no worries you still boleh preggy lagi sebab ada 1 lagi! Lepas cek nanti kita tgk sama ada cancer ke tak? Klu cancer kita kena buat chemo semua lah! Sebab pelik jgak ni awk tak rasa sakit apa2! Lepas tu tanya lagi ‘mmg kena remove one ovary ke???’. Gynae sana kata ‘yup! Sebab dah besar sgt!’ Perasaan time tu ya Allah tuhan sajer tau! Rasa down sangat2!!! Lepas tu 2 3 hari fikir & teringat kt Doctor Klinik Wanita tu pernah kata dia akan selamatkan ovary & buang cyst shj! So fikir nak jumpa balik doctor tu! Perasaan down tak payah nak cerita setiap hari fikir cuma fikir satu jer time tu! Kehidupan tetap kena teruskan kena kerja apa semua! Alhamdulillah dikelilingi orang-orang yg supportive sangat!
August 2018
Sekali lagi jumpa doctor Klinik Wanita tu utk double check! Nak dengar apa kata dia utk remove one ovary. Memang perlu buang or macam mana?? Then he answer…
‘No, I takkan remove your ovary! Because you still young & not married yet! Klu buang nanti effect your hormone jgak! Kesian you nanti.
Habis why Hosp A kata kena buang jgak ???
‘They want remove sebab is more easy compare just nk buang cyst shj dlm ovary tuh! And klu buang cyst jer complicated and takut bleeding apa semua!’ Tapi still boleh buat lah!’ Ouhh okay doctor…faham!
So decide nak buat dekat Hosp B after raya haji!
Kali ke 3 datang klinik konon nak ty psl proses utk surgery & utk blood test semua! Tapi doctor kata you dtg after you period k! Lepas settle & dapat date operate barulah beritahu kt family semua! Bukan apa…taknak beritahu awal sebab taknak family risau!
Bila dah bgtau kt family…sampai lah masa 2 3 hari kakak tanya…
‘Serius ke nak buat kt Hosp B ??? Try cek dulu dekat PPUM ??? Sebab bukan apa tak yakin lah dengan Hosp B tu. Kalau PPUM dah tau doctor hebat2 level Prof & ot dorg pun lengkap equipment! Incase apa2 jd during operation ada doctor lain jgak!
Selepas fikir semua….
Okay lah pergi PPUM bawa referral letter dapatkan dalam date appointment seminggu jer! After a week jumpa doctor, terus doctor kata you kena buat surgery yer! Tapi kita ambik blood test dulu then next week kita jumpa tgk result blood test & bagi date operation! Then sempat tanya doctor betul kena remove one ovary??? Doctor kata eh tak lah kita akan remove cyst jer lah dulu incase bila tgk dalam dah teruk sangat takde cell hidup dah so kita terpaksa remove lah! Ouhh okay doctor…(dalam hati takpe lah klu dah teruk sgt kena buang sebelah dah redha time tuh!) After a week lagi jumpa doctor & dah date operation 26.09.2018! Alhamdulillah, tumor marker pun normal bermaksud kemungkinan besar bukan malignant (cancer)! Lega sikit….
Time ni lah seorang doctor datang explain pasal research & tanya willing tak nak jadi respondent!
Then minta kt doctor ada proposal psl this research tak utk saya baca dulu! Lepas 3 4 minute baca so setuju lah nak join & terus sign Consent Form! Sempat ty doctor ‘susah tak nak dapat respodent???’ She said susah lah! Doctor explain tapi the ubat tu you kena beli sendiri sebab takde dalam bajet research! So makanye tergelak depan doctor then kata ‘ouhh..bukan ke biasa research biasa free for psl ubat’ Doctor kata ehh tak lah kita pun takde bajet dah! Okay sebab tau ubat tu kalau kt luar mmg lagi mahal & PPUM rasa mcm murah sikit & research kemungkinan akan helpful during nak remove cyst tuh! So sanggupkan ajer lah kan! Benda baik & dah faham pasal apa research tuh why not join kan!!!
25 September 2018
Pagi2 dah register utk masuk ward! Bila nurse check BP low & tanya ‘awk ni demam ke?…ermm maybe cancel lah operation ni!’ Alamak demam plak dah!
Dah jumpa MO HO & Anesthetist (Pakar Bius) dorang bgtau terpaksa postpone operation sbb condition badan demam and tonsils merah sikit! Makanye petang tu kena discharge! Kecewa giler time tuh sampai merayu buat muka sedeh kt doctor sampai doctor kasi date baru operation another 2 weeks!
9 October 2018
Sekali lagi register masuk ward! Time condition badan weak lagi batuk ada lagi sikit! Sebelum 2 3 hari nak warded pergi klinik jumpa doctor nak topup ubat kononnyer! Lepas tu cerita kt doctor psl kena operation! Doctor nih explain A-Z klu tengah batuk sangat bahaya nak go operation! He said ‘Saya dulu Anestheist 7 tahun lepas, biasa kami akan tunggu seminggu selepas patient sihat & tak batuk baru kita proceed operation! Tiba2 terkeluar air mata depan doctor nurse sebelah terkejut tengok! Bgtau doc ‘alaa frust lah takkan nk postpone lagi operation! I dah tunggu 3 4 bulan utk operation nih! And one more pasal kerja lagi fikir sbb kerja nanti takde sape nak take over klu ambik cuti bulan 11 12! Last sekali doctor kata ‘ermmm..you kena your safety 1st!’
Doctor klinik nih mmg bagus…apa kita sakit dia akan explain sebaik yg mungkin bagi kita faham! Klu kita tak faham dia akan google tunjuk gambar! Susahkan nak jumpa doc klinik yg mcm nih! Biasa ty sakit apa & bagi ubat jer! Bila kita ty lebih dia jwb ala kadar jer!
10 October 2018
Alhamdulillah…finally operate jgak walaupun lama kena warded 7 hari! Dan hampir nak masuk ot balik!
(Yang ni sis sambung Part 2 yer. Lenguh jari nak type panjang2…hahaaaa!)
Moral of story :
-buatlah check up setahun sekali or dua kali!
-buat ultrasound dah boleh detect cyst!
-makesure kena rehat secukupnya sebelum nak warded & klu boleh ambik jer cuti sehari sebelum warded!
-kena check dengan 2 3 Hospital & pilihlah mana yg terbaik untuk dapatkan treatment!
-jangan lengah-lengahkan untuk treatment! Takut nanti ada yg tak dapat nak selamatkan! Nauzibillah…
-kalau ada rasa sedeh & down tu normal tapi jangan ikutkan sangat!
-orang sekeliling kwn2/family silalah bagi moral support!
p/s : gambar sekadar hiasan! Letak gambar real nightmare tak tido malam korang nanti!?
#atiamenulis
#cystjourney
#sharingiscaring
#loveyourself
ENDOMETRIOSIS OVARIAN CYST PART 3
Cyst vs Pemakanan
Setiap doctor yg dah pernah jumpa dah tanya & berulang-ulang tanya mereka sampai 2 3 jumpa still tanya soalan yg sama pada doctor termasuk lah pada Prof (gyane expertise) :
‘Doctor apa factor boleh kena cyst ???’
‘Doctor apa yg saya boleh avoid supaya cyst tak berulang lagi ???’
‘Betol cyst disebabkan hormone imbalance ???’
‘Betol ke cyst mmg semua ada tapi cuma tak active ???’
‘Doctor why saya kena cyst? Tapi saya tak pernah ambik any supplement/collagen yg bukan-bukan!’
Jawapan mereka :
Cyst bukan related dengan food! But genetic is yes ada relelated! Dia sebenarnye ada ikut nasib seseorang!
Yup, homorne imbalance tu betol sebab perempuan de hormone estrogen & progesterone!
No lah! Bukan semua pempuan ada cyst cuma ikut naseb jer awak!
Jangan cakap macam tu…kalau nak kena mmg akan kena jgak!
So kaji balik pasal eating pattern & lifestyle sendiri!
My Eating Pattern :
Buah & sayur : boleh dikata setiap hari makan.
Protein intake : suka makan redmeat & selalu makan ayam. Ikan makan klu masak kt rumah! Sebab makan kt kedai ikan akan tak bersih & berbau.
Meal time : kadang-kadang tak tentu jgak sbb sibuk.
Fast Food : rasanya sebulan sekali dua jer.
Junk Food : boleh kira setahun berapa kali jer ambil.
Coffee intake : once a week sbb suka minum
coffee brew!
Others : healthy food yg lain ON jer selalu cuma durian jer tak makan! Hahaa…
Exercise : lack exercise! Rasa tahun ni baru 2x buat exercise!
Time ni rasa ouhh..mungkin kurang exercise nih! Sebab exercise boleh balancekan hormone dalam
badan kita! Dan kena double ambik fruit & vegie!
After discharge PPUM :
Adalah seorang kenalan beritahu kata dia ada cyst tapi kecil lagi! Dan kata takut nak pergi PH takut mahal! Dan tanya simptom-simptom yg dia face skang. Just advise her go tp check up dengan doctor cepat-cepat! Tapi yg peliknya, dia nih active hiking! Boleh dikata sebulan tu berkali pergi hiking! Level hiking dia bukan setakat naik Bukit Broga tuh! Level dia sampai hiking kt negara lain! Nak kata lack nutrition knowledge! Dia pun good & expert in Nutrition! Hmmm…why yg active macam tu still kena cyst???Conclusion…back to kepada jawapan doctor!
‘Cyst ni ikut nasib orang!’
Moral of story :
-tak kisah lah apa factor but jaga pemakanan sgt penting!
-buat lah exercise sewajarnyer!
-jangan kuat stress hidup kena happy2 jer!
p/s : Part 2 tak buat lagi! Terus kita jumpa jump Part 3 sebab terscroll ada yg share jgak! But akak ni beruntung apa pun dah ada anak! Yg still single & mana yg dah kawen takde anak lagi tu golongan nih yg risau. Allah tahu apa yg terbaik!?
TERIMA KASIH YANG MENDOAKAN!❤️
Perkongsian ini sekadar menjawab soalan-soalan semasa di PPUM & harap boleh memberi sedikit sebanyak kesedaran mengenai cyst. Kalau boleh taknak kena pada orang lain & taknak orang lain rasa down pasal cyst!?
Kredit: Facebook Atiyah Hakim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI