Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan sememangnya pandai menghargai isteri tercinta, Qaabila Deena Emir apabila memberikannya sebuah kereta sebagai kejutan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat.
Menariknya, kereta Honda Jazz tersebut turut hadir dengan nombor plat QAA 811A Y yang membawa maksud nama isterinya, ‘QAABILA’.
Deena ternyata sangat terharu dengan kejutan yang diberikan kerana ulangtahun perkahwinan mereka ternyata lagi dua minggu dari sekarang iaitu pada 16 September.
Surprise from the husband! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab our wedding anniversary is on 16th Sept. Tapi dapat present today. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya). Habis la comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis
🤣😭 Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort. ♥️ my prayers are always with you. #AlhamdulillahAlhamdulillah, memang benar janji Tuhan tidak akan berkurang rezeki seseorang itu jika dia mengutamakan isteri dan keluarga tercinta. Oleh itu, jangan takut untuk berhabis demi mereka kerana pastinya rezeki anda akan datang melimpah ruah nanti.