Pengacara popular yang pernah menghiasai kaca televisyen, Datin Seri Normala Samsudin berkongsi rasa syukur apabila anaknya, Ruhila Roslan selamat melahirkan cahaya sulung semalam, Khamis.
Rasa syukurnya itu dikongsikan menerusi hantarannya dalam akaun Instagram dengan memuat turun beberapa gambar jari kaki dan tangan cucunya yang begitu comel! Menurut Normala, kelahiran cucunya itu adalah seperti sebuah amanah yang diturunkan oleh Allah SWT.
Amanah kirim Allah SWT dari syurga..setiap kelahiran insan sudah tersurat dan tersirat. Amanah berat tanggungjawab Ibu dan Ayah.
Tambahnya lagi, mendidik anak bukanlah sebuah proses yang mudah namun pasti akan ada kesenangan yang diberikan oleh Allah SWT. Turut teruja dengan kelahiran cucunya itu, Normala juga mendoakan agar cucunya itu menjadi anak yang soleh dan berpesan kepada anaknya supaya menjadi ibu dan ayah yang diredhai-Nya.
Setiap kepayahan itu pasti ada kesenangan dalam menjaga dan mendidik hingga menjadi anak berjaya dunia akhirat. Moga jadi anak yang Solleh Amin. Moga kita menjadi ibu ayah yang diredhai-Nya.
Bersama-sama dengan tanda pagar #tokmamasyukursangat, perkongsian itu juga turut mendapat komen positif dari netizen yang turut teruja dengan kelahiran cucunya itu.
Team Hijabista turut mendoakan agar cucu Normala diberikan kesihata yang baik dan membesar menjadi anak yang soleh. Tidak lupa juga kepada Ruhila, selamat menjalani proses berpantang ya!
Sumber gambar: Instagram Normala Samsudin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.