Kes rumah tangga antara Joy Revfa dan Hafiz Hamidun sampai pada tahap kritikal. Kedua-duanya dilihat berbalas serangan di media memberitahu apa yang terjadi. Segala yang berlaku antara mereka didedahkan tanpa berselindung. Tidakkah keduanya tahu hukum HALAL HARAM apa yang telah mereka lakukan?
Jika diimbas perkahwinan keduanya hanya mampu bertahan hanya beberapa bulan sahaja sebelum terjadinya perselisihan antara pasangan suami isteri ini. Walaupun pihak mahkamah sudah mengesahkan perceraian Joy dengan suami keduanya adalah sah, tetapi ia tidak dapat membantu mempertahankan rumah tangga
yang dibina.Dalam hal ini, apakah benar tindakan Joy sebagai seorang isteri yang dilihat lantang bersuara mempertahankan dirinya berhubung kemelut antara dia dengan Hafiz. Malah Joy dikatakan tidak teragak-agak membuka cerita seperti mengaibkan Hafiz sebagai suaminya.
Artikel Berkaitan Dari Media Hiburan Online: Joy Setuju Cerai Dengan Hafiz Hamidun
Dalam sesebuah perkahwinan, dosa dan pahala seorang isteri itu terletak pada bahu suaminya. Oleh sebab itu, seorang isteri perlu menjaga adab dan batas tertentu sebagai seorang isteri. Jangan sesekali menjatuhkan maruah atau mengaibkan pasangan masing-masing.
Hal ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus yang memberitahu wanita ini Allah jadikan seluruh tubuhnya lemah tetapi lidah mereka sangat gagah. Jadi perlu berhati-hati dengan apa yang diucapkan dari bibirnya. Ini kerana boleh menyebabkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini.
Menurut Ustaz Azhar, HARAM bagi seorang isteri itu menjatuhkan AIB suami. Begitu juga suami yang HARAM mengaibkan ISTERI
. Namun sekarang sudah menjadi lumrah dalam sesebuah perkahwinan setiap pasangan saling mengutuk antara satu sama lain.Tambahnya lagi, perempuan memang terkenal dengan sifat yang sukar menjaga tutur kata. Tetapi dia turut mengingatkan jangan melakukan itu pada suami kita sendiri kerana suami adalah orang yang paling banyak tahu rahsia luar dan dalam.
Wallahualam