Haram Hukumnnya Bagi Wanita Islam Cabut, Cukur & Bentuk Kening. Hijabi Wajib Tahu!

Share

Orang wanita memang tak lari dari rasa nak tampil cantik. Apa juga petua pasti akan dicuba. Cuma, adakah semua yang kita buat itu dibolehkan dalam Islam? Misalnya mencukur buku kening. Ramai yang buat lebih-lebih jika bulu kening berserabut hingga mencacatkan riasan wajah.

Dalam hal ini hukumnya adalah HARAM bagi wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu kening. Rasulullah SAW mengutuk orang yang mencukur bulu keningnya dan orang yang diupah untuk mencukur bulu kening wanita.

Para ulama menyatakan bahawa hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang mencukur bulu kening bagi wanita. Larangan ini termasuklah membentuk bulu kening, mencabut untuk mencantikkan bulu kening dan mencukur adalah perbuatan yang dilarang dan haram apabila melakukannya.

Artikel Berkaitan: 6 Perkara Wanita Berhijab Kena Ingat Supaya Tak Jatuh Haram

Justeru itu, biarkan sahaja kening kita berserabut asalkan ia tidak jatuh haram jika anda melakukannya. Cantik asli itu lebih terserlah auranya.

Wallahualam

SUMBER: LAMAN WEB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

 

Published by
Siti Zurina