Kehilangan orang yang disayangi memang menyakitkan. Apatah lagi saat baru menyulam kasih, insan yang dicintai pergi menghadap Illahi. Begitulah yang terjadi kepada Che Siti Ainsyah Che Mahmud apabila suami yang baru dinikahinya pada Ogos lalu meninggal dunia.
Suaminya, Mohd Zulfaiz Abdul Wahad,27,meninggal akibat terkena renjatan elektrik pada 21 September lalu sewaktu melakukan kerja membaiki kotak fius elektrik di Teluk Kumbar, Pulau Pinang sebelum terlantar di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana tubuhnya rentung 80 peratus.
Ainsyah ataupun Ain,21, tidak menyangka sikap suaminya yang sering meminta maaf seminggu sebelum kejadian adalah petanda suaminya akan pergi buat selama-lamanya.
Menurutnya, pertemuan mereka yang kali pertama merupakan pada hari akad nikah mereka di rumah keluarganya di Gua Musang,Kelantan pada 25 Ogos lalu dan perkahwinan mereka merupakan aturan oleh keluarga masing-masing.
“Selepas majlis, suami sempat tinggal bersama keluarga saya selama tiga hari di Kelantan sebelum pulang ke Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai penjaga jentera elektrik.
“Saya tidak mengikutnya kerana sedang membuat persiapan kenduri bagi pihak keluarga suami di Kedah pada 13 Oktober ini, namun hajat kami tidak kesampaian,” kata Ain.
Mereka baru sahaja mengenali hati budi masing-masing dan bercinta selain hanya berkomunikasi melalui telefon selepas bergelar suami isteri.
Ain reda dengan apa yang terjadi dan bersyukur dapat menjaga suaminya sewaktu di rawat dan berada di sisi suaminya ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Menurutnya, kali kedua dia bertemu suami adalah di HPP dan ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri.
“Ketika suami nazak semalam, saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan membantu menguruskan jenazahnya.
“Cuma saya terkilan tidak sempat melakukan tugas seorang isteri kepadanya sahaja,” katanya sambil menitiskan air mata.
Jenazah Mohd Zulfaiz dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Palas, jam 11.30 pada 1 Oktober yang lalu.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
25/08/18-25/09/19
Alhamdullilah Abg..
genaplah sebulan ikatan kita bertaut suci kerana ALLAH SWT..
13/10/18 majlis bertandang…
21/09/18 kali kedua selepas kahwin baru dapat tengok abg..betapa terkejut sayunya saat itu abg terlantar berbalut disitu..
Yakinlah sayang Allah itu ada bersama kita..
Betapa bertuahnya sy memiliki suami seperti abg..
Saat ini kita diuji Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Sabar dan kuatlah abg ainsyah ada disini..sihatlah syg..
Siapapun abg..sy akn jaga abg…
Abg..
Ainsyah harap abg kuat sentiasa..walauapapun terjadi ainsyah akan jaga abg…kami akn sentiasa doakn y terbaik utk abg..
Mampukah ainsyah menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…
Abg..
Tabahkah jiwa ainsyah??
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….
Abg saat ini sy hanya dapat memegang abg berlapikkn kain2 putih…
Abg saat ini sy hanya dapat menutur bait2 syahadah أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله
………………..
sumber : Facebook Che Siti Ainsyah Ida, Harian Metro