Jodoh dan ajal maut itu sememangnya ketentuan Tuhan. Tidak siapa yang dapat menyangka yang manakah akan datang terlebih dahulu menjemput kita.
Baru bergelar suami isteri selama sehari, Siti Saraf Ismail,25, yang merupakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya meninggal dunia dalam tempoh 24 jam selepas bergelar isteri kepada Mohamad Amirul Akmal.
“Abang, kita dah kahwin”
– Kata-kata terakhir Siti Saraf kepada suaminya
Walaupun pahit untuk diterima, namun Mohamad Amirul Akmal dilihat tenang dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.
“Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala.
“Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya,” katanya di rumah mertuanya di Kota Bharu, Kelantan.
Menurutnya, pada waktu pagi dia lihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur ketika itu.
Mohamad Amirul Akmal,25, berkata, selepas itu, dia dan keluarga dikejutkan apabila melihat arwah mengalami sesak nafas.
Kisah sedih pasangan ini mulai tular selepas dikongsi oleh ribuan warganet di media sosial apabila dikongsikan oleh warganet yang turut bersimpati kepada Mohamad Amirul Akmal dan menitipkan doa buat arwah isterinya.
kredit: Amaleng Husni, Akmal Aziz, Sinar Harian
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI