Penampilan serba putih menyerlahkan seri pengantin buat dua mempelai yang sama cantik sama padan ini.
Penyanyi berwajah manis, Nabila Razali hari ini berkongsi hantaran di akaun Instagramnya bahawa dia kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan Nik Iruwan dengan hanya sekali lafaz.
Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz.
Majlis yang berlangsung secara privasi ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden itu, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini berlangsung secara sederhana dan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat serta selebriti.
Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.
Berikut beberapa lagi koleksi foto sekitar majlis pernikahan Nabila Razali dan Nik Iruwan: –
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini