Hanya Pakai Baju Kurung Pergi Kelas, Kekasih Atlet Tak Sangka Majlis Merisik Bertukar Jadi Bertunang

Share

Baru-baru ini, atlet renang paralimpik Malaysia iaitu Anas Zul Amirul Sidi,19 telah selamat melangsungkan pertunangan bersama cinta hatinya iaitu Suffi Mazatulnizam,20.

Menariknya, kisah pertunangan mereka menjadi tular di twitter kerana kesederhanaan majlis yang diadakan itu. Asalnya perancangannya hanyalah untuk merisik namun tak sangka pula menjadi majlis pertunangan.

Bertunang secara rasminya!

Terharu melihat gambar ini apabila nenek yang dipanggil mak menangis terharu apabila melihat Suffi sudah berpunya.

Menerusi laman twitternya, Suffi memberitahu yang dia hanya mengenakan baju kurung yang biasa dipakainya ke kelas dan menyolek wajahnya sendiri.

 

Alaa comel je melihat pasangan yang bagai merpati dua sejoli ini. Tak perlu bajet yang banyak pun untuk meraikannya. Walaupun simple

, tapi memori manis yang dilakar itulah yang akan dikenang sampai bila-bila. Moga mereka berdua dapat segera ke jinjang pelamin. InsyaAllah.

kredit: twitter @ Suuuuee__

Published by
Qistina