Baru-baru ini, atlet renang paralimpik Malaysia iaitu Anas Zul Amirul Sidi,19 telah selamat melangsungkan pertunangan bersama cinta hatinya iaitu Suffi Mazatulnizam,20.
Menariknya, kisah pertunangan mereka menjadi tular di twitter kerana kesederhanaan majlis yang diadakan itu. Asalnya perancangannya hanyalah untuk merisik namun tak sangka pula menjadi majlis pertunangan.
Bertunang secara rasminya!
Terharu melihat gambar ini apabila nenek yang dipanggil mak menangis terharu apabila melihat Suffi sudah berpunya.
Menerusi laman twitternya, Suffi memberitahu yang dia hanya mengenakan baju kurung yang biasa dipakainya ke kelas dan menyolek wajahnya sendiri.
Alaa comel je melihat pasangan yang bagai merpati dua sejoli ini. Tak perlu bajet yang banyak pun untuk meraikannya. Walaupun simple, tapi memori manis yang dilakar itulah yang akan dikenang sampai bila-bila. Moga mereka berdua dapat segera ke jinjang pelamin. InsyaAllah.
kredit: twitter @ Suuuuee__
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Sembarangan Jubah! Messi Disarungkan Bisht Ketika Menjulang Trofi Piala Dunia, Selepas Argentina Menewaskan Perancis
Pada penyampaian trofi Piala Dunia selepas kemenangan Argentina ke atas Perancis dalam perlawanan akhir pada hari Ahad, Lionel Messi ditawarkan bisht, jubah tradisional Arab, untuk dipakai oleh emir Qatar.
Messi membenarkan Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani meletakkan jubah itu di bahunya sebelum mengambil trofi Piala Dunia daripada Presiden FIFA Gianni Infantino dan mengangkatnya di hadapan rakan sepasukannya yang teruja.
Bisht jubah terkenal seluruh dunia
Bisht ialah jubah panjang yang diperbuat daripada bahan yang ringan iaitu bulu unta dan bulu kambing, selalunya tipis dengan hiasan yang diperbuat daripada emas tulen yang dipakai di atas thobe putih.
Jubah ini adalah pakaian yang telah dipakai selama berabad-abad semasa majlis khas, terutamanya dipakai di Teluk. Ia dilihat sebagai tanda penghargaan dan penghormatan dan lazimnya dipakai oleh pegawai atasan seperti ahli politik, syeikh dan individu lain yang berstatus tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: Qatar Memperkenalkan Islam Kepada Seluruh Dunia, Pembukaan Rasmi FIFA 2022 Dengan Bacaan Surah Al-Hujurat.
Apa yang istimewa tentang bisht?
Mustafa Baig, pensyarah pengajian Islam di Universiti Exeter, memberitahu agensi berita dpa bahawa bisht adalah jubah rasmi yang dipakai oleh diraja, orang kenamaan, pengantin lelaki pada hari perkahwinan mereka dan graduan pada majlis graduasi.
“Jadi hanya beberapa orang terpilih yang benar-benar akan memakai bish itu,” katanya. “Mereka pada dasarnya menghormatinya Messi dengan meletakkannya di atas bahunya. Ia seperti tanda penghormatan dan hanya semacam sambutan budaya dan penerimaan budaya.”
Baig berkata ia juga mewakili pakaian kebangsaan Qatar, tetapi hanya pada majlis-majlis penting.
“Dan ini adalah acara yang paling penting. Maksud saya, mungkin tiada majlis yang lebih besar, jadi mereka meletakkannya sebagai tanda penghormatan,” katanya.
Baig berkata dia melihatnya sebagai “pelukan Messi terhadap budaya tempatan”, menambahkan bahawa ia adalah “perkara yang cukup membanggakan” untuk Qatar lakukan bagi pihak mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Piala Dunia Qatar Jadi ‘Saksi’ Enam Sekeluarga Peluk Islam Seikhlas Hati
Pandangan sudut berbeza
Hassan al-Thawadi selaku setiausaha agung jawatankuasa penganjur Piala Dunia Qatar, berkata: “Ia adalah pakaian untuk majlis rasmi dan dipakai untuk perayaan. Ini adalah perayaan Messi.
Walaubagaimanapun ada beberapa pihak juga tidak memahami akan budaya negara itu dan menganggapnya seperti merosakkan momen kemenangan pasukan bola itu.
Penyampai BBC Gary Lineker merasakan keputusan itu merosakkan apa yang sepatutnya menjadi “saat ajaib”.
Manakala bekas penyerang England itu berkata: “Ini adalah detik ajaib. Nampaknya memalukan dengan cara mereka menutup Messi dengan baju Argentinanya.”
Bekas pertahanan Argentina, Pablo Zabaleta bersetuju, berkata: “Kenapa? Tiada alasan untuk berbuat demikian.”
Ia mungkin satu pemandangan yang pelik bagi mereka yang tidak biasa dengan adat itu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: AlJazeera
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Rezeki ‘Masyuk’ Seeloknya Jangan Tidur Lepas Subuh, Ikut 6 Tip Ini Kalau Nak Bangun Awal Setiap Hari!
Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
1. Elak Minum Kopi
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
2. Kunci Jam Untuk Tidur
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
3. Amalan Rutin Sebelum Tidur
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
4. Jangan Lupa Mandi
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
5. Matikan Semua Alat Peranti
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
6. Sentiasa Konsisten
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Sumber: akuislam.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempena Hari Keputeraan Tengku Hassanal, Tunku Azizah Titipkan Doa Indah Buatnya
DYYM Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang cukup disayangi rakyat jelata dek kerana sifat mereka yang begitu penyayang dan berjiwa rakyat.
Bukan hanya baginda berdua, nampaknya keperibadian mulia ini turut diwarisi oleh anakanda-anakanda baginda juga. Pada tarikh 17 September 2020, genaplah usia salah seorang putera baginda berdua iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang ke 25 tahun.
Sebagai seorang ibu, Tunku Azizah telah menitipkan ucapan yang penuh kasih sayang berserta doa buat anakandanya yang tercinta itu dan mengharapkan segala yang baik-baik akan hadir untuknya.
Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah …. semoga allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan ….. murahkan rezeki, sihat waalfiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah …… dan yang penting, di temukan dengan sebaik-baik jodoh , wanita yang solehah , beriman dan bermaruah mulia … ini doa seorang IBU …. saya bersyukur kehadrat Ilahi yang telah mengurniakan saya Hassanal … besar dah anak Mamma ! 😘
View this post on InstagramA post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on
Sungguh indah doa yang dititipkan oleh Tunku Azizah buat anakandanya itu. Hijabista juga ingin mengucapkan selamat hari keputeraan yang ke-25 tahun buat Tengku Hassanal. Moga terus menjadi pemimpin yang disenangi rakyat dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Amin Ya Rabb.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI