Peningkatan kos sara hidup kini sangat mebebankan buat kebanyakan dari kita. Ada juga yang terpaksa mencatu makanan agar tidak terlebih berbelanja dan kekurangan wang untuk meneruskan kehidupan.

Bersesak Sekarang, Bersenang Kemudian

@pokchek906 Nmpak kesian tapi duit kat kg mcm gunung #fyp #bangladesh #tiktokmalaysia #makan ♬ original sound – @awe

 Tular baru-baru ini perkongsian video seorang lelaki warga Bangladesh yang hanya makan nasi dan garam. Ia telah menjadi tumpuan orang ramai dan persoalan adakah dia tidak mampu untuk membeli makanan.

Rakaman video itu dibuat oleh pemilik akaun Tiktok @pokchek906 yang telah mendapat sebanyak 2.1 milion penonton ketika ini. Lelaki itu juga tampak sangat berselera makan juadah itu meskipun ia kelihatan sangat ‘kosong’.

Artikel berkaitan: ‘Pelanggan Tak Cukup Nak Bayar Ibu Halalkan…’, Jual Makanan Bawah RM5, Ramai Doakan Mak Cik Ini Murah Rezeki

Apa yang terhidang di atas pinggan lelaki tersebut hanyalah nasi putih, cili, garam dan juga bawang merah. Walaupun begitu, dia hanya makan sahaja tanpa ada sebarang reaksi.

Ads
@pokchek906 Gaji 5.5k hntar kg 5.2k. Dah 19thun kt malaysia. 12blnx19thn=228blnx5.2k=1,185,600 mat… lbh dri 800k mat hntar kg #fyp #tiktokmalaysia #banglaldesh ♬ original sound – @awe

 Difahamkan lagi, dia juga telah berjaya menyimpan sejumlah wang yang sebanyak RM800,000 dalam tempoh 19 tahun dia bekerja di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, dia juga telah memiliki rumah dan mempunyai tanah sendiri di negara asalnya.

Lelaki tersebut juga menerima wang pendapatan sebanyak RM5,500 pada setiap bulan. Tetapi dia bukanlah seorang yang boros kerana hanya menggunakan RM300 sahaja untuk keperluan diri seperti makanan.

“Kalau Kita Makan Macam Ni…Dah Kesat Air Mata…” – Warganet

Sudah tentu ramai yang akan memberi komen mengenai perkongsian video ini. Rata-rata ada juga yang tidak boleh bayangkan makan juadah seperti ini dalam kehidupan seharian.

Hanya Makan Nasi Dan Garam, Lelaki Warga Bangladesh Ini Sudah Kumpul RM800k!

Ads

“Mereka dah biasa makan macam ini. Kalau orang kita makan macam ini…sambil makan sambil kesat air mata,

“Kesiannya dia sanggup ikat perut demi keluarga semoga makin berganda rezeki tau!

“Kenapalah tak fikir macam ini dulu…masak nasi air lebih, letak garam dan Ajinomoto. Janji perut kenyang.” itulah kata-kata dari warganet mengenai perkongsian ini.

Ads

Tapi bagi anda yang ingin lakukan seperti ini, kami tidak sarankan kerana anda perlu fikir jangka masa yang panjang. Anda juga perlukan protein dan juga khasiat yang cukup untuk tenaga seharian. Berjimat dengan cara yang betul, bukan menyeksa diri ya!

Sumber: Tiktok @pokcheck906 dan Says

Artikel berkaitan: Harga Barang Dapur Semakin Mahal, Boleh Ikut Cadangan Doktor Ini Bagaimana Nak Jimat Guna Minyak Masak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI