Jadual kerja yang sibuk membataskan diri untuk menjaga kecantikan kulit tubuh badan. Jika tidak dijaga dengan rapi, pastinya anda akan mengalami masalah kulit yang tidak sekata, hilang seri dan kusam. Ini membuatkan keyakinan diri berkurangan. Pendedahan secara berterusan dari cahaya matahari pun merupakan faktor kulit menjadi kusam!
Usah risau, bagi mereka yang ingin memiliki kulit yang cerah dan sekata, cuba lakukan rutin kecantikan dengan menggunakan bahan semula jadi ini. Ianya murah dan murah! Hanya lakukan dirumah sahaja. Selamat mencuba!
• Mencerahkan kulit dengan ubi sengkuang
Bagi anda yang ingin memiliki kulit yang lebih cerah, cuba gunakan ubi sengkuang sebagai bahan utama anda!
Caranya, kupas ubi sengkuang dan sagat isinya. Jadikan ia sebagai pupur lalu sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga 10-15 minit sehingga pupur kering dan bilas sehingga bersih. Sebenarnya, khasiat yang terkandung di dalam ubi sengkuang membantu untuk menyejukkan kulit di samping menyegar dan menjadikan kulit cerah sekata.
• Melembutkan kulit dengan putih telur
Pasti ramai yang tahu tentang kebaika putih telur pada kesihatan kulit badan. Salah satunya ialah ia berfungsi untuk melembutkan kulit.
Caranya, sapukan putih telur pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam. Antara kebaikan putih telur yang harus anda tahu ialah ia boleh membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Bagi anda yang mengalami masalah noda hitam pada wajah terutama di bahagian hidung, rendam kapas muka di dalam mangkuk yang mengandungi putih telur. Kemudian letakkan kapas ini pada bahagian bermasalah. Biar sehingga kering, selepas itu tarik kapas secara pelahan-lahan. Cara ini dapat membersihkan wajah secara mendalam, anda akan dapat lihat kotoran yang melekat pada kapas.
• Kekal awet muda dengan teh hijau
Khas untuk anda yang risau dengan kedutan pada wajah, gunakan teh hijau untuk menjadikan and atampak muda! Tip ini sebenarnya banyak diamalkan dikalangan wanita di Jepun, Korea dan China. Mereka mengamalkan teh hijau sebagai minuman harian. Teh hijau bersifat tinggi antioksidan yang mampu untuk merawat kulit dari dalam dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
• Kulit wajah yang sihat dengan air kelapa
Air kelapa antara ramuan yang sangat efektif membantu wanita memiliki kulit wajah yang sihat dan menawan. Basuh wajah dengan air kelapa setiap pagi, biarkan ia kering sendiri pada wajah. Kemudian, baru dibilas dengan air bersih. Air kelapa dikatakan dapat mencerahkan kulit, mengatasi wajah kusam, melicinkan kulit dan mengecutkan jerawat.
• Kulit cerah dengan madu
Terkenal dengan kebolehannya mencerahkan wajah dan juga agen melembap. Kulit kering adalah sebab utama ketidaksamarataan warna kulit. Madu juga punyai agen anti-bakteria yang membantu memudarkan kesan jerawat atau tompok gelap. Sapu madu pada wajah secara nipis. Biarkan ia kering, kemudian bilas wajah dengan air perahan limau nipis atau lemon.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe