Jadual kerja yang sibuk membataskan diri untuk menjaga kecantikan kulit tubuh badan. Jika tidak dijaga dengan rapi, pastinya anda akan mengalami masalah kulit yang tidak sekata, hilang seri dan kusam. Ini membuatkan keyakinan diri berkurangan. Pendedahan secara berterusan dari cahaya matahari pun merupakan faktor kulit menjadi kusam!
Usah risau, bagi mereka yang ingin memiliki kulit yang cerah dan sekata, cuba lakukan rutin kecantikan dengan menggunakan bahan semula jadi ini. Ianya murah dan murah! Hanya lakukan dirumah sahaja. Selamat mencuba!
• Mencerahkan kulit dengan ubi sengkuang
Bagi anda yang ingin memiliki kulit yang lebih cerah, cuba gunakan ubi sengkuang sebagai bahan utama anda!
Caranya, kupas ubi sengkuang dan sagat isinya. Jadikan ia sebagai pupur lalu sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga 10-15 minit sehingga pupur kering dan bilas sehingga bersih. Sebenarnya, khasiat yang terkandung di dalam ubi sengkuang membantu untuk menyejukkan kulit di samping menyegar dan menjadikan kulit cerah sekata.
• Melembutkan kulit dengan putih telur
Ads
Pasti ramai yang tahu tentang kebaika putih telur pada kesihatan kulit badan. Salah satunya ialah ia berfungsi untuk melembutkan kulit.
Caranya, sapukan putih telur pada seluruh wajah dan leher. Biarkanselama 15 minit sehingga kering. Kemudian bilas dengan air suam. Antara kebaikan putih telur yang harus anda tahu ialah ia boleh membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Bagi anda yang mengalami masalah noda hitam pada wajah terutama di bahagian hidung, rendam kapas muka di dalam mangkuk yang mengandungi putih telur. Kemudian letakkan kapas ini pada bahagian bermasalah. Biar sehingga kering, selepas itu tarik kapas secara pelahan-lahan. Cara ini dapat membersihkan wajah secara mendalam, anda akan dapat lihat kotoran yang melekat pada kapas.
• Kekal awet muda dengan teh hijau
Ads
Khas untuk anda yang risau dengan kedutan pada wajah, gunakan teh hijau untuk menjadikan and atampak muda! Tip ini sebenarnya banyak diamalkan dikalangan wanita di Jepun, Korea dan China. Mereka mengamalkan teh hijau sebagai minuman harian. Teh hijau bersifat tinggi antioksidan yang mampu untuk merawat kulit dari dalam dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
• Kulit wajah yang sihat dengan air kelapa
Air kelapa antara ramuan yang sangat efektif membantu wanita memiliki kulit wajah yang sihat dan menawan. Basuh wajah dengan air kelapa setiap pagi, biarkan ia kering sendiri pada wajah. Kemudian, baru dibilas dengan air bersih. Air kelapa dikatakan dapat mencerahkan kulit, mengatasi wajah kusam, melicinkan kulit dan mengecutkan jerawat.
Ads
• Kulit cerah dengan madu
Terkenal dengan kebolehannya mencerahkan wajah dan juga agen melembap. Kulit kering adalah sebab utama ketidaksamarataan warna kulit. Madu juga punyai agen anti-bakteria yang membantu memudarkan kesan jerawat atau tompok gelap. Sapu madu pada wajah secara nipis. Biarkan ia kering, kemudian bilas wajah dengan air perahan limau nipis atau lemon.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sama ada hujan lebat, esak tangisan selepas lamaran pasangan anda, menyelam dalam lautan atau apa-apa lagi yang melibatkan air, anda ingin tahu solekan anda akan kekal setia di wajah. Jika anda pergi ke lorong solekan, mungkin pernah melihat beberapa istilah berbeza untuk solekan kalis lentur, seperti ‘waterproof’, ‘water-resistant’, ‘sweat proof’ dan banyak lagi.
Untuk mengetahui yang benar-benar akan melindungi anda daripada unsur-unsur melunturkan solekan, ini penjelasan tentang maksudnya dan bagaimana ia berbeza antara satu sama lain.
Perbezaan antara solekan ‘waterproof’ dan ‘water-resistant’
Tidak seperti solekan kalis air (waterproof), yang bertujuan untuk menahan air dan tidak rosak atau luntur, solekan kalis air boleh menahan penembusan air sehingga satu titik, tetapi akhirnya akan rosak. Apabila memakai solekan kalis air, anda boleh ditampar di muka oleh ombak laut tanpa bimbang tentang solekan anda. Jika anda duduk di tepi kolam dan mungkin mengalami percikan atau dua kali, tetapi jangan bercadang untuk berenang, solekan kalis air sepatutnya berfungsi dengan baik.
Walaupun ‘waterproof’ dan ‘water-resistant’ adalah istilah yang digunakan secara bergantian dengan alat solek, istilah kalis air mula digunakan dengan lebih kerap kira-kira 10 tahun lalu, kalis air dan kalis peluh tidak lagi boleh digunakan untuk pelindung matahari. Mereka menganggap istilah itu menyiratkan mutlak, bahawa produk tidak boleh hilang dan mungkin menyebabkan pengguna kurang berkemungkinan untuk memohon semula sekerap yang sepatutnya, jadi ia diistilahkan dengan kalis air.
Apabila ia datang kepada sains sebenar solekan ‘waterproof’ vs ‘water-resistant’, terdapat dua pendekatan utama. Pertama, penggunaan polimer untuk mencipta filem yang sangat kalis air dan jenis polimer boleh berbeza-beza bergantung pada aplikasi, kerana kita mungkin lebih memaafkan polimer dengan filem yang kurang fleksibel dalam maskara berbanding sesuatu yang mungkin kita gunakan dalam foundation.
Pendekatan lain ialah penggunaan pigmen yang dirawat permukaan khusus. Zarah pigmen disalut dengan bahan-bahan yang menjadikannya hidrofobik (menolak air) dan juga membantu ia melekat lebih baik pada kulit, menjadikannya lebih tahan terhadap geseran mekanikal supaya ia tidak mudah melekat pada pakaian.
Jadi apa sebenarnya solek kalis peluh?
Kalis peluh dan kalis air boleh didekati dengan teknik formulasi yang sama kerana peluh adalah kira-kira 99 peratus air. Kaedah ujian boleh berbeza-beza, seperti merendam kulit dalam pusaran air untuk kalis air atau menggunakan sauna untuk tuntutan kalis peluh.
Kerintangan sebum adalah satu lagi aspek perumusan, terutamanya untuk foundation atau solekan muka yang lain, kerana ‘penembusan’ minyak boleh berlaku pada siang hari dan sebenarnya boleh menyebabkan pigmen dan serbuk menjadi gelap menyebabkan warna berubah.
Di sini kita perlu menggunakan bahan-bahan yang bukan sahaja hidrofobik, tetapi oleophobic (tahan minyak). Jadi apabila anda melihat produk kalis peluh, anda boleh menganggap bahawa ia juga kalis air.
Petua terbaik untuk menanggalkan solekan ‘waterproof’ dan ‘water-resistant’
Walaupun solekan ‘waterproof’ dan ‘water-resistant’ terkenal sukar untuk ditanggalkan, kuncinya adalah untuk melabur dalam pembersih dan penanggal solekan yang dirumus khusus untuk membantu melonggarkan dan mencairkan solekan yang telah lama dipakai dengan cepat. Penanggal solekan yang berasaskan minyak adalah pertaruhan terbaik anda untuk memecahkan formula kalis air. “Formulasi dwi-fasa dan balm berasaskan emolien amat berguna di kawasan mata yang halus, di mana anda ingin mengelak daripada menggosok atau menarik kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biarpun Syawal sudah memasuki hari ke 9, namun kemeriahannya masih lagi dapat dirasai dengan undangan rumah terbuka yang memenuhi jadual harian. Berbicara mengenai sambutan Syawal tahun ini, penyanyi yang popular dengan lagu Canggung, Wany Hasrita berkongsi tentang persiapan raya dalam The Hijabista Show.
Menurut Wany, sudah pasti tahun ini berbeza dengan tahun-tahun yang lepas kerana dapat pulang ke kampung beraya bersama kaum keluarga. Jika dahulu, sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia hanya menyambut bersama ibunya sahaja, namun kali ini kemeriahan Aidilfitiri dapat dirasai dengan lebih meriah.
“Raya tahun ini, insyaAllah saya dapat pulang ke kampung. Seperti sebelum ini sewaktu musim PKP, saya hanya beraya berdua bersama ibu saya. Memandangkan saya memang tinggal bersama ibu, jadi raya kami sebelum ini lebih sederhadan dan biasa sahaja,” ujarnya.
Mengenai baju raya pula, Wany lebih selesa untuk bersederhana dan tidak terlalu keterlaluan dalam pemilihan busana raya.
“Untuk baju raya pula, saya hanya pakai apa yang ada sahaja. Saya juga tidak pula menempah apa-apa untuk busana raya. Apa yang saya dapat, saya pakai di hari raya.” kongsinya ringkas.
Raya Mega atau Raya Bajet?
Oleh disebabkan musim PKP berakhir, pasti ramai yang mahukan raya kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelum ini. Bertanyakan soal Raya Mega atau Raya Bajet, Wany menyatakan bahawa ia terpulang kepada individu tersebut untuk meraikan Syawal kali ini.
“Masing-masing mempunyai pilihan mereka sendiri. Jadi terpulanglah kepada mereka untuk meraikan raya kali ini. Sama ada mega ata bajet, sama sahaja, yang penting sama-sama meraikan hari raya.
Baju yang berbunga ataupun berbunga, ia semuanya pilihan masing-masing. Apa yang penting, biarlah bersesuaian dengan sambutan hari raya,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Wany juga turut menjadi salah seorang pengacara untuk rancangan Borak Dulu Baru Buka yang disiarkan di TV1. Program yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan yang lalu turut dikendalikan oleh Amin Idris dan Khir Khalid.
Meskipun rumahtangga sedang bergolak , sehingga hangat diperkatakan kononya sang suami, Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga dengan perampas, Ira Kazar seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Sehubungan itu, demi menenangkan keresahan jiwa dek gejolak rumahtangga yang di alami, Sarah mengambil keputusan membawa anak-anak melancong ke luar negara dan berehat seketika.
Perkara berkenaan dimaklumkan Sarah menerusi muat naik dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini, dapat dilihat Sarah berkongsi beberapa keping gambar dan video sewaktu dia menikmati percutiannya itu dan berseronok di Jepun bersama anak-anak.
“Terima kasih Ya Allah, sampai juga Disneyland nak bawa Syaikhul dan Sumayyah. Duit boleh dicari, kebahagiaan anak-anak tak ternilai,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Rugi Syamsul Sia-Siakan Detik Melancong Bersama Anak-Anak
Hijabista sempat meninjau keruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan betapa ruginya Syamsul kerana mensia-siakan masa dengan orang ketiga hingga tidak bersama anak-anak untuk mencipta kenangan indah bersama keluarganya.
Menurut segelintir netizen, melihat momen anak membesar adalah anugerah paling terindah dan tidak ternilai sebagai seorang bapa.
Selain itu, netizen turut mendoakan Semoga Puteri Sarah terus diberi kekuatan untuk membesarkan anak-anaknya. Malah rata-ra
Bagaimanapun, netizen turut menzahirkan rasa kagum mereka melihat semangat danta netizen mengagumi kekuatan yang dimiliki oleh Puteri Sarah dalam menghadapi dugaan rumah tangganya dan mendoakan agar segala urusan pelakon yang berusia 37 tahun itu dipermudahkan
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...