Hanya Kerana Lahirkan Bayi Beragama Islam, Pasangan Suami Isteri Ini Teruk Dikecam Netizen Hingga Presiden Austria Terpaksa Masuk Campur

Share

Kehadiran cahaya mata sememangnya dinanti oleh setiap pasangan suami isteri. Cuma cepat atau lambat sahaja, bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika kita dikurniakan zuriat, bersyukurlah kerana masih ada orang di luar sana yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya.

Tetapi lain pula yang jadi kepada pasangan suami isteri ini. Naime dan Alper Tamga telah dikurniakan seorang bayi yang sungguh comel dan menjadi rakyat pertama Austria dilahirkan pada tahun 2018. Tetapi, kegembiraan mereka itu tidak berpanjangan kerana mereka telah dikecam dan dihina pengguna media sosial dengan komen perkauman yang agak serius.

Bayi bernama Asel Tamga itu telah dilahirkan pada 1 Januari 2018 dan kelahirannya itu telah disiarkan melalui media tempatan dan Facebook. Di dalam gambar tersebut, dilihat Naime dan Alper Tamga tersenyum gembira sambil mengendong bayinya itu dan ibunya memakai tudung.

Foto: Google

Menurut Daily Mail, selain ribuan ucapan tahniah, terdapat segelintir individu yang melemparkan komen berbaur perkauman yang mengecam ibu bapa ini.

Seorang pengguna telah menulis: “Seorang lagi bakal pengganas lahir.

Pengguna lain turut menulis: “Ibunya ada barah? Kenapa dia pakai tudung tutup kepalanya?

Disebabkan hal ini menjadi semakin serius, Presiden Austria, Alexander Van der Bellen, 73 tahun, terpaksa masuk campur dalam hal ini. Beliau turut berkongsi berita kelahiran bayi ini di laman Facebook beliau dan mengutuk pengguna yang memberi komen negatif.

Foto: Google

Ujarnya: “Semua manusia dilahirkan bebas, mempunyai hak yang sama serta maruah.

Keyakinan dan perpaduan lebih hebat berbanding kebencian dan kecaman.

Malahan menurut media tempatan, kecaman yang diterima terlalu banyak hingga menyebabkan Facebook memadamkan berita tersebut.

Hijabista berasa sungguh simpati dengan berita ini di mana bayi yang tidak bersalah dikecam sebegitu rupa.

Manakala di laman Facebook Harian Metro Online pula, rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dengan tindakan Presiden tersebut dan bersimpati dengan ibu, bapa dan bayi tersebut. Namun, terdapat juga segelintir netizen berpendapat tiada beza Malaysia dengan Austria kerana kebanyakan rakyat Malaysia juga bersikap racist. Anda setuju ke?

Presiden Austria Dipuji Netizen

Malaysia Pun Sama Je!

Kecewa Dengan Pemikiran Mereka

Sumber: Harian Metro

Published by
Naqiyatul Uzma