Isi Kandungan
ToggleKehadiran cahaya mata sememangnya dinanti oleh setiap pasangan suami isteri. Cuma cepat atau lambat sahaja, bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika kita dikurniakan zuriat, bersyukurlah kerana masih ada orang di luar sana yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya.
Tetapi lain pula yang jadi kepada pasangan suami isteri ini. Naime dan Alper Tamga telah dikurniakan seorang bayi yang sungguh comel dan menjadi rakyat pertama Austria dilahirkan pada tahun 2018. Tetapi, kegembiraan mereka itu tidak berpanjangan kerana mereka telah dikecam dan dihina pengguna media sosial dengan komen perkauman yang agak serius.
Bayi bernama Asel Tamga itu telah dilahirkan pada 1 Januari 2018 dan kelahirannya itu telah disiarkan melalui media tempatan dan Facebook. Di dalam gambar tersebut, dilihat Naime dan Alper Tamga tersenyum gembira sambil mengendong bayinya itu dan ibunya memakai tudung.
Menurut Daily Mail, selain ribuan ucapan tahniah, terdapat segelintir individu yang melemparkan komen berbaur perkauman yang mengecam ibu bapa ini.
Seorang pengguna telah menulis: “Seorang lagi bakal pengganas lahir.”
Pengguna lain turut menulis: “Ibunya ada barah? Kenapa dia pakai tudung tutup kepalanya?”
Disebabkan hal ini menjadi semakin serius, Presiden Austria, Alexander Van der Bellen, 73 tahun, terpaksa masuk campur dalam hal ini. Beliau turut berkongsi berita kelahiran bayi ini di laman Facebook beliau dan mengutuk pengguna yang memberi komen negatif.
Ujarnya: “Semua manusia dilahirkan bebas, mempunyai hak yang sama serta maruah.”
“Keyakinan dan perpaduan lebih hebat berbanding kebencian dan kecaman.”
Malahan menurut media tempatan, kecaman yang diterima terlalu banyak hingga menyebabkan Facebook memadamkan berita tersebut.
Hijabista berasa sungguh simpati dengan berita ini di mana bayi yang tidak bersalah dikecam sebegitu rupa.
Manakala di laman Facebook Harian Metro Online pula, rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dengan tindakan Presiden tersebut dan bersimpati dengan ibu, bapa dan bayi tersebut. Namun, terdapat juga segelintir netizen berpendapat tiada beza Malaysia dengan Austria kerana kebanyakan rakyat Malaysia juga bersikap racist. Anda setuju ke?
Presiden Austria Dipuji Netizen
Malaysia Pun Sama Je!
Kecewa Dengan Pemikiran Mereka
Sumber: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenang Saat Kunjungi ‘Bumi Andana’ Turkiye, Liza Hanim Titip Doa Buat Mangsa Gempa!
Baru-baru ini dunia dan seluruh umat Islam dikejutkan dengan musibah gempa bumi dahsyat yang menimpa saudara se-Islam di tanah Turkiye.
Gempa bumi berukuran 7.8 skala ritcher itu, merupakan bencana alam terdahsyat yang pernah melanda Turkiye, hingga meranapkan banyak bangunan pencakar langit sekaligus mengorbankan ribuan nyawa.
Liza Hanim Luah Rasa Simpati, Kongsi Detik Melawat Bumi Andana, Turkiye!
Kebanyakkan individu yang mendengar perkhabaran sedih berkenaan turut menzahirkan rasa simpati terhadap bencana yang menimpa itu.
Tidak terkecuali penyanyi yang popular dengan lagu Jeritan Batinku, Haliza Hanim Abd Halim atau lebih dikenali sebagai Liza Hanim yang turut berkongsi momen pernah menjejakkan kaki ke salah satu bandar yang teruk terjejas dilanda gempa itu.
Perkongsian berkenaan dibuat menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini. Pada hantaran tersebut, Liza memuat naik sekeping foto memaparkan dia dan suami sedang berswafoto di lapangan terbang wilayah tersebut.
“Kami berdua pernah diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Adana.Sangat tenang dan rakyatnya ramah dan tak lekang senyuman,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Selain itu, Liza turut mendoakan agar segala urusan menyelamatkan mangsa yang tertimbus dipermudahkan, khusus ditujukan kepada semua yang terlibat dalam bencana alam di wilayah berkenaan.
Artikel berkaitan: Susah JALAN Atas Pasir Punca LIZA HANIM Turunkan Berat Badan. Baca Perkongsiannya HILANG 20Kg!
“Kini Adana adalah salah satu kawasan Ground Zero, gempa bumi dahsyat yang telah melanda Turkiye.
“Tiada upaya selain menghulurkan doa buat semua mangsa, semoga yang masih hidup berjaya diselamatkan segera, dan semoga yang telah pergi mendapat tempat di syurga firdausi.
“Semoga para penyelamat juga dilindungi serta diberi kekuatan luar biasa,” doanya.
Sekadar info, media antarabangsa dan tempatan melaporkan angka kematian akibat gempa bumi dahsyat itu kinj telah hampir mencecah 6,000 dengan lebih puluhan ribu mangsa tercedera.
Sehubungan itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah agar operasi mencari dan menyelamat serta usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.
Sumber : Instagram Liza Hanim
Artikel berkaitan: Majlis Gilang Gemilang, Himpunkan Wajah A List, Menariknya Semua Mengayakan Songket Serba Klasik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Lain Mintak TIP Untuk Kurus, Tapi Pengusaha TUDUNG Popular Ini Kongsi PETUA TAMBAH Berat Badan
Isi Kandungan
ToggleBiasanya ramai yang mencari tip di alam maya bagaimana mahu menguruskan berat badan. Tetapi jarang kita membaca perkongsian mereka yang mahu menaikkan berat badan. Baru-baru ini pengusaha Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Nononess, berkongsi di laman instagramnya bagaimana dia menambah berat badan. Pemilik tudung ini memang memiliki tubuh yang sangat slim dan dia memang bercita-cita mahu menambah berat badan dari sebelumnya.
A post shared by Hanis Arif (@nononesss) on
Menurut Nonones sebelum merancang untuk menaikan berat badan, kita kena tahu kadar metabolism dalam badan terlebih dahulu. Pengambilan pemakanan dan senaman juga penting untuk naikkan berat badan. Dan paling penting adalah konsisten untuk mendapatkan berat idaman.
Hi semua, this post khas pada yang dm tanya anis tentang tips naikkan berat badan. Sebelum plan untuk naikkan berat badan, korang kena tahu dulu berapa metabolisme rate badan kita. Dari situ kita boleh agak agak macam mana cara nak makan and juga exercise untuk naikkan berat. Paling penting konsisten. Tak konsisten jadilah macam anis. Naik turun naik turun
Mostly kenapa orang susah naik berat badan, sebab metabolisma dia tinggi. Nak check metabolism rate ni guna penimbang je. Anis beli penimbang yang boleh tengok fat, muscle semua tu. Ada banyak jual kat lazada
Metabolism rate anis 1600. Maksudnya badan anis bakar 1600 calorie sehari. Jadi untuk anis, naikkan berat badan, anis kena amik kuantiti makanan paling kurang 2000 calorie sehari
Anis juga turut memberi panduan bagaimana untuk pengambilan kalori bersesuaian sebelum menambah berat badan.
Dari makanan anis amik tu, 2000 – 1600(badan bakar tenaga), anis tinggal 400 calorie dalam badan, hopefully, 400 calorie tu simpan boleh jadi lemak and otot
Cane nak kira calorie intake ni, just agak, setiap satu pinggan (contoh nasi lauk ayam) dalam 500 calorie. Jadi sehari kena makan paling kurang 4 pinggan nasi(4 x 500calorie). Kalau kurang makan je, calorie intake bawah 1600. Badan takkan naik berat atau jadi makin kurus. Kenapa kena amik weight gain tu, sebab mostly orang kurus ni jenis makan sikit pn cepat kenyang. Jadi weight gain ni boleh tolong untuk tambah calorie dalam badan
Selain itu menurutnya, ‘exercise’ juga penting untuk mereka bertubuh kurus bagi mengelakkan tubuh menggelebeh.
Exercise pun penting jugak untuk orang kurus yang cuba naikkan berat badan, sebab dia tolong kita untuk kembangkan otot badan(bagi effect badan tebal). Masa badan tengah nak membesar boleh jadi naik cantik. Takut makan makan tak exercise nanti jadi naik menggelebeh
Setakat ini dia sudah berjaya naik sebanyak 5 kg dan mahu menambah 6 kg lagi.
Conclusion ni, memang makan banyak boleh tolong naikkan berat badan. Makan je, sampai la berat korang naik. Selamat mencuba. Untuk orang yang nak kuruskan badan boleh cuba other way around
Anis dah naik 5 kg since consistent. Tengah aim untuk tambah lagi 6kg. Wish me luck tau
Setakat ni je pengetahuan anis tentang cara naikkan berat badan yg anis belajar dari personal trainer. If anis salah bagi info tolong betulkan ye.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NONONESS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Viral CSR Dandan Rambut Warga Emas, Erna Beri Amaran Jangan Abai Ibu Bapa. Doa Mereka Tiada Hijab!
Isi Kandungan
ToggleTular di media sosial, video aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor baru-baru ini. Usahawan dan pemilik bersama salun ChezKamya Professional, Erna Elliyana Rosli amat tidak menyangka.
Terkejut dan terharu tidak terkata..
Lebih mengejutkan lagi, video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter meraih lebih 90,000 tontonan dan ratusan komen di platform terbabit. Teruja dengan maklum balas positif yang diterima orang ramai, Erna yang kini berada di Kota Madinah sempat memuat naik video di Instagram bagi berkongsi rasa terharunya.
Sebenarnya cikittttt lagi nak nangis tengok video ni. Tapi bila tengok lama sikit time part depa tolong potongkan rambut lagi tu, aduh aku rasa sebak pulak. Baik betul. pic.twitter.com/Q1Zhzx1I0y
— brgsjks (@brgsjks) January 5, 2023
“Tempoh hari saya ada berkongsi video ‘snippet’ Setia Hingga Akhir Hayat yang mengandungi klip temu bual bersama penghuni di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas.
“Apa khabar agaknya pakcik Omar, pakcik Ayud, cikgu Maimunah, makcik Kiah dan seluruh penghuni-pengguna berkenaan? Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat.
“Tanpa disangka video yang dikongsi itu mendapat perhatian warganet di mana video tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter. Terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga video itu menyebarkan kebaikan kepada pengikut-pengikut anda.
“Pelbagai reaksi diberikan, rata-rata meluahkan rasa sayu dan sedih. Saya juga merasakan hal yang sama. Namun saya sembunyikan perasaan sedih kerana tujuan saya bersama rakan kongsi Chez Hamdan dan pasukan ke sana untuk bertanya khabar dan menghiburkan hati mereka,” katanya.
Menurut Erna, kali ini dia dan pasukan ChezKamya Professional tampil dengan idea baharu iaitu menyantuni dan memberi pengalaman baru kepada warga emas di rumah kebajikan itu.
“Objektif kami adalah untuk memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai sentuhan dandanan rambut dari ChezKamya Professional.
Sentuhan PRO bukan untuk selebriti sahaja
Mengenali penata gaya Chez Hamdan yang telah lama berkecimpung dalam bidang profesionnya, ramai selebriti dan pempengaruh mendapat sentuhan magisnya. Berkongsi tip dan petua penjagaan rambut, pasti ramai mendambakan sentuhannya. Menariknya kali ini, Chez menyantuni warga emas dengan projek CSR bersama ChezKamya Professional. Ramai yang runtun hati!
“Selalunya Chez Hamdan menata rias rambut selebriti seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi, tapi kali ini kita makeover warga emas pula. Sekurang-kurangya ada kelainan berbanding kebiasaan aktiviti yang kita dilakukan di ChezKamya Professional,”katanya.
Rindu pada arwah ibu bertamu
Mengaku kehadirannya di pusat kebajikan itu menjentik emosi dan hampir mengalirkan air mata, namun Erna cuba mengawal perasaan dan bersikap profesional.
“Kalau ikutkan saya seorang yang mudah tersentuh. Orang kata hati tisu kerana saya sudah kehilangan ibu sewaktu berusia enam tahun. Ketika itu saya berlakon dalam filem Suami Isteri dan… . Pertengahan penggambaran filem itu, ibu saya meninggal dunia iaitu Allahyarham Hasnah Ibrahim.
“Saya selalu merindui ibu saya kerana dah lama (meninggal dunia). Sekarang usia saya 34 tahun. Sewaktu kehilangan ibu, saya baru nak memasuki darjah satu, tapi apa yang saya lakukan adalah selalu positif kerana saya selalu mengingatkan diri setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
“Saya kini menjadi seorang yang dewasa, matang dan goal-oriented selain selalu doakan Allahyarham ibu sentiasa di dalam rahmat dan di sisi Allah SWT. Justeru apabila saya melihat keadaan mereka di pusat jagaan itu, ada antara meraka yang ditinggalkan anak sedangkan mereka sepatutnya berada bersama keluarga untuk bergembira, selalu berkongsi masalah, sebaliknya pula yang berlaku dan ia sangat meruntum jiwa saya.
Mereka sangat positif dan bersifat terbuka
Menerima baik kedatangan warga salun ChezKamya Professional, sambutan dari mereka memang tidak dijangkakan. Sambil menjalankan tugas mereka, pelbagai cerita dikongsikan bersama dari pengalaman peribadi sepanjang menghuni pusat jagaan orang tua.
” Tidaklah semua kisah itu kisah yang menyedihkan seperti yang dikongsikan, namun begitu kisah yang dikongsikan oleh pakcik Omar yang tidak pernah berkahwin dan pilihan menetap di rumah jagaan orang tua adalah sangat menyeronokkan sebab boleh melakukan macam-macam aktiviti dengan rakan-rakan,”katanya.
Dalam masa sama, Erna turut berkongsi beberapa pengalaman menarik ketika bertemu dengan beberapa warga emas yang sangat positif dan bersikap terbuka.
“Selain itu, saya berjumpa dengan Cikgu Maimunah yang merupakan seorang balu tapi tidak mempunyai anak. Masa dia dihantar oleh anak saudaranya, dia berada dalam keadaan lumpuh dan perlu dapatkan terapi serta makan ubat. Alhamdulillah dengan kuasa Allah dan berkat usahanya serta tawakal kepada Allah dia sihat.
“Di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini selain ada bekalan perubatan yang di subsidari dari kerajaan dan ada kakitangan terlatih untuk menjaga mereka, mungkin itu salah satu sebab saya rasa ada segelintir anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke sini supaya kesihatan dan aktivti seharian dapat dipantau.
“Itu dari sudut positif yang diceritakan namun saya percaya ada juga kisah sebaliknya di mana segelintir penghuni yang dibuang anak-anak oleh kerana faktor keuzuran, harta atau kisah itu tidak diceritakan kepada kami kerana sebahagian besar mereka mengalami masalah Alzheimer.
Jagalah raja dan permaisuri dalam hidup
Bukan mudah untuk berbakti pada kedua ibu bapa seperti mana mereka menyantuni kita sejak dari lahir. Namun, berapa sukarnya keadaan dan terdesaknya kita perlu diingat dengan adanya dari doa mereka yang tiada hijab insyallah segalanya dipermudahkan.
“Walau apapun saya sama sekali tidak menyokong tindakan anak-anak muda menghantar ibu bapa ke rumah orang tua kerana kita harus sedar tiada ibu bapa tiada lah kita. Mereka sejak kecil sudah bersusah payah untuk menjaga, hantar sekolah dan beri makan. Tak wajar kalau kita tidak bersusah payah untuk menjaga mereka sekarang. Adakah ini pengakhiran yang kita mahukan bila kita sudah tua? Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak melakukan sedemikian kepada kita,”katanya.
Dalam video berdurasi sembilan minit yang dikongsikan, Erna turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.
“Ibu bapa kita adalah raja dan permaisuri dalam hidup. Saya selalu ingat pesan ustaz saya iaitu dalam dunia ini ada beberapa rahmat percuma yang kita harus manfaatkan. Pertama melihat kaabah, kedua laut, ketiga Al-quran dan terakhir wajah kedua-dua ibu bapa. Kita perlu manfaatkan momen selagi ibu bapa kita masih hidup.
“Dalam Al-Quran selalu sebut kalau nak buat apa-apa kebajikan terutama sekali buat kepada ibu bapa, kaum kerabat, diikuti dengan anak yatim. Kemudian baru kepada orang lain. Itu yang selalu saya tanamkan. Macam saya walaupun tiada ibu, tapi saya dikurniakan ibu mentua yang sangat penyayang dan menyayangi saya sama seperti anak-anak perempuannya yang lain. Syukur kepada Allah!
“Saya harap masa akan datang kita dapat melakukan program CSR sebegini untuk ChezKamya Professional supaya banyak lagi manfaat kita boleh kongsi bersama dengan orang di sekeliling kita. Akhir kata, hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Sayang itu siapa… siapa ibu bapa kita,”katanya.
Terdahulu video program CSR yang dimuat naik Erna di Instagram tular di media sosial apabila terdapat beberapa pengguna media sosial yang berkongsi momen hiba itu di platform media sosial mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI