Beberapa tahun lalu pengacara dan pelakon cantik berusia 30an, Uyaina Arshad pernah disahkan menghidap komplikasi jantung.
Bertitik tolak daripada itu, biarpun kini tahap kesihatannya di tahap yang baik namun Uyaina tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak.
“Saya seorang workaholic and enjoy working. Saya juga suka aktiviti berlari. Ketika di sekolah dulu saya aktif sukan seperti hoki, lompat tinggi, lompat jauh dan bola jaring.
“Kalau di tempat kerja lama dulu, waktu masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi saya akan sampai awal pukul 7 pagi dan akan pergi berlari dulu di kawasan sekitarnya.
“Selesai berlari saya akan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Saya masuk ke pejabat dengan badan yang sangat segar dan cergas.
“Mac 2019 saya didiagnos sakit jantung. Menurut doktor, ia terjadi kerana jantung ‘dipaksa’ bekerja secara berlebihan.
“Kebetulan ketika itu saya terlalu workaholic, rehat pun kurang. Namun selepas kesihatan semakin baik saya betul-betul menjaga kesihatan termasuk pemakanan,” kongsi Juara Puteri Muslimah Asia 2018 ini.
Doktor turut menasihatkan Uyaina agar mengamalkan gaya hidup sihat, minum air putih dan melakukan senaman ringan.
Sesiapa saja atau berapa pun usia kita tetap berisiko diserang penyakit. Rajin-rajinlah membuat check-up kerana kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan.
Kadang-kadang badan dah bagi signal tapi kita tak sedar atau buat-buat tak sedar.
“Badan kita bukan mesin. Sampai masa ia perlukan rehat secukupnya. Mungkin ada yang beruntung kerana bebas penyakit walaupun dah berusia.
“Tapi saya pula mengalaminya sekarang, masih muda. Dalam masa yang sama harus bekerja.
“Maka ekstra usaha diperlukan untuk menjaga kesihatan. Saya tak anggap ia satu halangan walaupun banyak aktiviti lasak yang saya dah tak boleh buat lagi.”
Kesimpulannya, hargailah kesihatan kerana ia harta paling berharga selagi kita diberi nikmat untuk bernafas.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini