Kecantikan

Hanya Dengan Rutin 1 Minit Ini Sahaja, Anda Bakal Memiliki Kulit Yang Sihat Dan Cantik Berseri! Cubalah!

Share

Jika anda inginkan kulit yang cantik dan bersih, ia harus bermula dengan rutin kecantikan yang sempurna. Malah, rutin itu juga harus dilakukan dengan konsisten untuk memastikan kulit wajah terus kekal berseri dan cantik.

Sumber gambar: Bolovtsova

Biarpun ia tampak rumit, tetapi sebenarnya ada sahaja cara mudah untuk menjadikan rutin kecantikan anda mudah dan sempurna. Semuanya harus bermula dari langkah asas yang cukup ringkas! Hanya 1 minit sahaja tau! Selamat mencuba!

Mencegah kerosakkan matahari

 

Sumber gambar: Tarawinstead

Sinaran UV tidak bagus pada kulit kita. Bukan sahaja ia menyebabkan kulit menjadi kering, malah ia juga menjadikan kita tampak lebh tua. Oleh itu, jadikan amalan harian dengan menyapu krim perlindung matahari SPF minimum 15 hingga 30 perlindungan setiap hari. Jika anda tidak suka mengambil masa untuk meletakkan kedua-dua pelembap dan pelindung matahari, beli sahaja pelembap yang mengandungi pelindung matahari.

 Membersih wajah

Sumber gambar: Shiny Diamond

Ini bukan mitos ya! Ramai yang beranggapan bawaha jika sering membasuh muka, muka akan sentiasa bersih dan berseri. Salah belaka! Sebenarnya, anda disarankan untuk membasih muka 2 kali sehari. Usah kerap membersihkan wajah kerana kulit anda akan menjadi kering. Apabila kulit menjadi kering, maka muka akan menghasilkan lebih banyak minyak dan berkemungkinan akan menyebabkan jerawat timbul dengan mudah.

Skrub wajah

Sumber gambar: Monstera_production

Antara salah satu rutin yang harus anda lakukan ialah skrub wajah anda. Gunakan skrub wajah dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada wajah. Banyak produk skrub dijual dipasaran dengan jenis tekstur dan fungsi yang berbeza. Jadi, pilihlah produk skrub yang betul mengikut jenis kulit anda!

Fahami jenis dan masalah kulit

Sumber gambar: Cottonbro

Untuk memudahkan anda membeli produk kecantikan yang berkesan pada kulit, pastikan anda memahami jenis kulit anda. Kenal pasti tentang masalah kulit anda supaya anda dapat memilih produk yang bersesuaian. Cara ini juga dapat menjimatkan kos dan masa anda dari membeli produk yang tidak sesuai dengan kulit anda.

Cara hidup yang sihat

Sumber gambar: Pexelsru

Bukan sekadar mengharapkan kepada produk kecantikan, tetapi gaya hidup anda juga harus sihat dan berkualiti. Berhenti merokok kerana tembakau membuatkan kulit anda menjadi kusam. Amalan diet yang sihat dengan perbanyakkan makan buahan dan sayuran.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Published by
Putra