Bercuti merupakan salah satu cara untuk menghilangkan stress dan melupakan segala kekusutan buat sementara waktu. Sewaktu bercuti, anda tidak perlu rungsing memikirkan segala masalah yang ada. nikmati percutian anda sebaiknya.
Admin dengar AirAsia ada buat jualan tempat duduk percuma sehingga 19 November ini. Inilah masa untuk anda beli tiket dan bercuti ke Jogjakarta. Mengapa Jogjakarta? Kerana bercuti ke sana sangat berbaloi dengan hanya bermodalkan RM600.
Jangan terkejut! Memang murah! Admin kongsikan apa yang boleh anda lakukan dengan modal sebanyak RM600. Itinerary ini dikongsikan oleh Intanabila Bazli dan katanya bajet ini tidak termasuk makan, minum serta kos membeli-belah.
Ini perkongsiannya yang boleh anda jadikan inspirasi.
RM600, cukup untuk jalan-jalan kat sana, makan minum & beli ole-ole, tapi tak termasuk shopping. Shopping tu pilihan sendiri yer, nak pergi negara orang untuk shopping @ jalan-jalan hehehe.
Itinerary ni paling simple, paling bajet tapi semua tempat kami nak pergi hahaha. Ini saya bagi kos yang penting-penting je.
Makan minum tak termasuk sebab itu pilihan masing-masing nak makan kat restoran/warung tepi jalan.
Kami pergi berdua aje, yerrr berdua je! Alhamdulillah selamat, orang sana semua baik-baik.
Nahhhh baca sampai bawah, kalau tak faham boleh komen.
=================
12/09 – 16/09/2017 (5 hari, 4 malam)
Rate: IDR 1juta = RM322
Tiket return = RM134/pax
=================
Rumah Pandjaitan 42 : Rp 350,000/pax (4 malam free breakfast)
Kos supir : Rp 675,000/pax (3 hari)
– Kos supir termasuk minyak + parking
– Kos supir akan lebih murah kalau uols pergi ramai sebab kira satu kereta bukan kira per kepala. Kami pergi berdua, jadi mahal sikit.
Penginapan + Kos supir (3 hari) = Rp 1,025,000 / RM323.50
=================
Hari Pertama
Kos transport (bas, beca) ke Rumah Pandjaitan: bas ( Rp 7000/pax), beca (Rp 5000) = Rp 12,000
Kami naik ojek ke Malioboro : Rp 8000/pax
Dari Malioboro – Rumah Pandjaitan : Rp 12,500/pax (naik beca)
Kos hari pertama = Rp 24,500 / RM7.80
=================
Hari Ke-2
Hari kedua kami dah guna servis supir ye. Supir jemput di Rumah Pandjaitan.
Pantai Timang
– Kami pilih naik ojek. Lebih murah Rp 50,000
– Spot bergambar ada yang perlu bayar, kami ambil gambar di 2 spot kos Rp 15,000 (boleh tengok dekat gambar)
Goa Pindul Rafting & Tubing : Rp 150,000
Photographer : Rp 62,500
– Kami rasa sangat tak berbaloi pergi sini. Biasa-biasa aje. Member pernah pegi Gua Tempurung, Perak lagi best katanya. Jadi kalau uols tak pergi pun, takpe. Tak rugi.
Pintoe Langit – bayar parking je Rp 2500/pax
( semua spot bergambar kat sini FOC)
Puncak Becici – bayar parking je Rp 2500/pax
( semua spot bergambar kat sini FOC)
– Pak supir bagitahu view kat sini lebih lawa dari Kalibiru, lagipun dekat Kalibiru setiap spot bergambar kena bayar. Jadi kami tak pegi Kalibiru.
Kos Hari Ke-2 = Rp 282,500 / RM89.20
=================
Hari Ke-3
Sunrise Puthuk Setumbu: Rp 30,000/pax
Gereja ayam: Rp 30,000/pax
Masjid Gede Kraton (masjid yg dibina 400tahu n lalu)
Taman Sari: Rp 10,000/pax
Pantai Prangtritis: Rp 3750/pax
Goa Jepang (sunset): Seikhlas hati kami bagi Rp 5,000/pax
Sellie cafe (AADC 2)
Kos hari Ke-3 = Rp 78,750 / RM24.90
=================
Hari Ke-4
Kebun Mangunan: FREE
Jurang tembelan: FREE
Seribu Batu: Rp 2500/pax
Hutan pinus: Rp 2500/pax
Candi ijo: Rp 5000/pax (dapat harga loca)
Pasar Beringharjo (jalan-jalan survey harga dulu)
Kos hari ke-4 = Rp 10,000 / RM3.20
=================
Hari Ke-5
- Pasar Beringharjo (beli ole-ole)
- Naik GrabCar dari Rumah Pandjaitan ke Pasar Beringharjo : Rp 5500/pax
- Naik GrabCar dari Pasar Beringharjo ke Rumah Pandjaitan 42 : Rp 6000/pax
- Naik GrabCar dari Rumah Pandjaitan ke Warung Sambal Special (dekat dgn airport) : Rp 16,500/pax
- Naik Grabcar dari Warung Sambal Special ke Airport = Rp 8,500
Kos hari ke-5 = Rp 36,500 / RM11.60
=================
Jadi, semua kos termasuk penginapan + supir + harga tiket = RM460.20 (tak termasuk makan minum)
=================
Kami pergi 5 hari, 4 malam. Guna servis supir untuk 3 hari je. Sbb kami nak berdikari & save bajet juga.
Guna servis supir untuk pergi tempat-tempat yang jauh. Sedia maklum jarak antara satu-satu tempat tu jauh juga. Boleh search google maps tengok jarak satu tempat ke satu tempat.
Kami pilih ‘Rumah Pandjaitan 42’ sbb harga paling murah bila cari dlm booking.com. Selesa, bersih, wangi. Owner rumah baik sangat, Ok! Kami siap basuh baju. Kalau uols nak masak pun boleh. Wifi pon lajuuuuu. Ada sediakan breakfast secara percuma. Berbaloi-baloi.
=================
– Tempat-tempat yang nak pergi tu, kami yang list sendiri pastu bagi dekat supir, bukan supir yg list kan, supir cuma tolong susun nak pergi mana dulu supaya satu hala je semua
– GrabCar/Uber/Gojek banyak kat sana sama kat Malaysia ni juga. Jadi tak risau nak kemana-mana
– Makanan kat sana sangat murah kalau nak banding dengan tempat kita. Kat sana RM12 dah dapat makan untuk 2 orang, siap ayam bakar & ikan bawal lagi. Tempat kita dpt ke?
– Harga makanan dekat Malioboro agak mahal juga sebab situ dah jadi tempat tarikan pelancong dari luar negara. Kami ada jugak makan dekat area sana, bila bagitahu supir. Supir senyum je & cakap mahal! Tapi tak salah kalau nak cuba.
– Kami ada makan di restoran Ayam Penyet Surabaya (murah & sedap).
– Kalau laa kami tahu kewujudan Waroeng Special Sambal “SS” dari hari pertama, tiap hari makan kat sana je. (murah & sedap). Boleh tengok bukti resit & gambar makanan kt bawah ni. Ni bukan warung tepi jalan ye, ni kedai makan standard tapi murah, bersih.
– Kami beli bakpia di kedai ‘Bakpia Pathok 25’, mmg sedapppp! Ada banyak flavor, tapi kami beli keju & coklat. Boleh campur flavor dalam satu box. Harga satu box Rp 40,000 ada 20biji. Sape nak g Jogja? Nak kirim please sebab yang beli dah habis.
– Semua kos kat atas untuk sorang yer. Kalau uols pergi ramai, lagi murah & jimat!
– Kalau Hotel/Hostel/Homestay ada sediakan breakfast, bawak bekal sesiap sebabnya setiap hari akan keluar awal pagi sebab nak kejar masa untuk tengok sunrise.
– Cari supir yang orang lain dah bagi review bagus ye. Supir kami pemalu sikit tapi kalau bab tolong ambilkan gambar memang terbaik dan kalau uols survey harga, Pak Salim ni antara yang termurah dari yang lain, jadi ada bagusnya jugak.
Fb : Putra Jogja Atmaja
WA : +62 881 6781228 (Pak Salim)
– Last skali, Jangan lupa bawak kawan yang pandai ambil gambar, sebab kat sana banyak spot bergambar lawa-lawa.
Boleh share dgn kawan-kawan yang mana nak pergi Jogja tu. Memang tak rugi pegi wehh sementara masih single hehehe.
Sumber: Intanabila Bazli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI