Hanya Berbelanja RM10 Sehari? Lihat TikToker Ini Cuba Bertahan Dengan Jumlah Wang Ini

Share

Susah betul hendak berbelanja dengan kadar yang minima pada zaman sekarang. Kadang-kadang, dalam satu hari itu kita tak sedar boleh mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak. Habis pokai…tak sampai hujung bulan sis.

Seorang lelaki membuat satu challenge untuk hanya berbelanja sebanyak RM10 sahaja dalam sehari! Ramai orang terutama sekali pelajar yang teruja untuk ikuti cara lelaki ini berbelanja dengan hanya sejumlah wang yang sikit.

Hidup sehari hanya RM10 sahaja boleh ke?

Sumber dari TikTok overeatmy

Perkongsian video-video di laman sosial media TikTok semakin lama memberikan konten-konten yang semakin menarik. Tambahan pula, ramai yang cuba berbincang mengenai cara gaya hidup selepas pandemik.

Terdapat satu perkongsian oleh pempengaruh makanan, @overeatmy, cuba untuk melakukan satu challenge hanya berbelanja sebanyak RM10 sahaja untuk sehari. Ia kedengaran agak sukar kerana dengan harga barangan yang agak tinggi menyukarkan lagi jumlah wang sebanyak itu untuk bertahan.

Salah seorang pengendali akaun tersebut bernama Aaron menyatakan dia bekerja dan duduk di sekitar Kepong. Cabaran ini memerlukannya untuk berbelanja bagi 3 hidangan utama; sarapan, makan tengahari, dan makan malam.

Artikel berkaitan: Harga Barang Dapur Semakin Mahal, Boleh Ikut Cadangan Doktor Ini Bagaimana Nak Jimat Guna Minyak Masak

Sarapan pagi

Sumber dari TikTok overeatmy

Bagi hidangan sarapan pagi, Aaron membuat keputusan untuk membeli nasi lemak yang hanya berharga RM1.00 sahaja. Walaupun portion makanan itu agak sedikit, cukup sekadar untuk alas perut pada waktu pagi.

Lokasi penjual nasi lemak itu berada di Jalan PJU10/1C di Damansara Damai. Mungkin bolehlah siapa-siapa di kawasan berdekatan untuk tinjau ke sana dan rasa nasi lemak ekonomi itu.

Makan tengahari

Sumber dari TikTok overeatmy

Jika di soal mengenai makan tengahari, sudah tentu tekak ini mengidamkan nasi berlauk yang sedap. Di padankan pula dengan segelas air ais yang mengiurkan dan melegakan tekak.

Tetapi Aaron tidak membuat sedemikian, dia hanya memilih untuk membeli satu mi segera di dalam cawan untuk makan tengahari. Ianya pula hanya kos RM2.00 sahaja.

“Amaun ini cukup untuk makan tengahari saya. Strategi saya sekarang hanya untuk simpan sedikit wang untuk berbelanja bagi hidangan makan malam yang lebih berat,

“Tetapi untuk nutrition-wise, ini sama sekali tidak disarankan untuk anda amalkan.” khuatir jika ada individu yang menjadikan ini sebagai rutin harian mereka untuk jimat berbelanja.

Artikel berkaitan: Jangan Makan Pasir Kerana Ketagih ‘Online Shopping’! Seeloknya Lakukan 5 Tip Berbelanja Ini Setiap Hari!

Makan malam

Sumber dari TikTok overeatmy

Waktu yang di tunggu-tunggu oleh Aaron kini tiba, makan malam untuk menggantikan jumlah makanan yang sedikit di ambil pada sarapan dan makan tengahari. Dia memilih untuk menikmati nasi campur di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.

Jumlah portion hidangan makanannya hanya mengandungi sayur dan daging masak sweet and sour di padankan pula dengan kuah kari serta nasi putih. Jumlah yang dikenakan hanya RMM6.60 sahaja.

Sumber dari TikTok overeatmy

Akhiri cabaran itu, Aaron hanya berbelanja sebanyak RM9.60 sahaja dalam sehari. Meskipun dengan perubahan harga yang melonjak tinggi, seseorang boleh berbelanja dengan hanya RM10 sahaja sehari.

@overeatmy Can one survive with just RM10 in a day? Malaysia’s economy is pretty bad now where a meal usually cost RM15 on average, but in this video, I’ll be attempting to survive a day with just RM10. 🇲🇾👌🏻 #klfoodie #pjfoodie #malaysiafoodie #fyp #malaysiatravel #malaysiapopular #kualalumpur #MYfoodie #makanlokal #foodietiktok #viral #malaysia #tiktokmalaysia #tiktokfood #food #foodlove #malaysiafood #foodreviewmalaysia #challenge #malaysiachallenge🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🙏🙏🙏🙏 #10ringgit #eatcheap #malaysiaboleh #malaysiatiktok ♬ 주옥같다 – 고옥희

Sumber: Says dan TikTok @overeatmy

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee