Tak dinafikan ada orang mengambil masa yang lama sebelum berjaya memulihkan masalah kulit wajah yang dihadapi. Tetapi ada juga yang hanya mengambil masa singkat untuk memulihkannya walaupun belum sembuh sepenuhnya. Perkongsian gadis ini yang hanya mengambil masa sebulan untuk sembuhkan kulih wajah yang berjerawat walaupun belum pulih sepenuhnya.
Menggunakan hanya produk yang boleh didapati di drugstore dengan, dia yang menggunakan akaun nama @raihanrstm di twitter tidak lokek berkongsi rutin penjagaan hariannya dari pagi hingga malam.
Belum sembuh sepenuhnya tapi lebih elok dari sebelumnya.
Hanya tinggal jerawat kecil di beberapa bahagian.
Masih dalam proses penyembuhan.
Inilah rutin harian penjagaan wajah diamalkan dari pagi hingga ke malam.
Turut pakai mask tiga atau empat kali seminggu.
Masih ada sekitar jerawat kecil di dahi.
Pesannya jangan korek jerawat sebab kesan parut akan susah hilang.
Proses penyembuhan bergantung pada jenis kulit, ada yang ambil masa kejap dan ada yang lama. Kena try & error kerana jenis kulit tak sama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Dengan Rutin 1 Minit Ini Sahaja, Anda Bakal Memiliki Kulit Yang Sihat Dan Cantik Berseri! Cubalah!
Jika anda inginkan kulit yang cantik dan bersih, ia harus bermula dengan rutin kecantikan yang sempurna. Malah, rutin itu juga harus dilakukan dengan konsisten untuk memastikan kulit wajah terus kekal berseri dan cantik.
Biarpun ia tampak rumit, tetapi sebenarnya ada sahaja cara mudah untuk menjadikan rutin kecantikan anda mudah dan sempurna. Semuanya harus bermula dari langkah asas yang cukup ringkas! Hanya 1 minit sahaja tau! Selamat mencuba!
Mencegah kerosakkan matahari
Sinaran UV tidak bagus pada kulit kita. Bukan sahaja ia menyebabkan kulit menjadi kering, malah ia juga menjadikan kita tampak lebh tua. Oleh itu, jadikan amalan harian dengan menyapu krim perlindung matahari SPF minimum 15 hingga 30 perlindungan setiap hari. Jika anda tidak suka mengambil masa untuk meletakkan kedua-dua pelembap dan pelindung matahari, beli sahaja pelembap yang mengandungi pelindung matahari.
Membersih wajah
Ini bukan mitos ya! Ramai yang beranggapan bawaha jika sering membasuh muka, muka akan sentiasa bersih dan berseri. Salah belaka! Sebenarnya, anda disarankan untuk membasih muka 2 kali sehari. Usah kerap membersihkan wajah kerana kulit anda akan menjadi kering. Apabila kulit menjadi kering, maka muka akan menghasilkan lebih banyak minyak dan berkemungkinan akan menyebabkan jerawat timbul dengan mudah.
Skrub wajah
Antara salah satu rutin yang harus anda lakukan ialah skrub wajah anda. Gunakan skrub wajah dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada wajah. Banyak produk skrub dijual dipasaran dengan jenis tekstur dan fungsi yang berbeza. Jadi, pilihlah produk skrub yang betul mengikut jenis kulit anda!
Fahami jenis dan masalah kulit
Untuk memudahkan anda membeli produk kecantikan yang berkesan pada kulit, pastikan anda memahami jenis kulit anda. Kenal pasti tentang masalah kulit anda supaya anda dapat memilih produk yang bersesuaian. Cara ini juga dapat menjimatkan kos dan masa anda dari membeli produk yang tidak sesuai dengan kulit anda.
Cara hidup yang sihat
Bukan sekadar mengharapkan kepada produk kecantikan, tetapi gaya hidup anda juga harus sihat dan berkualiti. Berhenti merokok kerana tembakau membuatkan kulit anda menjadi kusam. Amalan diet yang sihat dengan perbanyakkan makan buahan dan sayuran.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Digelar Mak Orang, Gadis Ini Dedah Caranya Turunkan Berat Badan 10 KG Dalam Masa Sebulan
Seseorang yang mengalami kenaikan berat badan, pasti tidak terlepas dari menjadi bahan umpatan secara terangan atau dalam diam. Dalam erti kata lain adalah melemparkan body shaming yang boleh membuatkan seseorang itu terasa diri kurang keyakinan dan malu.
Seperti perkongsian gadis ini yang menerima kata-kata body shaming apabila digelar mak orang akibat berat badannya berlebihan walaupun usia masih muda.
Menurutnya sejak dulu dia memang seorang yang gemar lihat makanan. Dan makanan paling digeamari adalah makanan segera dan berlarutan hingga usianya 18 tahun.
Namun dia akhirnya membuat transformasi pada dirinya dan menggunakan cara mudah untuk hilangkan berat badannya sebanyak 10 kg dalam masa sebulan.
Berkongsi thread mengenainya di laman twitter menggunakan akaun nama @nefaaaaaaazz. Moga bermanfaat kepada yang ada masalah sepertinya.
Perbezaan saiz badan dulu dan sekarang.
Sebelum itu memang pantang nampak makanan dan makan ikut kepuasan.
Paling suka makan di restoran makanan segera.
Kemudian join satu WA group dan mula set dalam minda untuk kurus.
Start kurangkan makan, minum air masak banyak dan paling penting kena exercise.
Antara exercise yang dilakukan.
Tak ambik pun sebarang beras perang perang atau minum teh hijau.
Total kurangkan berat badan adalah 10 kg hanya dalam masa sebulan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tasha Manshahar Pilih Persalinan Songket Di Majlis Bertandang, Cantik Macam Puteri Dari Kayangan
Jika di majlis pernikahan dan persandingan di sebelah perempuan keduanya mengenakan persalinan moden, tetapi untuk majlis bertandang Tasha Manshahar dan suaminya Raqib Majid sepakat memilih persalinan klasik dengan menggayakan songket yang cukup menawan sekali. Sebaik keduanya melangkah masuk ke dewan, terserlah seri pengantin baru dengan alunan zikir yang mendamaikan jiwa.
Untuk majlis bertandang ini, kedua-duanya sepakat untuk memilih persalinan klasik dengan pemilihan songket tetapi diberi sentuhan moden.
Rekaan busana yang unik dari @lumiereconcept dengan padanan warna lembut menyerlahkan lagi kejelitaan wajah Tasha Manshahar.
Ditambah dengan aksesori cucuk sanggul seakan tiara dengan layah panjang juga dari fabrik songket. Solekan yang nmpak segar hasil sentuhan @erinleolamakeupartist bersesuaian nyata melengkapi penampilan ratu sehari ini.
Begitu juga Raqib tampak segak menggayakan persalinan lengkap bak pahlawan Melayu dengan tengkolok keris serta capal bersesuaian.
Rata-rata netizen berstuju dengan memberi komen baju yang digayakan sangat cantik untuk majlis bettandang di sebelah raqib yang diadakan di Melaka ini.
n_milla Canteknyaaa bju diaaa luvvv
ezwanaien Makeup cantik, baju cntik
nuraini.noona Beautiful bride. Beautiful bride. Beautiful and unique outfit.
anicryez Nice sgt attire dia…mekap pn cantik..
arfarhim Masya Allah cantiknyaaa
GAMBAR LAIN SEKITAR MAJLIS PERTANDANG:
#1. iamceksu Cantiknye baju pengantin.. pengantin pon cntik orgnyee
#2. qamariasmuzi Cntiknyaaa tahniah
#3. aniskawasaki Ya allah lawanya
#4. nuramaninahizam22 Sweet
#5.milamelow Cantek warna bj pengantin
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZAYAN FM, ERIN LOLA & LUMIERE CONCEPT
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI