Bagi sesetengah orang, untuk menjaga penampilan diri, kesihatan dan berat badan masing-masing, terdapat banyak cara atau method yang boleh diamalkan.
Antara salah satu cara yang Hijabista rasakan menarik, adalah perkongsian dari pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi Instastory miliknya.
Tak Suka Membazir Makanan, Sherry Makan Dalam Kuantiti Sedikit!
Perkara berkenaan dimaklumkan Sherry menerusi satu muatnaik hantaran video pendek memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman, susulan telah seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.
“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.
“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.
Nasi Tak Sampai Segengam, ‘Rahsia’ Sherry Kekal Langsing
Bagaimanapun, menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.
Ads
Namun, apa yang menarik perhatian adalah kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.
Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.
Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.
Ads
Hijabi yang mahu menurunkan berat badan juga boleh meniru cara yang diamalkan aktress jelita ini. Nak kurus, bukan tidak boleh makan. Hanya perlu makan ketika lapar dan pastikan anda makan dalam kuantiti sedikit dan kerap. Selamat mencuba!
Kesemmpurnaan seorang wanita selalu diukur dari rambut hingga ke kaki, wanita memang mementingkan kecantikan. Walau pun tumit jarang dilihat orang, namun kecantikan tumit juga bukannya sesuatu yang diambil ringan. Sakit sungguh hati bila tengok tumit yang dulunya cantik dan merah jambu kini dan mula merekah.
Apakah punca dan petua tumit merekah yang anda wajib anda tahu. Elakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan tumit anda merekah dan amalkan petua untuk menghilangkan tumit merekah. Semak petua ini semoga bermanfat!
Apakah punca tumit merekah?
Pastinya anda pelik kenapa tumit yang dulunya lembut, halus, dan licin tiba-tiba menjadi kering dan merekah. Malah jika anda biarkan, tumit yang merekah akan menjadi semakin teruk malah boleh mula menjadi luka dan berdarah. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kenapa tumit anda merekah. Di antaranya ialah:
Proses penuaan – Tidak dinafikan bahawa faktor penuaan adalah di antara punca utama kenapa tumit anda merekah. Semakin kita berusia, kolagen dalam kulit akan berkurangan malah kulit juga akan mula mongering. Apabila kulit menjadi kering, ia akan mula merekah. Tertamanya di bahagian tumit memandangkan setiap hari kita memijak tumit.
Banyak berjalan – Semakin banyak kita berjalan, semakin banyak tekanan dan geseran yang berlaku kepada tumit lalu menyebabkan kulit di bahagian tumit mengering dan mula merekah.
Memijak lantai tanpa alas kaki – Semasa berada di rumah, jika anda suka memijak lantai simen atau mozek tanpa memakai alas kaki seperti selipar, ia juga boleh menjadi punca kenapa tumit mula merekah. Lantai rumah yang sejuk akan menyebabkan kulit tumit menjadi kering dan merekah.
Kurang minum air juga adalah punca tumit merekah yang ramai orang tak tahu. Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan mengalami kekurangan air dan akibatnya kulit di seluruh badan akan menjadi kering. Kulit di tumit akan menjadi bukan sahaja kering namun kana merekah juga.
Beberapa penyakit seperti ekzema atau diabetis akan membuatkan tumit menjadi merekah. Jika anda tiba-tiba mengalami masalah tumit merekah dan kulit menjadi gatal-gatal, kemungkinan besar anda terkena ekzema. Atau jika tiba-tiba tumit anda merekah dengan teruk, anda mungkin terkena diabetis.
Tumit Kembali Berseri Dan Merah Jambu
Jika anda nak sangat hilangkan masalah tumit merekah yang sedang dialami, jom amalkan petua berikut:
1. Minyak argan
Minyak argan sememangnya terkenal sebagai minyak kecantikan dengan 1001 kegunaan. Tahukah anda bahawa minyak argan juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit merekah. Anda boleh sapukan minyak argan ke kedua-dua tumit dan gosok sehingga minyak argan meresap ke dalam kulit. Sapukan dua kali sehari selepas anda mandi pada waktu pagi dan malam.
2. Aloe vera
Selain minyak argan, aloe vera juga merupakan tumbuhan hijau yang sangat berguna untuk kecantikan. Itulah sebabnya kenapa setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya sepasu pokok aloe vera memandangkan lendir aloe vera boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuklah mengatasi luka terbakar, menghilangkan sunburn, mencantikkan kulit, dan mengatasi masalah tumit merekah. Untuk menghilangkan tumit merekah, apa yang anda perlu lakukan ialah:
Ambil lendir aloe vera
Sapukan ke kedua-dua tumit
Gosok sehingga lendir aloe vera meresap ke dalam kulit
Ulang sapu untuk kali kedua dan gosok
Elakkan daripada memijak lantai dalam 10 minit
4. Bawang putih Dan perahan limau
Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan pada tumit yang merekah. Amalkan setiap hari untuk nampakkan hasilnya.
5. Bawang merah
Gosokkan bawang merah yang dibelah dua pada tumit yang merekah dan diamkan di dalam sarung kaki beberapa minit.
6. Pakai alas kaki semasa berada di dalam rumah
Seperti yang kami nyatakan di atas, salah satu punca tumit merekah ialah kurangnya air di dalam badan. Oleh itu, jika anda inginkan tumit yang lembut dan cantik, pastikan anda minum air kosong secukupnya setiap hari agar kulit tidak menjadi kering.
7. Gosok kaki dengan pumice stone
Salah satu petua untuk mengatasi masalah kulit merekah ialah dengan merajinkan diri untuk menggosok tumit dengan pumice stone. Pumice stone adalah batu yang digunakan untuk menggosok tumit kaki bagi membuang kulit yang kering. Apabila kulit kering dibuang, ia akan digantikan dengan kulit baru yang cantik dan licin. Anda boleh membeli pumice stone di kedai-kedai seperti Daiso, Kaison, Body shop, dan sebagainya. Langkah untuk menggunakan pumice stone adalah seperti berikut:
Pastikan tumit tidak berada dalam keadaan kering kerana menggosok tumit semasa kering boleh menyebabkan tumit anda berdarah. Rendam kaki sebentar sebelum menggosok atau gosok kaki selepas anda mandi.
Untuk merendam kaki, anda boleh masukkan air panas ke dalam besen bersama garam kasar. Anda juga boleh masukkan minyak aromaterapi kalau ada. Kesegaran dari minyak aromaterapi bukan sahaja akan menyegarkan anda malah melembutkan kawasan tumit anda. Rendam kaki semasa air suam dan rendam sehingga air menjadi sejuk. Rendamana kaki ini sangat baik untuk mendapatkan tumit yang lembut dan halus.
Gosok berlahan-lahan tumit sehingga kulit kering tertanggal.
Tumit anda akan terasa lembut.
Basuh kaki untuk menghilangkan kotoran.
Itulah dia info tentang tip tumit merekah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. tumit kaki anda lebih lembap dan sihat! Berjalan pun lebih selesa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Anak-anak merupakan harta yang sangat berharga dan harus dibentuk sebaik mungkin agar menjadi individu yang berguna pada masa depan. Walaupun terkadang penat menguruskan, namun begitulah amanah yang diutuskan oleh-Nya kepada ibubapa.
Begitulah jua yang dilakukan oleh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar yang tidak kenal erti penat untuk menjaga keenam-enam orang anaknya. Malahan, dia juga menjadi sumber inspirasi ramai dalam mendidik anak-anak.
Dalam fasa anak-anak membesar, mereka menjadi semakin lasak dan memerlukan perhatian lebih daripada ibu-bapa. Itulah yang terjadi dalam video TikTok Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika dia sedang menyuap anaknya.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat dua orang anaknya yang tidak duduk diam. Apa yang mencuit hati adalah mereka sampai memanjat bapa mereka dari belakang dan juga tepi.
Walaupun keadaan ketika itu ‘kecoh’, Dr. Sheikh Muszaphar dilihat tenang dan sabar melayan karenah anak-anaknya itu.
“..Ada jual ubat sabar tak?”
Video yang tular di laman TikTok tersebut telah mendapat lebih 59.6K kesukaan. Meninjau di ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen memuji kesabaran Dr Sheikh Muszaphar dalam melayan anak-anaknya.
“Bagus seorg bapa mcm ni melayan kerenah anak….”
“ni posting benda sebenar di alam reality sebagai parent. Tak semua bapa boleh sabar begini…”
“penyabar nye la hai…moga Allah memberkati hidup mu dan keluarga…”
Sekadar info, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos telah mendirikan rumahtangga 12 tahun yang lalu. Rumahtangga mereka diserikan dengan kehadiran enam orang cahaya mata iaitu Bella, Tasha, Adam, Noah, Eusoff dan Emelia yang sering menjadi tatapan di media sosial milik Dr Sheikh mahupun Dr Halina.
Umum sedia maklum, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti terkemuka di Selangor.
Bagaimanapun, terbaharu isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin ini memaklumkan bahawa dengan berat hatinya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pensyarah bagi memberi tumpuan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang sedang diikutinya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Najwa Akui Tak Mudah Bekerja, Sambil Mengikuti Pengajian PhD
Menurut pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih mesra disapa sebagai Wawa ini, dia mengakui agak sukar baginya untuk melunaskan dua perkara dalam satu masa. Justeru, Wawa nekad mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjayanya sebagai pensyarah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD, sebab PhD saya tak bergerak dan kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya lapor Murai.
Jelas Wawa lagi, dia hanya berehat untuk satu jangkamasa pendek sahaja dan tidak bercadang untuk menganggur lama. Malah, ujarnya lagi dia masih tetap akan meneruskan usaha menjadi pensyarah semula sebaik sahaja pengajianya selesai dan dalam masa sama masih aktif dalam industri muzik.
“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali bekerja (pensyarah) semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus (PhD) sekejap,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
Kini Najwa masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...